Khamis, 23 Januari 2014

Vietnam Trip: Day 1

Entri nak masuk empat tahun terperam, so bila baca, janganlah dibanding-banding gambar tu dengan fizikal I yang sekarang. Kahkahkah.

Seingat I, I hanya post pasal I sampai Vietnam, then food dia, tu jelah tentang trip I ni. Lepas tu, disebabkan busy sambut puasa dan raya I pregnant, terus I tak ambil tahu dah dan tak teringin dah nak post apa-apa. Haha. Alih-alih, 2014 ni lak, tergerak hati nak recall dan cerita balik pasal trip dah bertahun berlalu tu. Hadapkan je lah ye baca sambil perati-perati size badan I yang eh slimnya nangis ok bila tengok balik :p

Trip ke Vietnam ni sebenarnya part of assignment class Degree time kat UPM. Impak Perang terhadap Kehidupan Masyarakat Vietnam Selepas Perang. Lebih kurang gitulah tajuk assignmentnya. Dah nak masuk empat tahun kan? What do you expect? Campur dengan urat yang dah putus sebab bersalin tu, ingat I nak ingat bulat-bulat? Kahkahkah. Ambil lebih kurang je lah ye cerita.

I pergi trip ni, empat hari selepas Majlis Bertandang, iaitu 5-7 Ogos 2010. Balik dari Vietnam, 2 3 hari lepas tu bulan puasa lak. Kemain, padat betul jadual pengantin baru. Pergi trip dengan inai masih merah, then I angkut Azreen sekali, feeling-feeling honeymoon terus. Hambik....

Flight kami pagi pada 5 Ogos tu. Seingat I, kak Ipar hantar I dan Azreen sesubuh hadam time tu. Subuh breakfast semua kat LCCT.

Eh, ni gambar time dah sampai di Than Son Nhat International Airport. Yang baju kelabu tu, tourist guide kami, Jenny. Cun wooo.

Ni dekat LCCT lagi with skendeles yang Azreen dulu jelous dengan Mamat ni sebab keakraban kami. Haha. Kami akrab je, tapi memasing dah ada teman istimewa lah Azreen oi. 
Dalam AA. Tak leh nak bercengkerama sebab dok depan Pensyarah. Haha.



Sampai je kat Airport, kami disambut oleh Jenny dan bas kontot. Bas ni lah yang mengusung kami ke hulu hilir sepanjang di Vietnam.

Sesampai je di Vietnam, tempat pertama yang dituju adalah Satay House Malaysian Restaurant. Dijamu makan tengahari iaitu nasi ye bukan satay yang tak berapa nak masuk dengan tekak I. FYI, sepanjang kat Vietnam ni, I memang tak berapa nak masuk dengan semua makanan. Sanggup makan buah dari makan makanan diorang. Kengkawan lain, elok je telah I tengok, termasuklah dengan Azreen.

Posing je la boleh harap, makan tak  berapa selera.

Ikan masak lemak cili padi. Nampok sama, tapi rasa tak macam lauk kat Malaysia yang lemak berkrim tu ye.

Lepas makan, makan maka tour kami pun bermula la. First visit adalah  sekitar Bandar Saigon yang menjadi tempat tarikan pelancong. Kami di bawa ke Saigon Central Post Office atau Bu Dien Trung tan Saigon. Bangunan ni dibina pada abad ke 20 dan direka oleh Gustava Eiffel. Cantik dan klasik je bangunan ni. Tapi satu jelah yang I tak tahan. Dok dalam tu panas :p


Kat sini, I memang takde kerja lain, ambil gambar kalau tak melompat memang tak sah :p

Post Office ni berdekatan dengan Basilika Notre- Dame, gereja Utama diorang. Tenang je kan tengok jalan raya diorang ni.  Damai pun ye sebab ada pokok-pokok tu.

Love bird halal yang girang kemain. Tak habis-habis melompat. Gilo!

Gambar dalam Post Office. Dalam ni ada juga jual cenderamata, tapi since baru sampai, dan letih dengan cuaca yang panas, I tak belek-belek pun. Tapi kawan-kawan cakap, harga boleh tahan mahal. 

I suka pokok-pokok kat belakang tu. Tengah  bandar ok, ada pokok-pokok. Tenang kita tengokkannnya.

Oh mendamaikan pokok besar tu. 

Next visit adalah ke Independece Palace atau dikenali sebagai Reunification Palace. Bangunan ni dibina atas tapak bekas Norodom Palace. IBangunan ni adalah rumah dan tempat kerja Presiden Vietnam Selatan semasa Perang Vietnam. Ia merupakan tempat tamat Perang Vietnam semasa Kejatuhan Saigon pada 30 April, 1975 sebab ada tank langgar main door bangunan ni. - Beriya kan I cerita. Haha. Percayalah, I copy wikipidia je :p

Pencinta sejarah macam diorang ni sukalah pergi tempat gini. I pulak pergi semata untuk menyiapkan assignment je. Vietnam ni baru nak membangun korang sebab perang diorang kan tamat dalam tahun 1970s gitu, so banyak tempat tourist  attraction tu memang panas berdegang. Merasalah korang masuk istana takde aircond.

Bilik tetamu dalam istana. Nampak mewah di situ. Haha.

Catatan peristiwa penting.

Classmate yang gilo-gilo yang paling tua, yang scorer sokmo, Abang Sham.

Tinggalan Perang.

Gothca, love bird yang asyik bercinta. Orang pi dengar taklimat, ko sibuk bercinta. 

Sempat fotoshoot jap. Ni bukan apa, berenti berehat ni. Percayalah, tempat aku bersandar tu tak beraircond pun *_* Nasib ada topi, boleh kipas-kipas.

Part of isi kandungan istana tu.

Then habis melawat Istana tu, kami dibawa pulak ke Vietnam Handicapped Handicrafts. FYI korang, diorang ni handicapped akibat kesan perang tau. Kesian sangat. Cuba korang google Ejen Oren/Agent Orange, baca kisah diorang ni.  Sedih.

Tapi, even handicapped, diorang punya hasil tangan kemain cantik oooo. Tulah kan, Tuhan jadikan manusia tu sempurna. Dia kurang tang lain, dia lebihkan tang lain pulak.
Dah, tetiba mode Ustazah dah pulak dah ha. 

Ada yang kurang di bahagian mata, kaki, tangan tapi hidup tetap diteruskan.

Nak letak semua gambar kang muntah lak. So I pilih satu ni jelah untuk tatapan korang. Nak tengok yang lelain, pepandailah google. Haha.

Lepas dah melawat tempat-tempat kat atas, barulah si Jenny tu bagi kiteorang ni check in hotel. Kejam kan, dah berpoloh-poloh ketiak, barulah dibaginye masuk bilik.  Kat sini, agensi yang kami guna letak kami kat Lavendar Hotel. Ok lah bilik dia. Wifi semua ok. Time I pergi tu, online semua boleh tapi FB diorang block.

Malamnye pulak, kami gi dinner dan aktiviti bebas. Pengantin baru kan join the trip, memang masak jadi bahan je lah. Lambat sikit turun, diorang punya membahan, kemain lagi. Haha. Layankan jelah.

Malam tu kiteorang makan kat Kedai Shamsudin ni. Kedainye macam ke dalam sikit. Korang nampak girl Vietnam yang baju biru tu. Comel kan? Siap pegang offer Azreen nak ikut balik? Kahkahkah.  Terus pucat muka mamat tu. Kebiasaannya ikut maklumat dari Jenny, perempuan kat Vietnam ni, diorang meniaga siang malam. Siang meniaga baju, malam meniaga bukak baju. Ada faham? Eh, sendiri faham je lah ye.
Lepas makan, kami dihantar balik ke hotel  untuk berehat. Tapi yang berehat I jelah, classmate yang lain sibuk  ke Night Market depan hotel tu. Haha. Oh, lupa. Matawang diorang ialah Vietnam Dong ye.




Ok habis entri Day 1.
Next?

Tunggguuuu entri Day 2 pulok.
Kalau rajin la ye.

3 ulasan:

  1. fuh!! dah kuwus org tuh...
    lama x adap blog ni...malas nak update hhehhe

    syok lh berdeting ekk anak2 mana letak hahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elin, tu tahun 2010 punya cerita lah yang :p

      Padam
  2. eh eh boleh main recall recall.. kalau ida kompem ape pun dah tak ingat dahhh HAHAHA

    BalasPadam