Dulu, masa dapat surat tawaran kat tempat kerja sekarang ni, hati rasa serba salah sangat dan terfikir-fikir, nak terima ke tak, terima ke tak. Sebabnya,
1. Orang yang beriya-iya ambilkan borang, suruh I isi dan dia pun turut memohon tak dapat tawaran, tapi Alhamdulillah, rezeki tu untuk I.
2. Ex-Tunang macam tak berapa berkenan I kerja jauh. Dia di Melaka. I di Negeri Sembilan. Kang dah kahwin, jadi perkahwinan jarak jauh pulak.
3. Reason paling berat sekali adalah, I seorang yang free hair dan dress-up pula langsung tak mencerminkan nama tempat tawaran tu, buat I rasa, alahai, nanti kena berpura-pura, fake, hipokrit semua tu. Penat lah.
Haha.
Reason nombor tiga paling tak boleh blah kan? ;p
Tapi dah tertulis kan. Tempat I memang kat sini. Rezeki I memang kat sini dah His plans adalah yang terbaik untuk diri ini.
=,)
Ingat lagi dulu masa interview, I rasa macam harapan tipis je. Pergi interview sensorang siap tak tahu jalan. Tapi dalam hati siap bisik-bisik, kalau ni rezeki I, I akan jumpa. Kalau bukan, kita balik rumah je lah. Dah lah time tu semua candidates datang dengan boyfriend lah, suami lah, ahli keluarga lah, tapi I pula datang sensorang je.
Siap sebelum interview, I boleh pinjam handouts calon lain untuk dibaca ko. Kahkahkah. Gile tak ready langsung. Time interview lak, I fail jawab soalan siapa Ketua Putri UMNO (Dato' Noraini yang jadi Ketua Puteri time tu). I siap sengih je then jawab, Im sorry sir, I have no idea and to be honest, i don't know the answer. ;p
Terus lepas interview tu rasa, alah, confirm tak dapat punye lah. Kan main berani ko jawab tak tahu kan, ko ingat orang nak ambil ko kerja tapi isu semasa pun tak alert.
;p ;p ;p
Alih-alih beberapa minggu lepas tu dapat surat tawaran. Sangat terperanzat dan tak sangka. Memang dah tercatat ia memang rezeki I.
Lepas timbang tambah tolak darab bahagi semua reason untuk terima, I REDHA dan pasrah je. Lagipun, I nak sangat tinggal dengan parents since dari kecil I kan duduk dengan nenek dan datuk. Then, I harap, bekerja di tempat yang mempunyai nama yang baik, harap-harap, I pun akan berubah jadi baik-baik sangatnye pun lah. Haha. Siapa yang tak nak jadi baik kan? Tak baik banyak, jadi baik sikit pun jadi lah.
Tahun pertama dan kedua mula bekerja kat sini, I masih tak nampak lagi perubahan yang baik-baik. I rasa macam sama je kerja kat tempat lain. Cuma yang nampak bezanya, I yang dulu suka lari dari bersukan, dah pandai lah sikit-sikit bersukan. Haha.
Lepas tu, sikit-sikit diri ni mula berubah. Dari yang tak suka tu jadi suka. Dari yang terpaksa dah jadi biasa. Dari mengikut-ngikut terus jadi lekat di hati. Dari yang jarang, terus jadi amalan.
Dan sekarang, dah nak masuk tahun kelapan I di sini, I masih lagi mencuba berubah ke arah kebaikan dan akan terus memperbaiki diri dari masa ke semasa. Siap dah ada suami dan anak dua dah kau. Kahkahkah. Faktor rakak (rakan+kakak2) sepejabat dan rakan seperondoan juga sediki sebanyak mempengaruhi untuk memperbaiki diri serta menjadikan diri ini lebih matang lagi. Dari mana yang tak biasa pun dah jadi biasa sekarang. =)
Insha Allah, semoga akan terus cuba cuba dan mencuba menjadi ummatNya yang mengikut jalan yang lughuihhh walaupun kadang-kadang ada juga terpeleotnya. Ampun Ya Allah!
Satu yang pasti, bukan pilih tempat kerja dengan harapan jadi baik tu yang merubah segalanya. Tapi ia terpulang kepada hati dan pilihan semua di tangan kita sendiri. Kalau kita pilih untuk menjadi baik, membuat benda baik, mencari kawan yang baik, maka akan baik-baik lah kita dan begitu juga sebaliknya.
Wallahua'lam.
alhamdulillah...nawaitu penting kemudian diikuti attitude dan bercampur dengan RAKAK yang sesuai jugak perlu betul yer...HARHARHAR
BalasPadam-rakakkamu-
Kerja mana ni u. Puas i pk haha
BalasPadamunibesti tepi highway :p
Padam