Buruk ke kau, baik ke, hitam ke, bulat ke, mengembang ke, menguncup ke, jatuh ke, bangun ke,
kasih sayang keluarga takkan pernah kurang.
**Quote tu, i sangat suka, so I ingat la sampai bila-bila.
=)
Ikut hati, malasnya nak update pasal cerita family day ni. Lepas tu tengok pulak photog update gambar kat FB ada 500 campur dengan BBQ dekat nak 100 kot gambarnya, hmmm, terus lagi jadi double triple malasnya.
Tapi,
Disebabkan Azreen dah tanya beribu kali apasal tak update cerita FD, dan malas nak dengar dia tanya, meh lah kita gagahkan update. Memori yang harus di save di sini kan, so, cargasssss Ain! Eh Azreen ni, sape punya blog tah nak paksa-paksa lak kan?
Tetiap tahun kami memang selalu buat family gathering ni. Biasanya, pilih tempat (PD paling selalu), sewa apartment, bakar2, gelak-gelak, makan-makan, gosip-gosip, gaduh-gaduh manja, merajuk lah bagai, lepas tu memasing pulang ke rumah memasing. Itu lah aje agendanya. So, this year, makcik i bagi cadangan suruh buat sukaneka pulak, tak payah nak gi tidur-tidur apartment ke chalet ke dah. Dan yang terpaling best, I dan Azreen dilantik jadi urusetia. Kan mainnnnnn semua, pakat-pakat setuju dengan cadangan itu.
Ok, sakit pula hati kita mereka lantik kita, so, siap siagalah kau semua ye!
Maka, untuk pertama kalinya, inilah hasil usaha suami isteri berdua bergabung meletup ni. Tiga bulan plan kau, sampai semua sedara mara I tak larat nak tengok reminder kat Wassap Group dah tentang sila ambil cuti pada 29 Disember 2013 :p
Moh kite, layan gambo.
Acara Burok Lantak (susunan acara tak teratur). Group yang boleh habiskan roti Gardenia sebuku panjang tu, dialah pemenang. Amek kau, tak cukup napas memasing makan roti tu. Haha. Vote lagi kami jadi urusetia :p |
Ni gambar dah hujung-hujung program ni. Tetiba nak gambar grouping lak kan, rumah biru, rumah merah, rumah hijau dan rumah kuning. Siap dah dapat hadiah semua. |
Acara Kedua: Hembusan Kabus Awan Nano Dewasa |
Acara Pertama: Hebusan Kabus Awan Nano - Kanak-kanak |
Acara Kembar Siam - Kemain tau main acara ni sampai siap jatuh bedebuk dan melecet kaki memasing. |
Acara Ketupat Mak Jah. Nampak senang acara ni, tapi kalau dah kena anyam ketupat guna reben yang licin tu, kau mampu? Apapun, ibu I juara untuk acara ni. Like daughter like mother lah kan, eh? |
Acara Lambung Belon Mail Lambung. Nama acara ni semua idea Azreen, so jangan nak tanya kenapa nama acara kemain lagi. |
Ni acara wajib ada dalam semua sukaneka, boling kelapa. |
Game last: Semakin jauh semakin rindu atau nama saintifik dia, siapa terpanjang. Haha. |
Lepas habis semua game, masing-masing boleh buat acara bebas dah. Bukan takat yang kekanak je nak main pasir, yang dewasa pun sama juga. |
Sesi mentekedarah sampai lebam. Makanan time ni memang syurgaaaa. Melambak banyaknya. |
Sesi Penyampaian Hadiah. Disebabkan Nenek tak berdaya, kita wakilkan jelah yang datang lambat untuk bagi hadiah. So, Encik Edi lah yang kena. |
Game Span Bocor Mak Jemah. |
Game Tijah Salim Next Top Model. Sebagai peminat America's Next Top Model sampai cycle 2.0 Men VS Women pun I tengok, acara ni memang akan wajib ada dalam setiap sukaneka yang I kelola. Kahkahkah. |
Game timba perigi untuk kanak-kanak. Tapi yang excited, orang tua yang bebenornya. :p |
Family potrait for 2013. |
family first..
BalasPadamwow seronok nya! dh lama x ada suka neka mcm ni.
BalasPadamWaa bestnyer dapat beraktiviti ginih..game timba perigi tu bestnnyer...kalo saya pun eksited jugak...
BalasPadam