Khamis, 16 Januari 2014

Balkidz, the bloger

Sepanjang I menulis blog ni, dari zaman clash dengan boyfriend dulu, sampai dah beranak dua ni, I akui, I memang hanya menulis tapi tak pernahnya join mana-mana pertemuan dengan para bloger, baik yang famous, suam-suam kuku atau tak berapa glamorous di arena perblogan. Bersahabat dengan bloger pun tak adanye pun. Sekadar komen-komen kat blog, takpun gi skodeng-skodeng mereka kat IG. Itu jelah. Berkawan secara maya je gitu. Takdepun join mana-mana pertubuhan yang bernaung di bawah dunia blog ni.

Ada juga antara schoolmate I dan officemate yang menulis blog, diorang ni, memanglah ada jumpa. Tapi sebab dah kenal kan, tapi kalau terjumpa pun, perasaan tu biasa-biasa je lah sebab diorang ni memang dah kita kenal. Kot-kot buat excited jumpa diorang ni, terkejut pulak diorang tu kang. Haha.

Seingat I, antara bloger yang I pernah jumpa adalah Zila Ziman (Sifu Make Up I), Rina (beli set makeup dengan dia), Kak Zimah, Kozam dan Kozul (sebab diaorang ni rakan maya teratak dulu), hmmm tu je lah kot. Boleh dikira dengan jari jumlahnya.

So, bila si Balkidz ni menjemput I untuk ke majlis dia haritu, perasaan time tu, Ya Allah, macam nak pergi first date gamaknya. Kahkahkah. Dupdapdupdap dalam hati ni. Siap fikir, nak react cemane, nak cakap apa, alahai, nak pergi ke tak, haishhh, tentu arah jadinya.

Bila dia wassap, aku nak jumpa ko kak, dan I reply, tengok lah kalau aku tak sesat  nanti aku sampai. Terus dia zaassss, hoi aku dah bagi GPS koordinat nak sesat apanya. Hahahazabedah punya budak.

Nak dijadikan cerita, memang sesat pun I di hari majlis itu. :p Tak sesat, tak Ain Ya Nun kan lah namanya. Beriya I tunjuk gambor kad jemputan kat Guard tu, sekali Guard jawab, bukan sini lah dik. Ni taman depan tu, adik keluar  dari sini, dalam 200 meter masuk kanan. Azreen dah menjeling menjeling memandang je dah sebab time ajak haritu dia cakap dia tak tahu jalan tapi I siap-siap jawab dah, takpe I tahu. Confident ok menjawab sebab I yakin ada GPS :p 

Ampunkan lah isterimu itu ye Suamiku yang ganteng macam Keith Foo! :p :p :p

Nasib baik  direction yang Guard tu bagi dan GPS I yang seterusnya itu tak salah jalan dah. Betul dan tepat siap masuk kat parking sesama ahli keluarga Balkidz lagi dekat laman dia. Haha. Dari luar dah nampak muka si Balkidz tu, so teruslah I seret suami dan anak-anak masuk ke rumah. Reaksi time tu, belakon je macam dah lama kenal. Salam gelak-gelak dan pandai-pandai bawa diri.

Inilah Puan Balkidznya  dengan Badriena, perantin pada haritu  =)



Candy Buffet

The pelamin yang simple, comel, cantik dan tak 'berbunga' nau! I likeee.

Cik Pengantin yang sedang enak dilambung ombak bulat-bulat pink.

Bergamba dengan tuan rumah dan perantin. Anak Balkidz dengan anak I, dua-duanya sedarjah (lahir tahun yang sama).

Lepas ambil gambar, makan dan dapat goodies bag yang putus tali tu :p kami pun minta diri nak balik. I ingat, kot la dapat jumpa bloger lain kat majlis ni, tapi takde pun. Takde rezeki kot nak memanjang jodoh dengan bloger lain.


Apapun, terima kasih Puan Balkidz dan suami ye kerana sudi  jemput I. Moga dapat berjumpa lagi di lain masa. Mana tau, kot I sesat sampai Sarawak nanti, dapat lah jumpa ko kat sana pulak ye.

=)

1 ulasan:

  1. kehkeh. baru aku tau ko buat entry untuk aku kak! :)
    mekasih kak datang, sayang ko. akan ku kenangmu dalam setiap doaku ;p
    eh, sorry kalau ade ape² terlebih terkurang tak sempat nak layan kak. kebetulan ko dtg time tu ramai plak serbu. hehehe

    BalasPadam