Jumaat, 12 Mei 2023

Happy birthday to me!

Salam semua,

Alhamdulillah, genap 40 tahun harini. Moga umur yang masih dipinjam Dia akan digunakan sebaiknya untuk menambah amal dan ibadah.


40 tahun ni orang kita kata umur kubur, tapi mat salleh lak kata life's begin at 40. Haha. Di umur 40 tahun, penentu macam mana life kita seterusnya. Jika di umur 40 tahun masih lagi leka, masih lagi sibuk mengejar dunia, mungkin tiada apa yang kita persiapkan untuk kita menghadapi ajal yang mungkin menjemput tanpa kita duga.



12 Mei pada tahun ini jatuh pada hari yang penuh barakah, Jumaat dan di bulan Syawal. Pagi-pagi lagi Ketua Jabatan dah datang, wish birthday siap peluk dan bagi sarapan. Rasa macam pelukan dari seorang emak kepada anaknya time tu, terus rindu Ibu.

Kebetulan ada sambutan Hari Raya Setiausaha tengaharinya, merasa la geng-geng pencen tahun lain-lain menyanyikan lagu birthday. Siap kena surprise suruh jadi Pengacara Majlis lagi di hari jadi. Kita layankan je lah. Janji depa gembira.

Ada juga yang kawan-kawan hantar kek, belanja coffee. Alhamdulillah untuk setiap rezeki. Terima kasih kepada semua yang masih ingat tarikh lahir ini dan meraikannya. Terima kasih atas setiap ucapan dan doa. Moga segala yang baik-baik juga kembali kepada anda semua.

Till then guys, wassalam.





2 ulasan:

  1. Happy belated birthday dear. kita lagi tua ni. hehehe.. tak pe. janji hati muda.

    BalasPadam
  2. Happy belated birthday Ain..

    BalasPadam