Isnin, 3 Julai 2023

Eid Adha 2023

Salam Aidil Adha semua =)

This year giliran beraya di Melaka sebab adik kedua balik Terengganu.  Petang sebelum raya, balik Melaka, tolong Makcik masak, then pagi raya makan di rumah dia je sebab anak-anaknya pun tak balik. Semua kena kerja di hari raya.

Dah plan elok nak pergi solat raya dengan Makcik esoknya, tapi Allah swt baik hati, dia bagi cuti. Haha. ABC!

Hangkut juga la semua ke masjid. Dok dengar khutbah dari dalam kereta je. Yang kakak, Ommaknya tak solat, dia pun taknak ikut Nekcik masuk masjid. Hai la anak!

This year, pakai putih lagi di raya Haji. Ambil berkat orang pergi haji, sambil doa time Arafah, Allah swt bagi rezeki lebih jemput suami dan diri ini menjadi tetamuNya sebelum menutup mata. Aminnn.

Gambar wajib, berdua!

Keluar juga bergambar depan masjid lawa ni walaupun tak solat. Minta tolong Makcik ambil kan, makcik tak reti nak adjust, gambar jadi gelap. Jadilahhh, janji ada gambar kenangan.

With Makcik, adik arwah Ibu. Tempat menumpang kasih, bila raya menjelma. Makcik pun menumpang ke kami, bila anak-anaknya kena bertugas di Hari Raya. Gitulah hidup, kena give and take.

Dah bergambar, makan. Dah makan bergambar. Itu ajelah kerja  kami. Tak join pun orang kampung buat korban. Makcik pula buat korban satu hari nanti.

Family arwah Ibu ni minta I in charge untuk uruskan korban this year, tapi I krik krik je. Mood nak buat tu takda. Insha Allah, kita usahakan nanti ya. Doa-doakanlah I rajin nak handle semua. 





Gambar-gambar kenangan pada Aidiladha 2023. Meriah je beraya di kampung ni visit sanak saudara, saudara datang berkunjung, tapi tu lah, tetap rasa kehilangan bila Ibu Abah dah takda. Dalam kemeriahan, terselit juga rasa sedih sebab rindu pada keduanya.

 

1 ulasan:

  1. Akak suka masjid putih tu...cantik sangat..dah 2 kali dah pi situ

    BalasPadam