Selasa, 18 Julai 2023

Anak-anak join MSSD

Salam,

Awal Julai haritu, lepas Aidiladha, Kakak dan Abang terpilih mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). Pengalaman pertama untuk mereka berdua join aktiviti luar sekolah.

Yang kakak, memang dari dulu lagi nak masuk acara larian ni tapi tak pernah terpilih. Kadang kesian juga, ya lah, kita ni malas campur urusan pemilihan semua tu. Of course, cikgu sendiri akan pilih yang terbaik untuk mewakili sekolah. Rezeki kakak,  Alhamdulillah, dah darjah 6 baru terpilih.

Yang Abang dulu, waktu di tahap 1, selalu menangis kenapa asyik kena mewarna je kalau tahap dua ada program sukan. Macam-macam ragam ye! Bila dah darjah 4 ni terpilih, memang happy la dia. 



Alhamdullillah, dalam acara individu, Abang memenangi pingat emas sekaligus dinobatkan Atlet Terbaik kategor L10. Kami tak tahu pun dia menang atlet terbaik sebab ingatkan dah takda apa lepas penyampaian hadiah. Alhamdulilalh, rezeki Abang.

Since venue program di kawasan office je, memang kami cuba cari masa untuk support untuk setiap acara. 

Mami datang tengok kakak nanti?
Mami cuba kak, kerja mami ni tak tentu. Datang angin puting beliung kat office tu, memang tak boleh buat apa la.


Mami datang tau tengok abang. Nanti Abang nak tengok mami kat hujung time abang dah habis lari.
Tengok dulu keadaan kat office bang.



Cikgu siap offer, siapa dapat pingat emas pertama untuk sekolah nanti cikgu bagi duit. Dapat la Abang duit raya haji dari cikgu-cikgunya.


Gambar-gambar kenangan sepanjang kejohanan. Merasa la Abang bergaul dengan abang-abang senior.

Kuartet 4x200m P12. 

Kuartet 4x100 P12

Saringan 80m Lari Berpagari P12.  Ada juga waghih Mami yang masuk acara lari berpagar.
Kakak berjaya ke final tapi tak menang apap-apa pingat. 

Abang juga juga join acara 4x100m L10 tapi takda rezeki menang. 


Frust dia tak menang. Siap ditenangkan oleh Ustaz favourite dia. Nasiblah dia tak nampak I, kalo tak mahu banjir Nilai haha.

Menunggu turn acaranya bermula. Kena sidai tengah panas. 

Kakak and team.
Untuk MSSD ni,  67 buat sekolah rendah dan menengah Daerah Seremban 1 turut serta . Saringan untuk setiap acara pun ada yang sampai 11 saringan. Jenuh Ommak ea berpanas menunggu.

Rentung anak bujang den kono jomur.

Kakak memang frust tak menang apa-apa. Dia masuk acara 80m lari berpagar (Final), 4x100m, 4x200 (Final) dan 200m (Dapat nombor satu dalam saringan ke 11, tapi best time sahaja yang dipilih ke Final)

Ommak mampu pujuk je la yang Kakak patut bangga, dari ramai-ramai kat sekolah, kakak terpilih. Ini pun pencapaipan yang patut kakak syukuri sebab memang kakak nak dari dulu. Cuma rezeki memang Allah belum nak bagi. Kenalah kakak berusaha lebih lagi lepas ni kalau betul minat acara ini.

Mostly yang masuk acara adalah kawan-kawan kelab bola Abang juga. So, memang rancak la dia berborak sambil tunggu turn.

Kakak baru tamat acara 200m. Time ni tunggu result dapat ke final ke tidak.

Team 200m L12 dan P12

3 ulasan:

  1. Tahniah anak- anak...cuba lagi dimasa akan datang ye...yang penting kalian dah berjaya ke peringkat ni kan..satu pengalaman manis tu...

    BalasPadam
  2. bgs anak2 aktif bersukan..dpt plak pingat emas tu sekaligus dinobatkan Atlet Terbaik...tahniah

    BalasPadam
  3. Tahniah. Moga boleh gapai kecemerlangan lagi dalam sukan di masa hadapan.

    BalasPadam