Jumaat, 1 September 2023

Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah

Salam semua,

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 66 tahun Malaysia!
This year plan nak pi Putrajaya, nak merasa vibe Merdeka Parade tu sambil  tengok abang bomba haha, tapi Azreen malas bersesak. Jiran ada yang siap keluar rumah pukul 4 pagi untuk dapat seat depan. Bila tengok medsos, rupanya ada yang siap tunggu dari tengah malam. Gigih betul rakyat Malaysia.

Dah bapaknya tak nak pergi, kita melentang depan tv je la layan Merdeka Parade.

Tahun ni juga, sekali lagi, sekolah anak buat sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah sebelum sekolah start bercuti dari 26 Ogos hingga 3 September 2023.

Ikut hati malas nak bagi anak join sebab ada option, siapa tak nak join, datang sekolah pakai baju sukan je, tapi Reezqy pula beriya nak join. Hari-hari dia tanya, nanti Abang pakai baju apa Mami?

Esok program, sehari sebelum, barulah ommak beriya cari segalanya. Mak busy nakkk + malas nak fikir awal haha.

Niat di hati nak beli barang buat sanggul ni, tapi rezeki haritu, singgah kedai, ada yang dah siap, kita beli je la. Benda boleh beli, kenapa rajin nak buat ye tak? RM23.90. A bit pricey, tapi lelap mata je la bayar. Dah tetua ni, tak sanggup nak penat cantum-cantumkan daun tu jadi sanggul.
 
So, inilah outfit mereka. Takda baju bendera, pakai baju tradisional Malaysia ja.  Malas nak  beli baju bendera tu sebab diorang ni cepat tinggi. Kang tahun depan, dah tak boleh pakai.

Abang pakai baju melayu warna kuning, pinjam tanjak dan sampin Apak ea. Kakak pula, Alhamdulillah,  ada jiran offer pinjam set baju Puteri Perak anak dia, so senyum sampai telinga kakak sebab bajunya lawa.

Adik?
Yang ini paling kelakar. Dia pun hari-hari tanya bila nak pakai baju merdeka. Selalu dok tanya, Ogos dah habis ke Mami, adik tak pakai baju  merdeka lagi.
Sekali, esok program, malamnya dia demam.
Dia nak pergi sekolah juga, tapi kita pula risau, nanti berjangkit ke anak orang lain. Ke klinik je la kita dik ambil MC.

Memang ada terdetik dalam hati, macam mana kalau adik demam sebab 2-3 hari sebelum tu, parents dok update anak demam dalam group kelas, so betul pula dia demam sebelum program.


Kita throwback je la ye dik baju tahun lepas. Tahun ni takda rezeki adik nak lawa-lawa ke sekolah ;)

I memang always semangat bab tema tradisional dan klasik ni. Suka tengok anak-anak pakai baju tradisional. Lagi-lagi kalau ada sanggul tu. Ommak pun suka juga pakai, tapi tu lah, takda event yang sesuai. Kang sesaja pakai pi office, orang kata buat tebiat lak.

Apapun, selamat Hari Merdeka Malaysia!
Didoakan semua rakyat Malaysia sentiasa dilindungiNya, hidup aman harmoni dan happy sokmo, tiada hasad dengki, dijauhkan dari segala wabak, malapetaka dan bencana.
Amin.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan