Salam semua,
Bersempena cuti sekolah this week, I ambil cuti dua hari sebab nak bawa anak-anak berjalan. Kena ambil cuti sebab weekend apaknya busy mencari rezeki.
Sebenarnya, mid August haritu, Azreen ada job di Segamat, terlalu satu tempat ni tapi tak sempat nak singgah. Dah melalak si Abang tak dapat pergi. Dah darjah empat kot bang, masih lagi kau ya tak malu nangis-nangis! Dia pula yang tak faham bahasa lebih dari Adik. Mak mertua cakap, bagi je dia adik lelaki, hilanglah manjanya tu nanti. Masalahnya mak, kot pregnant perempuan lagi, hmm tak ke sama juga perangainya. Tak selesai pun masalah. Tak koserr la nak bagi dia adik lelaki haha.
Inilah tempat yang dituju, tempat yang si Abang melalak tak dapat singgah dalam perjalanan pulang ke Nilai.
Hello Segamat, kami datang lagi untuk kali keduanya!
Sebelum sampai ke tempat di tuju, kami singgah lunch dulu di Bus Station, Tangkak. First time datang haritu, dah makan mee bandung kat sini. Datang kali kedua, kami makan nasi.
Jangan tanya asam pedas tu sedap ke tak sebab pada I, I masak asam pedas je yang sedap haha.
Diorang memang tak tahu tempat yang nak dituju. Bila diorang tengok jalan dan tanya kenapa nak pergi UiTM lagi, Azreen jawab, nak ambil barang tertinggal di sana.
Saja tak bagi tahu, nak surprise kan diorang, terutamanya si Abang. Bila sampai tu memang menjerit la si Abang dan Adik, siap cakap terima kasih bawa ke sini.
Di sini ada kolam untuk anak-anak mandi, mini zoo dan bilik untuk bermalam. So, I ambil semua pakej. Settled! Enjoy la engkorang sampai lebam.
Daddy: A daughter's first love. Alahaiiii, tengok gambar ni, rindu arwah Abah. Cuti panjang selalunya balik kampung spend time dengan diorang, now dah takda, kita isi dengan aktiviti dengan keluarga kecil je la.
Di mini zoo ni ada macam-macam jenis burung, ular, buaya, dan beberapa bintang yang I tak ingat nama.
Mini zoo ni kecil je, tapi jadi lama kat sini sebab anak-anak boleh feed the haiwan dalam tu. Sediakan duit je la nak belikan makanannya. Esoknya pun, diorang masuk sini lagi sebab seronok bagi makan kat haiwan.
Bilik kami di bahagian belakang blok ni sebab ambil double queen. Yang depan ni bilik single agaknya.
Adik nak bergambar kita layan sementera dia mahu. Dah anak dara macam kakak tu, bergambarnya style tutup muka la, bahagian belakang je la.
Spot menarik untuk bergambar. Sila pose anak-anak! Yang kakak, sampai terbang tudung sebab mandi kolam punya pasal.
Ada jambatan gantung juga. Yang ini kena bayar lain kalau nak naik. Nak anak-anak enjoy, pun kita bayar juga.
Ommak pi coffee hunting. Sensorang je la sbab anak dah berendam, ajak keluar kau ingat dia nak! Nak ajak kawan ngopi-ngopi pun takda yang kenal kat sini.
Kita waze je la Kebun Haus. Walaupun pergi jalan lain, balik jalan lain waze bawa, siap kena cari jalan keluar sendiri sebab jalan tutup orang rehearsal Merdeka Parade, Ommak boleh senyum happy sebab dapat juga sampai dan menghirup secawan latte sedap.
Balik dari ngopi almost pukul 7, Apak ea call tanya kat mana. Bila call tu maknanya dia dah tak boleh handle la tu. Terus la kita ke kolam mengadap anak kembali.
Gambar ni kolam bahagian outdoor. Yang Indoor I tak snap gambar, banyak rekod video je. Sesuai untuk kanak-kanak 13 tahun ke bawah kolam ni. Tak dalam mana pun. Yang Indoor sesuai untuk dewasa. Bahagian kolam juga dibuka untuk public dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang.
Malam kita round tengok lampu-lampu di sekeliling farm ni. Nama pun farm kan, banyak la pokok buah-buahan dalam ni.
Lepas dah sarapan, depa berendam lagi dan request makan maggi cup. Cuti sekolah kannn, apa ada hal, Ommak bayar je guna kad apak ea. Haha.
Tempat ni macam tak ramai orang sebab biasa-biasa je kot. Tak sehebat Escape, Penang nunn. Tengok gambar atas ni, dah tengah hari pun gitu je tenangnya.
Pukul 12 kami check out. Since balik kena exit Tol Tangkak, kami singgah makan ni Kedai Nasi Ayam Ali.
Ada tiga pilihan, nasi ayam hainan, black pepper dan nasi ayam biasa. Fav Azreen ke sini sebab ada Sup Kaki Ayam tu. Si kakak pun menurun apaknya, dah pandai makan kaki ayam. I walopun, asal kampung, arwah nenek dulu tak ajar makan benda-benda gini, so memang tak reti makan kaki ayam.
Alamat Walters Farm
Lot 463 & 464, Batu 3, Jalan Segamat-Jementah,
Mukim Gemereh, 85000 Segamat,
Johor Darul Takzim
No. Telefon: 016-613 6281
sedap tu sup kaki ayam...kolagen hehehe...♥
BalasPadam