Salam semua,
Alhamdulillah, habis dah bulan September dengan pelbagai momen, ada yang indah ada yang tak haha, untuk dikenang. Mood menulis tu ada, tapi biasalah, busy dengan itu ini, terus terpadam gitu ja, so sementara ada ni, moh kita tulis wrap up untuk September.
Early September, Azreen join Sukan Badan Berkanun di Perlis. Hmmm, murung semua manja Dedi. Bertambah murung kena hadap kelas tentera Mami seminggu =p Asiklah tanya bila Dedi nak balik, lagi-lagi si Adik.
Welcome The Imans! Silalah urus diri sendiri semua kalau tak nak dengar mak ko memetir. Alhamdulillah all went well walaupun pun malam pertama tu I susah nak tidur sebab geng lepak petang (jiran) bercerita pasal hantu. Coi betul, time Azreen takda lah kau nak cerita!
Bila Azreen takda, secara automatiknya, tugas hantar Si Abang pergi training bola jatuh ke Ommak ea. So, dengan Ommak, kau nak pi training, sila siapkan barang sendiri dan masukkan terus dalam kereta. Takda barang bola, takda training! Gitu je ya dengan Ommak.
Sempat la pi mengeteh dan lepak di kedai pastries time sesi training si Abang. Nak suruh Ommak hadap je dia training memang tak la. Menguap 80 kali kang.
Ada sekali dalam bulan September haritu, time sarapan, Akak cleaner offer lauk dia. Haha. I kan pantang tolak. Lagi-lagi nampak lauk ikan lawan dengan jantung pisang tu, terkenang terus arwah Ibu dan Abah yang suka makan lauk-lauk gitu. Jantung pisang kalau kat kampung memang bersepah. Kat bandar ni, kena pi pasar tani la baru jumpa. Sedap betul makan walaupun nasi secoet jaaa.
Rutin kerja nowdays hmmmmmmmmm. Nampak panjangnya hmmm tu. Haha. Sajelah ngajak geng KOKO lunch. Haha. Free lak dedua, terus zasss. Celebrate sekali besday Kokin.
Sempatlah meluah apa yang patut. Gitulah kerja, makin tinggi jawatan makin macam-macam dugaan mendatang. Kita hadap je lah. I selaku fikir gini je, ada sebab Allah hadirkan orang yang macam-macam perangai ni. Sama ada Allah sedang uji dia, atau Allah sedang uji kita juga.
Sempatlah meluah apa yang patut. Gitulah kerja, makin tinggi jawatan makin macam-macam dugaan mendatang. Kita hadap je lah. I selaku fikir gini je, ada sebab Allah hadirkan orang yang macam-macam perangai ni. Sama ada Allah sedang uji dia, atau Allah sedang uji kita juga.
Join game Bowling anjuran Kejiranan. Pun, Azreen takda time ni. Ikut hati malas nak pergi sebab kena drive malam kan, tapi sebab dah bayar semua dan beli hadiah, gagahkan lah hati juga pergi. |
Hantar gambar ni kat Azreen yang jauh di perantauan. Si Adik baru bangun tidur. Dia sempat tidur seround sambil nunggu kami semua habis games. |
Gambar Gotong-royong Madani dah turun ke bawah. Si Adik dan kawan-kawan abannya. Merekalah yang selalu jaga Adik time petang balik sekolah. |
My one and only brother. Little Brother! Dia datang bawa beg kuning. Siapa ada Tiktok, mesti faham beg kuning tu apa. |
Alhamdulillah selesai Perbicaraan Pembahagian Harta Pusaka. |
Bulan September juga, Ommak mencemar duli ikut Game bola si Abang. Nak ikut ni kita kena pilih tempat yang best je. This time buat kat Kampung Baru, kena la ikut sebab nak food hunting. |
Alhamdulillah, team Reezqy juara keseluruhan. Sebelum nak balik Soccer Mom ajak Ommak Reezqy bergambar. |
Team 8-5pm di pejabat. Kami berbengkel di luar dan jadi pelapor. |
Bincang hala tuju jabatan. Alhamdulillah, dapat team yang ok. Sikit weng sana sini tu biasa, tapi kerja sentiasa jalan. |
Alhamdulillah, dapat Anugerah Persembahan meletop. Ada la peningkatan daripada tahun lepas. Walaupun rehearsal tak pernah cukup korum dek busy dengan tuntutan kerja, dapat juga menang satu anguerah. |
Dan macam biasa, jadi modal kena bahan dengan laki sendiri. |
Sempat juga kami berbincang tentang halatuju pasukan bola tampar sebelum September berakhir. Insha Allah, doakan ya misi dan visi kami untuk tahun 2024 nak ke Sabah tercapai. Aminnn. |
September di akhirI dengan rutin biasa bersama 3 ketul ni. Dah makin membesar semua, makin mudah nak handle tapi bercekau bertekak tu tetap ada ya. Tak seiring dengan pembesarannya.
Alhamdulillah, terima kasih September!
Alhamdulillah, terima kasih September!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan