Jumaat, 13 Oktober 2023

Hari Dialog Prestasi anak

Salam semua,

End of September haritu ada Hari Dialog Prestasi sekolah anak. Ada dua sesi, sekolah pagi dan sekolah agama. Bahagi dua la dengan Azreen. Dia pi yang sekolah pagi, I pi sesi sekolah agama.

Jumpa Ustaz si Abang, I bising kat Ustaz, dia bersukan aja, drop markah semua subjek.  Tapi Ustaz kesayangan dia back uppp yaa. Ustaz kata, walaupun si Abang bersukan, banyak subjek dia dapat A.  Baiklah Ustaz!!!

Pi kelas si Adik, tersipu-sipu dia Mami datang. Kawan-kawan dia pun siap menegur, Mami Iman, mami Iman. Kelas darjah satu, gitulah. Ramah semua.

Time pergi sekolah ni,  ada beberapa parent yang panggil I  Cikgu. Siap tanya kelas kat mana semua.
Haha. Saya pun parent juga laaaaa.


Selesai urusan di sekolah singgah Giant beli barang. Nak balik tu, time keluar dari parking dengar bunyi-bunyi kat tayar.  Datang pula sebuah kereta pancung kereta I suruh stop tepi. Ghisauuu jadinya, sebab dengan anak-anak, Azreen takda.  Rupanya, mamat tu nak bagi tahu tayar kereta bocor.

Kena la Azreen datang rescue. Nak harap I tukar tayar spare memang nan hado la. Terus hangkut semua ke bengkel kereta terdekat.

Suka gambar ni. Time tunggu kereta siap di bengkel. True color masing-masing. Yang bapak fikir berapa la nak kena bayar. Yang Kakak, ajak balik rumah naik Grab Car. Yang Adik dok bising kerja sekolah dia belum siap. Yang Abang nak balik main bola. Ommak? Tak nak masak petang ni sebab penat menunggu!

Merasalah susah senang bersama menunggu kereta di bengkel petang tu ;)


2 ulasan:

  1. Jemput join segmen saya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    BalasPadam
  2. Ye la..mami tu dha macam teacher dah ha...apapun syukur selamat takde apa yang terjadi

    BalasPadam