Khamis, 19 Oktober 2023

Hello Genting Highland!


Salam,

Posting tertunda program awal Oktober haritu. Minggu yang busy tapi menyeronokkan. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nikmat seronok ;)

Walau pun tahu pagi esokknya nak naik Genting sebab game bola si Abang, tapi tetap join program petang iaitu Game Bowling dengan rakan Setiausaha dan malam pula bertugas untuk Minggu Taaruf Pelajar Baharu. Malam dah balik lewat, esoknya pagi-pagi buta kena gerak ke Genting Highland.

Hello GH! Lama tak naik sini. Last rasanya tahun 2012, time pregnantkan si Abang.
Kami gerak pukul 5 pagi. Sampai atas cari masjid untuk Subuh. Banyak dah berubah ya GH. Makin banyak juga bangunan tinggi-tinggi tumbuh bagai cendawan.

Si Abang boleh dia tanya, Mami tahu tak kenapa bangunan tinggi-tinggi banyak?
Jawab dia, sebab kiamat makin dekat.
Allahu akhbar anak oiii.

Sambil menyelam sambil minum air ikut si Abang. Ingat saja-saja ikut! Dah settle semua urusan si Abang di Footlballhub Sky Arena, terus minta izin Azreen nak naik cable car.

Parking kereta kat Genting Premium Outlet, then terus ke tempat naik cable car beli tiket. Harga tiket RM18 utk pergi balik. Dewasa atau kanak-kanak, sama je harganya.

Kami sampai awal, orang pun tak ramai lagi. Rasanya macam naik sama-sama dengan orang yang kerja di GH atas nun. Time balik, tengok beratur dah orang naik cable car.

Indoor games pun tak buka lagi time ni. So jalan-jalan sambil ambil gambor je lah. 

Adik terpaling happy sebab haritu dia dapat  YES DAY. Siapa yang pernah tengok movie Yes Day, tahulah apa benda yes day tu. Terpaling ambil gambar ni. Setiap tempat dia ambil gambar guna handphone dia. Nak post kat mana pun tak tahulah sebab bukan ada medsos punn =p



Tengah hari tu Azreen call suruh turun. Dia maklum game dah habis. Ingat nak suruh depa naik atas ni kami tunggu tapi Azreen kata dia tak larat lak. Siap I kena drive balik  sebab dia mmg tak larat sangat. Sakit kepala dok berjemur tengok game Reezqy. 

Ingatkan game bola kat Genting sejuk. Soccer moms siap bawa jaket bagai, tapi nan hadoooo nya. Panas berdenting juga.

Lepas settlekan Reezqy, lunch sesiap di Genting, then I drive balik. Azreen lepas telan panadol, dia tidur je dalam kereta. Sempatlah sampai dan zuhur di rumah ja. 

Kena naik juga Genting ni sekali lagi nanti sebab si Abang tuntut nak naik cable car juga bila dia tengok gambar-gambar dalam handphone I.

Insha Allah Abang, nantiiiiii ya, nantiiiiii kita pergi ;)




 

1 ulasan:

  1. Seronok ye naik Genting Highland...aunty SA pun lama dah x naik sana..last rasanya 2019 ke 2018...

    BalasPadam