Assalamualaikum semua!
Selamat menikmati total lockdown di samping family tersayang. Haha!
Dah kali kedua ke ketiga tah, harap takda lagi yang panik pi borong semua makanan. Kesian, orang yang tak bergaji lagi, yang susah tu, terkulat-kulat ajelah menengok hangpa borang semua.
Hantaran (posting) tergendala lagi ni. Majlis sambutan hari lahir yang ke 38. Allahuakhbar, makin mendekati ke 4 series dah. Insha Allah, moga sampai ke umur itu.
Life begins at forty kata omputih. Ada I baca kat FB pula, time umur empat puluh tahun juga, apa yang kita buat itulah yang akan mengikut kita ke umur seterusnya.
Tahun ni, memang dah tahu dah akan sambut di luar. Macam biasa, Iman Reezqy lah yang tukang pecah lubang. Haha. Cuma, menunggu penuh debaran aja sama ada boleh proceed makan di luar atau tidak. Musim covid ni kan, Kerajaan suka bagi kejutan!
My birthday jatuh pada 12 Mei, petang mantai, esoknya Raya. Haritu jugalah Kerajaan announce 13 Mei PKP seluruh negeri dan sambutan raya tak boleh berziarah. Hmm, rosak semua program yang telah dirancang. Since pada 12 Mei, banyak kedai tak buka dah, so husband dan anak-anak sambut awal birthday I iaitu pada 11 Mei 2021.
Kira, inilah kali terakhir kami makan di kedai sekeluarga. Lepas raya semua berkurung. Kali ni try Iftar di Hutan Cafe, Jalan Labu, Nilai, Negeri Sembilan.
Elok aja sampai parking, nampak seat yang ada belon-belon, I dah gelak dah sambil tanya, tu ke surprisenya D?
Azreen tarik muka. Haha!
Lepas berbuka puasa, ajak balik cepat, Azreen kata, tunggu la kejap. I gelak lagi sambil cakap, mesti ada kek ni. Memang betul pun, lepas tu staf kat situ keluar bawa kek sambil nyanyi lagu birthday.
Then masuk kereta, I tanya lagi, ada hadiah kat belakang kan?Terus Raneeya cakap, eeeee Mami ni semua Mami tahuuu!!
Alah korang ni, dah 38tahun mami hidup, semua dalam tangan je. Kan mami dah kata, kita makan-makan aje, dah lah. Tak payah surprise-surprise ni. Mami dah tua.
Apapun, terima kasih suami dan anak-anak. I enjoy makan kat tempat tu. Bila malam, ada lampu-lampu memang cantik. Tempat bergambar pun lawa. Really appreciate your effort to celebrate my birthday! Thanks B. 14 3 =)
Hadiah yang diterima awal sehari dari Kokin dan Konee. Terima kasih sisters! |
I beli sepersalinan pakaian putih sebagai hadiah pada diri sendiri. Risau niqab tu tak sampai sebab order kat shopee. Alhamdulillah, tengahari 12 Mei tu sampai juga. Dapatlah merasa pakai petangnya.
Rupanya kalau pakai niqab kena pakai face mask juga ye kat dalamnya. Time kes nilopa tu lah baru I tahu!
Birthday cake! Bukan dari my fav Baker tapi I like the decoration. Simple and sweet je. Thanks B.
Alhamdullillah, dalam usia 38 tahun, masih dipinjamkan usia untuk melihat anak-anak membesar dan dapat sambut hari jadi dengan mereka. Syukran Ya Allah.
Terima kasih juga pada semua atas segala hadiah, ucapan dan ingatan. Moga segala doa yang dikirimkan, yang baik-baik berbalik kepada kalian juga.
Birthday gift dari suami dan anak-anak. Beriya masing-masing sorok-sorok nak balut hadiah supaya I tak perasan.
Terima kasih pada adik yang konon nak buat surprise, sekali dia dan budak delivery yang tersurprise. Penat mencari I kat mana. Terpaksa tinggalkan hadiah kat Pondok Guard Pejabat je. So, Azreen la yang kena acah-acah jadi mamat delivery sampaikan kat I.
Thank you Koyam! Apa ni bagi bunga? Nak suruh kita suka bunga juga ke apa? Apapun, thank you so much kak. Bunga pun bungalah, yang penting ingatan tu kan? Dan persahabatan yang tulus ikhlas.
Hadiah yang #roadtoforty sangat ni. Alhamdulillah. Elok pula warna lebih kurang aja semua. Terima kasih Koyu & Adik. Insha Allah, moga I terus istiqomah memperbaiki diri dan mendalami Al-Quran.
Hadiah terkini beg tu yang dapat last week dari Korose. Siap kene perli dengan Azreen, sambutan birthday you ni sebulan ke?
Haha!
Tak payahlah nak jelous suami oi. Mana tahu ni birthday I yang terakhir. Bagi la peluang pada semua yang tersayang meraikan =p
Terima kasih Ibu, terima kasih juga pada Arwah Abah.
Tanpa Ibu dan Abah, takkan ada Nurain Syazrin pada hari ini.
Till then semua.
Jaga diri dan family elok-elok ya.
Moga kita semua sentiasa dilindungi dari covid dan dapat kehidupan kita yang dulu semua, Insha Allah. Take care & wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan