Salam semua,
Hari ini dah 24 Syawal. Semua masih lagi kekal beraya di rumah sendiri, menghabiskan kuih raya yang ada sebab orang lain tak boleh datang beraya serta masih jujur patuh SOP. Moh la kita mengabadikan kenangan raya di sini.
Ikut plan, akan masak-masak dengan kejiranan petang raya tu, tapi kerajaan dah keluarkan arahan baru, kita balik rumah Mak Mertua yang sejengkal tu ajelah tolong dia masak. Mak mertua pun dah tak larat, kenalah kita ada bantu mana yang patut. Selesai raya, malam tu balik rumah, Ya Allah, macam-macam makanan ada kejiranan bagi. Dah semua tak balik kampung, semua pakat-pakat masak agihakan pada jiran-jiran semua.
I simpan aja lauk, makanan tu semua dalam peti ais. Tak larat nak makan dah.
Esoknya, pagi raya, get ready semua, jom bergambar. Raya norma baharu. Pagi raya di rumah sendiri. Tahun pertama untuk I sebab last year, I mohon rentas negeri balik kampung.
This year warna tema raya pilihan suami. Ikutkan ajelahh. Ikut hati nak warna putih haha.
Kemudian gerak ke rumah mak mertua. Kami ni memang kena pi rumah mak mertua juga. Dah masak kat situ, makan pun kena kat situ jugalah. Don't worry, kami memang hari-hari berjumpa walaupun rumah lain-lain.
The Imans! Si adik tu payahnya nak beli baju dia. Halus nau. Kain tu kena lipat 3-4 kali baru tak labuh. Baju Reezqy sepasang dengan seluar, tapi nak samakan dengan Dedinya, gigihlah pi cari seluar hitam.
Port wajib bergambar. Luar pagar rumah tu je ye. Takde merayau jauh mana pun. Hmm, I pakai tudung yang ex-bos bagi, payah betul nak adjust tudung mahal ni. Haha. Dah bad tudung day pepagi raya. Anyway, thank you bos bagi tudung ;)
Awkward raya tahun ni sebab Abah dah takda. Ibu bertiga dengan adik ajelah di kampung. We miss you Abah. Al-Fatihah untuk Abah.
Gambar kenangan dengan Mak dan Abah mertua. Mak tu sebab nak bagi sama warna dengan Abah, gigih pakai baju lama.
Family adik kedua di Semenyih. Baju anak-anak kami sama kedai, warna aja yang berbeza. Selamat Hari Raya Ikin dan keluarga!
Petang tu balik ke rumah sendiri, panaskan ajelah lauk-lauk yang ada. Anak-anak main bunga api, makpak mengadap makanan yang ado.
Video call dengan kawan-kawan. Paling jauh yang telekung putih tu, pengantin baru dari Sabah. Selamat Hari Raya gaiss!
Esok paginya, bersarapan sambil pakai baju raya lama. Gigih la iron baju untuk semua. Walau tak ke mana, mood raya tu tetap dikekalkan. Sampai hari Ahad rasanya I suruh diorang ni pakai baju raya.
Janggal rasanya bah, tahun pertama beraya tapi Abah takda. Allahu akhbar. Nasib sebelum puasa dapat balik dan ziarah kubur Abah.
Malam raya paling syahdu sebab Abah suka buat takbir raya. Raya pun, Abah orang yang paling ceria menyambut raya. Abah akan pakai full set baju melayu siap bersamping dari pagi sampai ke petang.
Terasa-rasa lagi macam Abah ada. Bukan tak terima kenyataan, tapi hati ni rindu je =(
Selamat Hari Raya semua, maaf zahir dan batin.
Hargailah masa-masa yang ada dengan orang tersayang kerana semua yang dipinjam Dia, sampai masa akan diambil semula, dan tinggallah kita dengan kenangan yang ditinggalkan.
Salam aidilfitri. Raya norma baharu.
BalasPadam