Jumaat, 21 Mei 2021

Birthday: April Babies

Hello April!
Post tertangguh lagi  ;)
Sambutan hari lahir yang tersayang di bulan April.

~2 April 2021~

Happy birthday suami tersayangggggggggggg. Haha. Panjang sayangnya tu tak terkira ya. Pagi birthday tu kita belanja la dia breakfast.
 
Malamnya kita ajak dia dinner di luar. Bagi surprise sikit ajak Mak dan Abah dia. Happy muka dia tengok yang tersayang ada sambut birthday dia.

Makan-makan kat SDS je. Birthday dia tapi Raneeya yang pilih tempat. Itupun kantoi sebab pi makan-makan kat sini, post kat whats app storiy, tu yang Raneeya tahu. Terus dia request nak sambut birthday Daddy kat sini.

Thank you Mak tolong snapkan gambar!

Paksa juga mak dan abah ikut malam tu. Bukan selalu dapat keluar. Anak bongsu punya birthday kann, haruslah diraikan.

Kebetulan tengahari tu Mak mertua call tanya apa plan nak sambut birthday husband, so I suruh siap aja, lepas maghrib I datang ambik.

Mak pun dah tak berapa sihat, tak payah la susah-susah mak. Kita dinner kat luar je sudah.

Happy 38th birthday rakan sebaya, rakan seperjuangan melayari bahtera rumahtangga, Insha Allah rakan sebilik di syurga juga nanti, Insha Allah.Moga awak selalu dalam rahmatNya, dikurniakan umur dan hidup yang diberkatiNya serta beroleh kebahagiaan di dunia (dengan I haha) dan akhirat juga. Satu empat tiga cinta!

End of April pula birthday Iman Raneeya dan Iman Reezqy.
Surprise kan diorang dengan sambutan harijadi time jiran-jiran buat makan-makan.



Happy birthday Kak Iman (27 April) dan Iman Reezqy (29 April)! Kek tu pun surprise juga. Siap tanya, macam mana Mami tahu kakak suka sakura dan abang suka mobile legend.

Haha. Mami yang melahirkan kau nakkkk, takkan lah mami tak tahuu =p

Kek order dari rakan sepejabat je. IG: Thelawyer kitchen. Sedap macam biasa keknya. Sekejapan dah habis. Nasiblah sempat ambil se slice makan kat rumah.

Family potrait di bawah lampu jalan. Lighting tak berapa ok, gitu ajelah gambarnya.  Thank you jiran tolong snapkan.

To anak-anak Mami, happy birthday mami ucapkan. Mami doakan semoga anak-anak mami sentiasa dirahmati Allah selalu, dijauhi dari segala wabak penyakit, hidup bahagia dunia akhirat. Mami, Daddy dan adik sayang abang dan kakak sangat-sangat tau!

Next, blog post tentang birthday diri sendiri lak =p

Till then!
 

1 ulasan:

  1. happybelated birthday utk husband dan ank2 ain..oh busday ank tu dkt2 ngan mamatisya 26 april :)

    BalasPadam