Khamis, 12 Mei 2011

Kempunan air bunga kembang fatimah.


pixa kredit to cik gugel.

Bunga Kembang Fatimah ni boleh didapati di Tanah Suci Mekah je. Kegunaan bunga ni yang ai tau, adalah untuk mengetahui samada masa untuk bersalin dah dekat ke belum dan air rendaman tersebut boleh diminum dah khasiatnya samalah macam air selusuh. Cara untuk mengetahuinya ialah dengan merendam bunga tersebut. Kalau bunga tersebut kembang selepas direndam, maknanya masa untuk bersalin dah tibalah tu.

Ai dapat bunga ni daripada klasmet ai Feeza. Mak dia pi umrah, so minta tolonglah mak dia carikan. Alhamdulillah, bunga tersebut sampai ke tangan ai, sebelum ai bersalin. Kalau xdapat bunga tu pun, klasmet ai yang lain dah janji nak bagi pinjam bunga dia. Oh ye, untuk makluman bunga ni boleh digunapakai berulang kali ye hingga ke anak cucu sekiranya disimpan dengan baik.

Dengan adanya bunga kembang fatimah dan ibu ai pun dah sediakan minyak selusuh, kira persediaan ai untuk bersalin dah complete lah tu. Dengan benda-benda tersebut jugalah ai mohon pada Tuhan agar ia dapat membantu mempermudahkan jalan ai bersalin nanti.

Nenek sedara ai juga telah membekalkan dua botol air zam-zam untuk ai. Seminggu sebelum ai bersalin, bila haus je, air zam-zam tersebut ai minum sambil selawat dan mohon pada Tuhan moga ai cepat bersalin dan dipermudahkan segala urusan untuk bersalin nanti.

Tapi nak dijadikan cerita, ketika nak bersalin haritu, ai tak sempat langsung pun nak rendam bunga tu tok tengok ia berkembang. Minyak selusuh pun tak diminum dan dibawa masuk dalam labour room. Huhu. Takpolah la kan, janji semuanya dah selamat. Mungkin time adik Iman Raneeya nanti kot, baru dapat merasa. =p

psst: Ai rasa air zam-zam tu sangat membantu memudahkan ai bersalin.

2 ulasan:

  1. i dulu pun kakak bagi, ada makcik kat umah dia oegi mekah..and sempat rendam sebulan sebelum bersalin. Pastu tukar ckit air dia...sebab macam rasa kayu. Dan la guna time kat labour room. Haah bunga ni leh keringkan balik and pki balik.. Takpela ain janji da selamat sumenyer kan. Tu antara usaha yg boleh kita lakukan. Kita mencuba, Allah membantu segalanya. :). Next bb boleh la try air ni ain. heh.

    BalasPadam
  2. elin:
    Tu la lin, apepun, semuanya dah selamat.

    Tok adik raneeya nantilah baru guna. =p

    BalasPadam