Isnin, 11 November 2024

Kota Supai, Kuala Linggi Melaka

Salam,

Haritu ada nampak kawan sekolah kat IG dia bawa officemate dia pergi Kota Supai. Tertanya-tanya apa ada kat situ, moh la kita ajak husband singgah lepas sarapan di Warung Bambam.



Dan macam biasa, walaupun nenek asal sini, tetaplah kitonyo kali pertama sampai sini. Haha. Takpalah, kita datang bawa suami dah anak-anak explore sini. 

Guna waze datang sini. Sampai je ada parking dan kedai makan. Lepas tu tertanya-tanya, kenapa tempat ni tak sama macam dalam gambar yang kawan I post kat IG.



Rupanya kena jalan terus kat laluan ni. Time jalan tu hati-hati ya untuk yang ada anak kecil sebab tepinya tu walaupun ada penghadang, macam luas juga dan agak bahaya. I ni takut si adik tu jatuh je sebab dia suka bersidai tepi tu nak tengok ikan.

Jalan sehingga jumpa signage ni dan ikutlah arrow tu.


Jumpa tangga ni teruskan lagi berjalan.


Jauh juga kena jalan haha. Terus rasa menyesal datang.


Tapi budak-budak ni seronok. Lagi-lagi ada meriam tu, siap tanya kenapa ada meriam semua. Kena la cerita yang sini dulu kubu berperang. Meriam ni orang dulu-dulu guna untuk berperang. Sebab kubu perang tepi laut. Musuh dulu datang melalui laut.


Akhirnya, jumpa tempat kawan I bergambar lepas penat berjalan.


Nak balik kena mendaki semula untuk turun tepi laluan laut tadi.



Kami sampai sini dalam pukul 10 pagi. Ada 2 family lain. Time turun, tengok ramai lagi orang nak naik ke sini. Mungkin sebab cuti Deepavali, ramai yang book chalet area pantai sini datang menyinggah.

Next time kalau datang, nak try sarapan kedai tepi laut kat tempat parking tu pula.







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan