Khamis, 7 November 2024

Sukan sekolah adik dan abang

Salam,

Hari yang kami ke Majlis Resepsi anak abang husband haritu, pagi tu ada sukan sekolah Adik dan Abang sebenarnya. Puas  pujuk si abang tak payah pergi sukan sekolahhh tapi mana maunyaaa dia. Dah tentu-tentu dia masuk acara. 

So, maklum siap-siap ajalah kepada Along, kami mungkin sampai lambat ke majlis resepsi tu.

Ikut hati memang malas nak pergi hari sukan ni sebabnya, MSSD dah habis, MSSNS pun sudah, tiba-tiba sukan sekolah pula. Selalunya sukan sekolah ni kan platform cikgu cari bakat baru untuk hantar ke MSSD tapi sekolah adik abang ni terbalik. Lambat sukan sekolahnya.


Moh la kita. Kami support rumah biru sebab adik dan abang rumah biru. 


Jumpa rakan sepejabat  juga kat sini. Siap bos pun ada juga kat sini haha. Begitulah, kami panggil sekolah ni sekolah panel office kami sebab mostly rakan sepejabat hantar anak bersekolah di sini.


This year abang terpilih bawa bendera kejohanan. The only one darjah 5. Yang lelain tu abang-abang darjah 6.


Abang dah BFFnya, Zayyan, masuk acara 100m Lelaki 11 tahun. Resultnya Abang dapat emas, zayyan dapat pingat gangsa.


Acara 4x100 meter L11 pun rumah biru menang tempat pertama.


Adik with her classmate, Wasyfa


Paling kami berdebar tahun ini adalah adik terpilih masuk acara 4x100meter untuk darjah 2. Haha! Macam tak percaya je sebab adik ni jenis semua dia taknak. Lepas dapat tahu terpilih masuk pun, dia suruh pergi cakap ke cikgu, cancelkan. Tak dapekkkkk la nakkk. Mami nak tengok adik lari.

Alhamdulillah, adik dan quartet 4x100m P8 dapat tempat kedua, pingat perak.


Dengan classmatenya lagi. Ni yang rapat la agaknya sebab asyik datang cari Iman.


Ingat nak lari awal ke Putrajaya tapi apakan daya kena tunggu sampai habis majlis juga sebab abang terpilih menerima pingat Olahragawan harapan 2024. Alhamdulillah.

Dia target olahragawan sekolah tapi apakah daya, Olahragawan hanya untuk darjah 6.

Abang: Mami, abang dapat 4 emas. Olahragawan tu 2 emas, 2 perak je. Kenapa abang tak dapat Olahragawan sekolah?

Mami: Olahragawan tu untuk darjah 6 bang sebab diorang dah habis sekolah. Abang cuba lagi tahun depan la ya.



 

1 ulasan:

  1. wah terror la abg dan adik..tahniah abg..keep it up..next year pulun lagi ye

    BalasPadam