Selasa, 19 April 2016

Kompilasi makanan Feb to April.

Kalau dah kompilasi tu, pepaham sendiri je lah ye. Penyakit M sangat menular dalam diri. Tapi, walaupun malas, disebabkan makanan, kita kena post juga dalam blog.

Haha.

Alhamdulillah, dihadapkan dengan makanan sedap-sedap sepanjang bulan Februari hingga April. Mana tak naik turun graf GDM awak Ain oi. Pantang jumpa makanan!

Ni time Kak Ipau nombor dua ajak datang makan-makan kat rumah dia.  MIL jeling-jeling je bila I pegang sudu jelatah tu. Siap pesan, ingat cucu mak dalam perut tu. Haha!

Cream puff tersedap setakat ini kat Nilai. Order kat Kak Nita sempena kak ipar buat makan-makan. Kak Nita ni dulu selalu letak cream puff dia kat Petronas Nilai tu. Ikut nafsu, memang nak telan je 7 8 ketul sekali rappp, sebab sedap kan tapi bila fikir kan diabetis terus makan dua je.

Ni time big bos  belanja makan kat Kedai Omak Den kalau tak silap I. Tah apa mimpi dia belanja tah. So, kita ikut kan je lah. Pengat pisang ni sebagai penutup.

Kedai Omak Den ni menghidangkan lauk pauk kampung. Sedapnya lahai gulai nenas tu. Sebab time ni masih dalam Trimester Pertama lagi, so I memang tak beranilah nak makan nenas walaupun dah dimasak.

Masak sendiri. Lepas dan elok dari mabuk mengandung, dapat memasak, terus masak lauk ikut tekak sendiri. Sup Ikan merah, setelah lama mencari, kat pasar tani juga kita berjumpa ya.


Maggi ketam menjadi santapan time outstation ke Terengganu. Suruh student tunjukkan tempat best yang ada jual sotong goreng tepung, tah mana-mana dia bawa, last kami makan kat kedai Maggi ketam ni jelah.

Sotong celup tepung sedap teringat-ingat dibuatnya. Ni pun time kat Terengganu juga. Mendapat juga makan sotong celup tepung di tanah Terengganu. Haha.

Kuntum Lunch Box.  Harga dan food dia ok. Sedap. Kenalah dengan harga tapi service agak lambat, terus kena black list dengan kami. Maaf ye kak Kuntum. Kalau dah dekat nak pukul 3 baru kami dapat makanan, memang idoklah kami order lagi. Ibu merandung tak mampu nunggu lewat-lewat gitu.

Biskut nestum campak-campak. Ni I ada post kot resipi. 

Menu time kursus. Sedap lahai lauk daging bakar dengan belimbing buluh tu. Dah lama tak makan. Siap dilawankan dengan ulam raja, daun selom, pucuk tenggek burung dan pegaga.

Ni pun ulam juga ni. Daun selasih tajuk dia.

Mood masak time mengandung ni memang tak menentu. Tetiba rasa nak makan kek, eh, time tu juga kita buat. Terhasil lah kek coklat lembap lembap manis.


Teringin nak makan nasi lemak sambal sotong. Mencari satu Nilai tak ketemu di pagi hari, maka, meh la kita masak sendiri.

Stress kerja, so dengan office mate, walaupun dah makan tengahari tu, menyinggah pula ke Pizza Hut. Time order ikut nafsu sangat, time nak ngabiskan, hazabedah teriknya perut.

Bihun sup begedil. Sarapan pagi time cuti.

Nasi Daging air asam. Ni pun dah letak dah resipinya.

Teringin nak makan Nasi Kandar Lawood tapi malas nak keluar sebab panas lit lit. Maka, Mr. Husband, silalah tunaikan permintaan anakmu dalam perut ni ya. =p

Mak mentua bagi jambu air suruh bawa pi office. Meh la kita nyicah reramai.

Ibu bekal lauk ikan pari. So, kita  buat sahur. Goreng telur mata, lawankan dengan salad, eh, menu sahur dan macam makan tengahari dah.

Puding roti tabur nestum. Kes nestum tak habis guna lagi. Dengan puding roti pun kita tabur  nestum juga.

Husband tak makan tempoyak tapi tekak teringin sangat nak makan asam rebus tempoyak. Lauk berbuka puasa ganti. Time masak siap gas  habis terus sambung masak dalam rice cooker.

Lauk berbuka puasa ganti juga. Konon petang tu nak berbuka dengan burger ja tapi Alhamdulillah rezeki, MIL bekalkan nasi dan lauk untuk orang berpuasa. Tq mak!

Mee siput sambal bilis dari Tazah. Tengkiyu tazah. Even tertinggal kat office, tapi esoknya itu elok lagi dan boleh dimakan sambalnya. Dapat makan dua ketul je mee siputnya sebab lagi satu kena tol dengan Reezqy dia bawa pi taska.

Maggi sawi campu telur dimasak dengan kasih sayang oleh suami. Haha. Siapa kata husband I tak pandai masak? =p

Hari Ahad, selalunya I akan ajak breakfast luar. Konon nak rehat masak. Tengahari pun kita beli je. Tapi boleh lak haritu tu, husband cakap, kalau dapat bubur ni sedapnya. Ada pula telur, ikan bilis goreng cili padi, dapat kangkung goreng..

T__T

Rasa tak sampai hati pula tak tunaikan permintaan orang yang dah tak makan nasi sekarang ni? Kita layankan ajelah.

8 ulasan:

  1. salah masuk waktu la baca entry nie..kekekeke..

    BalasPadam
  2. stress aku nk scroll bg abissss..
    nway. nape xleh mkn jelatah? sbb takot nenas eh??
    megi ketam tuuuu trliur tang ketamm jek, mcm bykkk je isi, tskk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Sebab nenas kot. Tajam kan.
      Yang megi ketam tu, ngabiskan ketam je dah kenyang, tak usik pun meginya

      Padam
  3. hoi!!! semua sedap!!
    ko macam aku lah nok...suka makan ulaman...
    give me 5!

    BalasPadam
  4. uih , puding roti tu. telan air liur mak buyung nengok gambonya

    BalasPadam
  5. mak aihh...terliur...sebab den puasa sunat hari ni..hehehe

    BalasPadam