1. The Diva at Langkawi, Pulau Mahsuri.
2. Langkawi, saya datang lagiiiii!
Ok, hari kedua di Langkawi diteruskan dengan aktiviti yang I dah rancang dalam aturcara program. Maka, aktiviti pertama adalah bersarapan di kedai belakang Plaza Langkawi. Best roti canai kat sini. Nasi Lemak pun best juga. Selain tu ada juga menu nasi campur. Hari kedua kita sarapan kat sini, hari ketiga pun tetap kat sini juga ;)
Birthday boy hati banyak senang sebab tidur lena malam tadi. Lepas tu sarapan pula dengan menu yang ada ayam, lagi lah terpancar kegembiraan kan kan kan? |
Patutnya, ikut aturcara yang I buat pukul 7.00 dah kena ambil gambar kat sini. Takdelah nak kena hadap panas. Tapi itulah, berjalan dengan anak sendiri, pukul 7 tengok diorang tidur lagi, rasa tak sampai hati pula nak kejut suruh mandi. Maka, hadaplah kau, pukul 9.30 baru jejak kaki kat Dataran Langkawi.
Dah lah tengah paneh, nak menghadap budak dua ketul yang berlari ke sana sini lagi sebab happy jumpa tempat lapang, memang berlecak lah ketiak mak pak ko anak oi! Kita hadapkan aje, sebab kata nak bercuti bersama keluarga kan. Maka meh la kita hayati perangai anak sendiri dengan penuh kasih sayang. Haha.
Selesai meninggalkan jejak kat Datarang Lang, kami menuju ke Underwater World Langkawi yang terletak di Cenang. Tiket masuk RM30 untuk Dewasa dan Kanak-kanak umur 4 tahun ke atas dikenakan RM20.
I lupa Iman belum 4 tahun, so tanpa rasa bersalah, kami bayar je lah harga tiket kami dengan Iman juga. Banyak nau fikir, dengan Iman sekali I ingat birthday dia dah lepas. Lantakk.
Masuk je, official Photographer UWW dah tahan suruh ambil gambar kat sini. Kita layankan jelahh. |
Pergi sini, memang tuju tempat untuk budak-budak ni je. Adik kan main suka. Asyik ishhh, ishhh (fish). Muncung-muncung mulut sebab nak nyebut fish. |
Kan main kau berehat ye pari. Bakar kang baru tahu. Daging ko sedap weh cicah air asam! |
Tengok penguin. |
Bergambar dengan penguin. Bapak yang lelebih. |
Wefie! |
Ok, ni realiti bergambar untuk famili yang ada anak kecil. Hazabedah betul nak suruh duduk diam. Dalam tiga empat kali snap, adalah dapat satu yang ok. Itupun Iman tak tengok camera.
Dalam Under Water World ni juga ada cafe. Kot penat, bolehlah beli air dan makanan ringan. Tu kakak tengah nyuapkan adiknya makan jagung. Kakak-kakak sangat dah Kak Iman ni ;)
Maka aturcara pun bertukar kita berjalan di sekitar Oriental Village je lah. Moh lah kita explore tempat ni.
Seterusnya, kami menuju ke MARDI Langkawi. MARDI ni letakknya kat ceruk nau. Haha. Azreen kan selalu buruk sangka kalau I tunjuk direction. Bila jalan yang I suruh dia ikut makin ke dalam, ke dalam lagi, masuk kampung orang, keluar kampung, masuk kampung balik, dia dah bebel dah. Ingat salah lettew. Hello, kita dah study tau. Kahkahkah.
Bayaran masuk ke MARDI ialah RM7 (dah naik harga. dulu rm5 je). Mula-mula masuk, kita akan dibawa meronda guna lori kecil dalam ladang MARDI. Iman Raneeya, macam biasa, kalau naik benda yang pelik, memang suka la dia
Best lah naik lorry Daddy. Lagi besar dari kereta Daddy. Nanti kita naik lorry lagi ye Daddy ye. Naik lorry best.
Haha.
Kecik hati Daddy kau nak oi dengar ayat yang diulang banyak kali tu.
Naik lori. Adik tengah explore tu. |
Tempat berhenti untuk makan buah. |
Tour Guide yang bawa kami punya kerja sampai gambar jadi gini. Haha. |
Huishhh, kuatnya adik! |
Ok, kita layan je dia ni. |
Layan lagi. |
Yang ini den tak layan. Dia nak ngambil gambo dengan objek kat belakang yang terlentang tu. Memang tak koserrr lah ahkak. |
Dengan diapers pun jadi ye Iman Reezqy. |
Malam tu, kami dinner kat kedai biasa je. Lepas dinner tidur. Besoknya pula, bermalas-malasan di pagi hari, packing barang untuk pulang, beli coklat sikit-sikit, sarapan, then balik ke Nilai.
Begitulah serba sedikit cerita kami bercuti sekeluarga. Even penat melayan karenah budak dua ketul tu sampai dari sabar bertukar jadi rasaksa, tapi best sebab dapat tengok diorang 24 jam depan mata.
Last but not least, meh I nak belanja gambar yang I paksa Iman Raneeya tolong ambil. Haha. Potpetpotpet mulut ustazah kecik tu melayan Mummynya.
lama tak jejak langkawi ;)
BalasPadam