Selasa, 21 April 2015

Day 1: Lai lai Langkawi 2015!

Azreen, kalau I tulis tentang dia kat blog, memang dia suka. Baca banyak kali, siap hafal supaya dia senang nak bercerita balik pada I apa yang dia  baca nanti.

Dia kan Stalker kipas susah mati blog ni. Tak suka-tak suka I tulis blog pun, tapi kalau ada cerita  tentang dia, eh, terus jadi suka lak.

Ni dia dah tanya,
Cerita Langkawi tak update lagi ke?

Ohoiiii, tah blog sape tah kan?
Suruh tolong update kang, mahu?
Suka hati den lah nak update atau tak.

Last year, I beli tiket ke Langkawi untuk family kecil I dan Ibu Abah disebabkan Iman Raneeya selalu ulang statement,

Mummy, kita dah lama tak naik kapal terbang kan?

I pun iya kan ajelah. Tah bila dia selalu naik kapal terbang tah, kain main sedap je buat statement gitu. Haha.

So, nak bagi dia merasa naik kapal terbang, teruslah plan konon nak buat surprise untuk birthday suami. Kononnya, kalau I pilih Langkawi, selok-belok kat sana I dah tahu, senang nak bawa birthday boy ke mana-mana nanti. Kata nak suprsie kan dia kan, so, haruslah kena familiar dengan tempat yang nak pergi.

Tapi, tu lah. Surprise tah ke mana, birthday kek pun I lupa nak beli tok dia.

Birthday celebration yang paling disaster kot untuk Azreen tahun ni.
Kesian dia.

Berbalik pada cerita  beli flight tiket tu, dengan suami ni, yang kau hadap 24 jam, atas katil muka dia, nak pi berak tengok muka dia dulu, nak makan hadap muka dia, mampu ke kau menanggung rahsia selama 6 bulan?

Memang tak lah.
Sebelum  habis bulan September lagi, I dah pecahkan rahsia sendiri.
Maka, takdalah nak surprise kejadahnya dah.

Dan ibu abah pula, disebabkan tanpa disangka, Nenek I kembali ke Rahmatullah, diorang tak nak ikut sebab kalau boleh tahun ni, diorang tak nak pergi mana-mana. Nak duduk di rumah sahaja.
T____T

Maka, berpergianlah kami ke Langkawi dengan berempat sahaja.


1 April 2015

Dalam tengahari macam tu, SIL dah hantar kami kat airport. MIL kata, macam orang kaya betul pergi bercuti naik kapal terbang. Haha.

Rileks la mak.

Dato' Tony kan dah kata, now everyone can fly mak.
Sebab tu lah kami boleh terbang.
Beli tiket promo je nye pun. Haha.

Kekaguman terserlah time ni. Besarnya aeroplane Mummy. Selalu kakak nampak kecil je kat atas langit. 

Ha, hambik. Naik-naik je, terus dedua berebut nak tengok kat tingkap.


I seram sebenarnya nak terbang dengan budak dua orang ni. Yang kakak tak berapa seram sangat. Yang adik, I seram banyak sangat. Takut dia tak boleh duduk diam. Takut dia melalak. Takut dia berlari dalam kapal terbang. Haishhhh.

Tapi Alhamdulillah, adik ok je dalam flight. Elok je pakaikan tali pinggang dan sua susu, dia lena sampai ke touch down. Balik pun, gitu juga si adik. Tidur sampai dia kencingkan Mummy. Punya sedap naik kapal terbang, sampai terkencing-kencing dibuatnya.

Yang buat perangai adalah kakak. Yang tak mahu duduk diamnya, dah cubit-cubit pun tak mahu duduk, sampai Mummy pun buat tak layan je kalau kakak baju merah datang bagi warning suruh pakai tali pinggang. Kak baju Merah pun buat-buat faham jelah ya. Kak Iman tu baru first time naik kapal terbang.

Bak kata dia,  
Kalau kakak duduk macam mana kakak nak tengok bawah. Nanti tak dapat tengok awan Mummy!

Faham kak baju merah?
Haha.


Dalam dua lebih macam tu sampai Langkawi. Terus feeling2 pak Arab bergambar kat kapal terbang. Eh, kami naik Air Asia. Since staf Air Asia suruh jalan cepat-cepat tak bagi bergambar, kita pose kat MAS je sudah. Nanti kalau kakak Iman tanya lagi bila nak naik aeroplane, boleh tunjuk gambar ni sebagai bukti je. Confirm dia tak tanya dah. :p


Selesai urusan di airport dan dah dapat kereta sewa, terus laju-laju bawa Azreen pi belakang airport. Pekena laksa dan rojak buah thorbaikkk. Best sangat makan belakang airport tu sebab berangin je. Pantainya pun lawa.



Untuk tiga hari dua malam ni, kami stay kat Azio Hotel je. Ni takda booking-booking. Main redah je hotel yang ada.  Since 1st April kan pelaksanaan GST, lepas je settle payment, terus laju-laju check bil. Haha. Takde GST tapi harga dia memang naik lah dari biasa T__T


Minta tolong Iman ambil gambar ni, sekali dia bersyarah. Apa peluk-peluk ni Daddy. Tangan jangan pegang Mummy. Daddyyyyy, tangan tepi! Hoi la kak Iman. Kekasih halal Mummy tu nak oi!

Aktiviti diteruskan dengan ke Pantai Cenang. Sambil cuci mata, sambil berehat-rehat anak beranak sambil Mummy baring-baring di tepi pantai.  Ingat senang ke nak dapat baring tepi pantai sambil melihat keriangan anak-anak berlari ke sana sini dan suami sibuk mengejar si anak demi memastikan mereka selamat? Precious moment sungguh!

I nak naik benda ni. Nanti nak ajak GCB pergi lagi, nak naik benda ni sebab pergi dengan Azreen dia tak bagi  I naik. Dia takut I jatuh dalam laut. Dia tak nak menduda awal nau. Kong aja betul. Ajak dia naik sekali, memang tak lah kan sebab dia takut  tinggi!

Haishhh, kempunan nak naik. GCB, nanti kita try ye. Sekali naik RM60.

My heroes

Since I malas nak tukar baju, I baring je lah sambil mata dok perati budak dua ketul yang riang kan main dapat main pasir dan main air.
 


Malam, lepas mandi, kami datang balik ke Cenang. Makan kat kedai yang orang kata best nau ni. Seriously, menyesal makan kat sini. Walaupun tak baik cakap makanan tak sedap dan kena bersyukur, tapi I tetap kata, masakannya tak sedap. Harga memang mahal lah kan sebab kat Cenang, tapi tak berbaloi dengan rasa makanannya.

Lepas makan, bawa birthday boy balik bilik.

Lepas dah suruh Iman nyanyi lagu birthday untuk Daddynya, terus semua tidur kepenatan. Haha. Kesian birthday boy. Sambut birthday dengan terus tidur je. :p

To my dear B,
Happy 32th birthday.
I minta maaf sangat-sangat sebab tiada kek, tiada birthday shout or apa-apa yang buat awak menangis terharu tahun ini.
I memang lupa dan takda mood nak plan semua tu.
Birthday wish kat blog pun, nasib dah auto post. Kalau tak, memang takda juga.

Terima kasih kerana memahami situasi I yang masih terasa sedih lagi dengan kehilangan mak.
Terima kasih kerana cuba buat I happy time kat Langkawi. Terbalik pulak dah.
Terima kasih kerana menyabarkan I menghadapi GST kat Langkawi. Kahkahkah.
Terima kasih B.

Semoga awak sentiasa happy dengan kami semua.
Semoga awak terus bahagia  dan sabar menghadap karenah kami bertiga.
Semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati awak, dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik, dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani karenah Isteri yang sentiasa nak menang je dan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan semoga Allah s.w.t merahmati kehidupan awak di dunia dan akhirat.

We love you Daddy.


Love & hugs: Mummy cantik, Iman comel dan Reezqy emcem.
;)




3 ulasan:

  1. hahaha.. tak pasal2 kakak iman jadi ustazah.. :)

    BalasPadam
  2. weiii...ada dua benda laki ko sama mcm laki aku...

    1) laki aku pun stalker kipas susah mati blog aku..
    2) laki aku pun takut tinggi...

    hahaha...

    BalasPadam
  3. Main redah tu beraniiiii! Haha

    BalasPadam