Alhamdulillah, dapat juga peluang join Haikal's Outdoor Playgroup (Haikal OPG). Actually, sebelum tu, I tersalah tarikh. Program yang perlu dihadiri sepatutnya 14 February, boleh 15 February kami dah setengah jalan nak ke Shah Alam, baru I perasan tersalah tarikh. Terus mengamuk la Azreen, haha!
I tak lengah-lengah terus minta maaf suami dan kat Organizer sebab tak datang semalam. Yelah, sibuk atur jadual bos, hamik kau, jadual program sendiri terbabas-babas.
Rezeki Iman kan, rupanya program pada 14 February dibatalkan dan ditunda ke April, maka, terus kita senyum lebar-lebar balik sambil mengatur strategi untuk memujuk suami tercinta bagi kerjasama untuk hadir ke HOPG. :p
Dengan Acik Jijie, the Organizer |
Sesi pertama HOPG ni dimulakan dengan Ice Breaking & Singing. Macam biasalah sesi kenal-kenal diri. Tu Acik Jijie tengah interview Iman yang terkaku kelu seribu bahasa. Haha. Pemalu anak I tu. Mahapkanlah dia ye.
Dah anak pemalu, bapak yang tak malu lah kena take over. Mak memang tak boleh nak ke depan lah kan sebab kena berkawal untuk askar yang lagi satu.
Kemudian diteruskan dengan aktiviti menyanyi dan bermain dengan parachute. Menyanyi kan, kekanak mana yang tak suka. Iman yang mula-mula malu pun, lama-lama tengok dia enjoy.
Sambil nyanyi, sambil masuk bawah parachute. Lepas tu lari-lari keluar. Eh, bukan Iman je, mak dia pun suka juga.
Selesai sesi ice breaking, terus dibahagi-bahagikan kepada small group untuk aktiviti Instant Snow, Water Coloring, dan color stamping.
Bukan botol susu kak Iman kat belakang tu, adik dia punya. Harap maklong! ;) |
Main water color ni memang Iman suka nau nau. Bila kata masa tinggal 5 minit lagi, dia kata, ala, Iman nak kat sini lama-lama. |
Bonding time Daddy dan Iman. Ingat senang nak capture moment macam ni. Haha. Tq HOPG! |
Ececece Mummy beriya tunjuk kat Iman macam mana nak buat. |
Sesi Instant Snow |
Program diakhiri dengan aktiviti paling disukai kanak-kanak iaitu menyanyi. Ha, nampak Iman Reezqy, tetap sibuk nak join juga! T__T
Dan macam biasa, dalam program anak-anak, mak-mak adalah orang yang terlebih teruja melebih-lebih dari anak.Haha!
Tegur sikit, dia jeling kita. Tegur lagi tak bagi usik aktiviti orang, dibantai melalak mamat ni. Sabarlah ye dik. Tunggu umur awak dua tahun ok? |
Sebahagian daripada Team HOPG. Abang Sado ada misai tu lah yang asyik cakap, biar je dia buat. Biar je dia usik. Biar, biar.. |
Thank you HOPG team dari The Imans kerana menganjurkan program sebegini. Panjang umur murah rezeki, semoga HOPG beraktiviti kembali. |
Overall dari kami, program macam ni adalah sesuatu yang baru. Kami enjoy, siap datang awal sama time dengan Urusetia lagi. Haha. Semoga HOPG akan terus success sambil sama-sama berkongsi pandangan dan memberi tunjuk ajar kepada kami semua dalam membimbing anak-anak.
Sebelum bersurai dan pulang, kami mengabadikan gambar berkumpulan untuk kenang-kenangan.
Camera ready, |
Tata & till we meet again! |
Kredit: Semua gambar adalah dari Closed Group HOPG.
Wahhh ! Bestnyaaa. Yang si adik mestilah nak join juga. Kesian dia. Hahaha.
BalasPadamwah..syiok nyer..
BalasPadambestnya..macam nyer nak join ni
BalasPadameisya suka ni benda2 gini..slalu buat kat umah
ni bagi buat ngan kawan2 mesti dia seronok