Jumaat, 4 Januari 2013

Langkawi, saya datang lagiiiii!

Alhamdulillah, pada tahun 2012 lepas dua kali I dapat pi Langkawi. ;)
Satu bersama The Diva Cantik Berseri.
Kali kedua pula, ikut Retreat department Encik Suami.
Dan kali kedua ni pula pergi dengan anak dan juga suami. Tak menang tangan dibuatnya uols pergi kali ni. Yang pasti, nan ado lah nak capture gambar sana sini sebab sibuk memantau si kecil. Haha.

Eh, actually retreat ni 8 Disember haritu, tapi kan kita kan baru kan nak kan  post kan sekarang kan!
;p

Kami bergerak malam tu dengan bas dan sebelum Subuh dah selamat sampai di Jeti Kuala Perlis. Kali ni pergi naik feri pula.

Pergi time cuti sekolah kan, hambek kau hazab kan main bersesak-sesak di pagi hari nak naik Feri. Dan yang paling best sangat time ni, si Iman Raneeya tak nak langsung berjalan sendiri. Nak berdukung ajolah. Kembang-kempislah lubang hidung I dengan mendukung dia lagi, bawa perut lagi semua. Terpaksalah mendukung dia sebab Daddynya dah sarat dengan segala beg sekeluarga.

Sudah sampai lalu terus menunggu van di Jeti Langkawi.

Daddy dan Nyanya di depan masjid di Jeti Kuala Perlis. Eh, susun atur gambar adalah cacamerba ye.

Arrival kat Jeti Langkawi.

Sampai je kat Langkawi terus check in kat De Baron Resort, Kuah, Langkawi.  Since petang tu takda apa-apa program, peluang yang ada digunakan untuk mandi kolam. Tentang hotel, nantilah I review sebab gambar-gambar hotel ada kat handphone.

Daddy melayan anak daranya. Si kenit tu demam bila sampai di Langkawi. Siap bawa pergi klinik semua. Tapi demam-demam, nafsu nak mandi kolam tetap ada uols.

Haha. Mandi pakai diapers sebab Mummy lupa nak  bukakan.
Eh, I dah ingat-ingat lupa tau aturcara program diorang ni. So, I main belasah je lah ye. Lagipun, ada program yang I tak dapat pergi kennnnn kena tinggal kat bilik kennnn, takda masa nye lah I nak ingat sebutir-sebutir. 

Ni lah program dorang yang I tak join. Alasan Azreen suruh I tinggal, awak tu pregnant, kang susah nak melangkah apa semua. Kalau jatuh ke apa ke nanti bahaya. Oleh kerana I seorang isteri yang menurut perintah, I akur je lah tinggal di bilik dengan Iman Raneeya.  T______T

Kan main syok diorang pergi Island Hoping . Siap bagi makan helang bagai semua kau!

Azreen cakap dia bujang sekejap la bila pergi Island Hoping tu. Errr, hello! Takde maknanya nak bujang-bujang ok sebab perut you itu dah tak bujang langsung pun dah. Kahkahkah.

Island Hoping yeeee. Ahkakkk jeles tau!
Tapi kan,  I kan sebenarnya kan, tak tinggal kat bilik nye pun. Hahahahaha. Since ada ofismate Azreen yang offer nak guna kereta sewa, terus I grab peluang tu dan keluar menyoping berdua dengan Iman Raneeya tanpa pengetahuan suami. Azreen dah balik baru I inform dia tentang aktiviti kami itu. So, lepas dah selesai aktiviti kena bebel, kita  buat macam takda apa-apa je lah. ;p


Then, program lain dorang adalah naik cable car sambil pakai Tshirt Save Gaza. Yang ini i ikut. Dan sekali lagi, terpaksa bersesak dengan orang ramai disebabkan musim cuti sekolah.

Depa kena beratuq, tapi I tak payah. I beratur sekejap je time kat bawah. Then, sampai atas, mummy yang ada anak kecil disuruh duduk, dah sampai turn daddy nanti, staf akan panggil. Phewwww lega ahkakkk!

Nampak puncak yang ditutupi awan tu? Itulah tempat yang dituju.

We ols di puncak Gunung Mat Cincang. Bestttttt!

Family portrait kenangan di Langawi. Kesian Azreen, dia kan fobia tempat tinggi, pening-pening lalat bila sampai kat atas tu. Hahaha.

I suka Langkawi. Ingat 2013 ni nak plan pergi Langkawi dengan family pula. Tapi terlepas peluang nak grab promo Air Asia haritu. So, tunggu je lah rezeki promo lain nnt.

Apapun, kalau ada rezeki 2013 ni, I dah bisik-bisik katAzreen,

Nanti kalau ada rezeki rumah baru, kita tempah flight tiket pergi  balik  hari ye.I nak pergi shopping pinggan mangkuk tau. Rumah baru, I nak semua pinggan mangkuk baru. Kita pergi balik hari semata shopping pinggan mangkuk je. Iman kita tinggalkan kat Mak sekejap. Tau!

Haha, mood makcik-makcik pergi Langkawi beli pinggan  mangkuk dah  berjangkit.

Geleng-geleng kepala je lah Azreen melayang idea unpredictable isterinya itu.

Eh, itupun kalau ada rezeki 2013 tau. Kalau takde?
Kita postpone je lah ke tahun 2014, 2015, 2016 dan seterusnya sampai tercapai.

=)

1 ulasan:

  1. wah bestnya.... banyak aktiviti la... Raneeya demam tapi tetap nak mandi ye.. hehehehehehe

    BalasPadam