Rabu, 11 Julai 2012

The Diva at Langkawi, Pulau Mahsuri.

Sebelum lupa tentang kisah I bercuti di Langkawi dengan the Diva, so jom kita layan gambar-gambar tangkapan sampai muntah sambil membaca hasil taipan I untuk kisah percutian kali ini.


Amaran keras dari tuan tanah:
Sila tarik nafas panjang-panjang ye sebab entri kali ini adalah sangat banyak gambar.
Terima kasih.
=)

Sambung balik.


Mengapa I panggil kawan-kawan I termasuk dengan I sendiri the Diva dalam trip ni?
Haha.

Entah, perkataan tu terpacul sendiri tanpa di plan. Sebenarnya, kalau ikut plan asal, ramai yang nak join percutian singkat ni, tapi biasalah kan, kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Ewah, kan main!

Yang mendiva semua tak jadi pergi sebenarnya, oleh itu tinggallah kami yang tak berapa nak diva ni merealisasikan impian bercuti bersama Air Asia di Pulau Mahsuri itu.


Kami bergerak ke Langkawi pada hari Sabtu, 30 Jun, 2012. Flight pukul 12 lebih macam tu. Rombongan diketuai oleh Puan Yanee yang ariflah juga tentang selok-belok Langkawi, dan dibantu oleh co-tourist guide Puan Ayu. Ahli rombongan lain juga termasuklah BFF i, Puan Kokin.

Sepanjang dalam perjalanan ke Langkawi, asyiklah potpetpotpet semua sebab masing-masing tak sabar nak touch down. Tak sabar nak mengelenjat kat Pulau Mahsuri nun.


Ni makanan I dalam flight. Susu coklat + sosej roll brand High Five.
Tapi makanan tu buat pameran je lah sebab takde selera nak makan dek kerana telinga yang tak tentu arah akibat berada di tempat tinggi.
Hingaqq!
Haha.


Disebabkan cuaca yang just nice yang turut sama support percutian ni, kami sampai ke bumi Mahsuri 15 minit awal. Touch down je dah terasa dah suhu 33 darjah celcius yang panas merembang tu. Hannnngat aihhhh kat sana!


View dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.


Day 1: Welcome to Langkawi!

Sampai-sampai je kat airport, terus kami serbu booth kereta sewa. Jakun I sekejap bila tak keluar lagi dari airport dah ada booth kereta sewa ni. Kan main kan dorang cari duit, sampai berbooth dalam airport lagi.

Perkara pertama yang kami buat lepas touch down di Langkawi adalah mencari kereta sewa. Yelar, kami takde ambil apa-apa pakej dengan travel agent pun, so memang takdelah kan travel agent nak tunggu kami sambil pegang kad yang ada tulis nama-nama kami.

Lepaih cuba buat sesi tawar-menawar dengan semua booth yang ada kat situ, kami decide sewa VIVA untuk dua hari tu dengan bayaran RM80 sahaja.
Ok lah kan harga tu?




Kakak-kakak Diva je yang pergi tawar-menawar. I?
Selain sibuk usha airpot, ai sempat snap gambar kaki sendiri dengan kasut merah dan beg sequine.

FYI, untuk percutian ni, kami tak book mana-mana hotel or chalet pun. Main aci redah je. If let say takde bilik kosong time tu, mungkin kami akan tidur di masjid je.
Ark ark ark.
Sangat backpackers dan cool kan?

Settle urusan kereta sewa, tanpa membuang masa, terus kami cari bajet hotel pula.
Percutian bajet kan, so, haruslah cari tempat tinggal pun yang bajet-bajet aja.
Bukan apa, datang sini pun nak berjalan je, so kami tak kisah sangat pun tentang bilik. Janji ada tempat untuk mandi, tidur, rehat & solat sudah. Keselesaan dan kemewahan bilik tolak nombor dua.

Motip taip kemewahan?

Kahkahkah.


Bajet hotel pilihan kami adalah seperti dalam gambar di atas: Langkawi Budget Inn.


Selesai bayar duit hotel dan ambil kunci bilik, kami pun laju-laju cari kedai makan. Almaklumlah, sebelum pergi tadi kan teruja tak hengat. So takdelah nak makan yang berat-berat. Hanya sempat menjamah cucur bawang Puan Kokin je buat alas perut. Sekali bila dah sampai Langkawi, amek kau, lapar menggigil tahap gaban dah.


Makanan pertama I di bumi Langkawi.
Delisyes sangat kan?
Dia punya sambal belacan sangat terbaik lah kat Langkawi ni. Kan main pedas tapi sedap.

Kami lunch di kedai biasa yang ada di tepi jalan je. Not bad lah makanan kat Langkawi ni. Kena je dengan selera I.


Lepas menikmati lunch, dalam kereta, terus kami susun agenda program untuk hari pertama. Susun sendiri-sendiri je nak pergi mana.

FYI lagi, antara sebab lain I nak join pi trip Langkawi ni selain nak cari pinggan mangkuk raya, adalah sebab I nak sangat-sangat pergi Gunung Mat Cincang yang ada cable car tu. I nak sangat naik cable car tu sampai dah nekad. Kalau kakak2 diva tu takmo naik, i rela naik cable car seorang diri.

Alhmdulillah, impian I tu dapat direalisasikan. So, agenda ke Cable Car Gunung Mat Cincang terus di slot in dalam aturcara program.

Best kan? Wish je terus mendapat gitu.
;p


On the way ke Gunung Mat Cincang, kami singgah kat port kapal-kapal ni sebab view kat sini dari jauh nampak cantik kan main.
Pedulik kan matahari yang panas merembang tu, yang penting dapat snap gambor.

Tak lama pun berhenti kat port tu. Adalah dalam 15 minit, then kami teruskan perjalan ke Gunung Mat Cincang.

Sampai-sampai je, terus tak lengah-lengah menuju ke kaunter tiket. Bukan apa, takut tak sempat nak naik sebab kami sampai dah agak petang.


Info untuk Sky Cab Price.
For Malaysian, sila tunjuk mykad ye, nanti dapat tiket half price.

Ingatkan, beli-beli tiket je terus dapat naik. Sekali, amek kau, naik-naik atas tu, kan main panjang beraturnye umat manusia menunggu turn. Almost sejam jugalah dok menunggu turn sambil bermandi peluh dan hidung pula disajikan dengan bau-bauan yang pelbagai jenih.

Eh, I tak naik seorang tau sebab Alhamdulillah, Tuhan telah lembutkan hati Puan Yanee & Puan Kokin untuk join I sekali. So, bertiga lah kami naik ke puncak itu.


Nampak puncak tu?
Situlah arah tuju cable car ni.
Haha.
Gile best dan tak sabar nak sampai ke atas tu.

Satu cable car boleh muat 6 orang. So, disebabkan kami bertiga sahaja, so dua orang makhluk tu kenalah penuhkan cable car kami. Mamat yang baju hitam tu dari Sudan. Dia punya lah takut, sampai nak bersuara pun sikit-sikit je yang keluarnya. Sebelah mamat Sudah tu, pensyarah dia, warga Cina.


Sampai ke puncak sudah!
Masya Allah, indah sangat tau pemandangan kat atas tu. Cantik, indah tak terkata.
Berbaloi-baloi bermandi peluh tunggu turn bila dapat pemandangan yang sangatlah cantik macam ni.

Dari atas tu, pulau-pulau nampak kecik je rasa macam nak picit. Haha.


Best, best & best sangat lahhhhhhh!!!!!!
Nanti nak ajak Azreen pula datang sini.
Nak romantik-romantik ajak orang takut tinggi tu naik cable car sambil mengada jerit B............... tali tu lah yang gerakkan cable car ni!!! *jeling Kokin & Kak Yanee.
Ark ark ark. ;p


700 meter dari aras laut kau!
Ada berani?


Kami naik cable car sampai ke puncak yang kedua.
Seronok dan berbaloi-baloi!

Lepas dah puas bergambar dan tengok view kat atas tu, kami pun turun. Dalam sejam jugalah kat atas tu.


Bergambar di main entrance.

Langkawi Geoforest Park ok nama internasionale tempat ni.
Gunung Mat Cincang seperti yang disebut-sebutkan oleh I adalah sebutan kampung.

Selesai menunaikan hajat I, program diteruskan dengan agenda yang di slot in dengan tiba-tiba, iaitu menuju ke Pantai Cenang pula.


Ewah, kan main. Terus berkaki ayam bila jumpa pasir.

Pantai Cenang cantik sangat tau. Pasir dia haluih macam tepung. Lembut je bila dipijak.
Lepas ni kalau ada rezeki datang sini lagi, confirm tanpa ragu, memang I akan heret Azreen stay kat Pantai Cenang je. Haha.
Sukalah pantai dia. Cantik, bersih, putih, gebu.
Rasa macam tak berada kat Malaysia pulak bila berjalan di deretan kedai yang ada di tepi pantai tu. Lagi-lagi bila tengoh paksaleh dan minah saleh berjemur kan? *TDDMKA


Gambar kenangan.
4 of us at Pantai Cenang.
=)


Dalam sejam macam tu lepak di Pantai Cenang, matahari pun hampir nak terbenam. So, aktiviti siang hari pertama ditamatkan dengan kami balik bilik membersihkan diri dan bersiap sedia untuk menghadap malam di Langkawi pula.


Ni lah bilik kami.
Ada dua katil queen, tv kecik sebuah, lepas tu ada toilet yang bersih dan selesa untuk mandi. Jadilah kan. Berbaloi lah dengan bayaran RM120 satu malam tu.
RM120 bahagi 4, seorang kena bayar RM30 gitu.

Duit transport pula, RM 20 seorang.
Total duit penginapan termasuk transport seorang adalah RM50.



Malamnya, ingatkan nak pi cari Seafood, tapi memandangkan 3 dari kami ni rabun silau plus tak biasa drive malam di tempat oghang dan yang lagi sorang tu pula tak berani nak drive, so kami cari makan di tempat yang berdekatan hotel je.


Unluckily, kami tak bernasib baik malam tu. Kedai yang dituju, mengecewakan.
Hanya sotong goreng tepung yang boleh diharapkan untuk dinner malam tu. Makanan lain yang diorder semua houttttt!
Harap harga je lah mahal kat kedai ni, tapi rasa, ke laut!

Lepas dinner, tirai malam di Langkawi dilabuhkan dengan the Diva beradu selepas menonton cerekarama yang Nabila Huda berlakon di tv3 tu.


Day 2: Shopping time!


Muka happy hari kedua di Langkawi.

Maunya tak happy. Aturcara hari kedua, haruslah pergi menyopping kan. Sebab tu muka memang ada happy sambil berkilat silau macam tu. Haha.


Aktiviti pertama di hari kedua diteruskan dengan menuju ke Dataran Lang.
Haruslah pagi-pagi pergi ke sini kan, sebab takmo hadap panas terik kalau pergi time petang atau tengahari. Becak ketiak weh kalau pergi sini time matahari dah terpacak.


Ewah-ewah. Posing merapu.


Bukti: Dak Pink waz here.


Kak Ayu dengan pose Kulit Novel Ombak Rindu and it's captured by me.


Dataran Lang ni dekat dengan Jetty Point.

Nak gosip sikit tentang Dataran Lang ni.
Apasal ea, Dataran Lang ni macam tak berjaga je?
Kesian je tengok keadaan bangunan yang kat situ macam tak terbela? Tak habis ke lagi sumpahan padang jarak padang terkukur tu sampai Dataran Lang terkena tempias nya?

Ok, tu je gosipnya.
Dah, sambung balik cerita cuti I.


Selesai bergambar-gambir kat Dataran Lang, kami terus menuju ke tempat yang wajib pergi berdasarkan hasil google in Internet. Haha.

Kami shopping di Haji Ismail Group je even tau dekat Rams lagi murah harganya compare to Haji Ismail. Tamo pi Rams sebab telah mendengar satu rumors yang mengharamkan kami menjejak kaki di Rams. Ahakss.


Sesi memborong coklat.

Pssst, coklat Whittakers sangatlah sedap tak hingat. Lepas ni, kalau pergi Langkawi lagi, coklat tu I akan borong banyak-banyak.

Psst kedua, I tak beli pun pinggan mangkuk raya sebab, malah nak menghangkut. Boleh camtu?
Takpelah, untuk pinggan mangkuk raya, I order kat catalog jelah nanti.


Penat memborong dan menyopping, I & Kak Yanee singgah di sebuah kedai menikmati laksa utagha yang sodap sambil menghilangkan dahaga.


Fresh air kelapa dengan isi banyak requested by ibu mengandung, Kak Ayu.

Since flight kami petang, lepas dah puas memborong apa yang patut, kami menggunakan masa yang ada melawat ke Makam Mahsuri.

Tak sah pula kan kalau pergi Langkawi tapi tak melawat Makam Mahsuri.


Tiket masuk dan topi yang sempat dirembat di dereta gerai yang ada di luar.

Antara gambar-gambar di Makam Mahsuri:


Melawat Makam.


Sila baca sendiri.


Ada juga gambar kenangan berempat.


Try cedok air guna timba.


I yang bertopi tak tahan panas.
Diva kan?
Kahkahkah.


Muzium.
Dalam muzium ni ada tayangan tentang kisah Mahsuri. Tapi kan, Mahsuri dalam video tu tak santek punggggg macam dalam cerita dongeng tu. ;p


Kokin pakse suruh ambil gambar dia kat sini.
Ni masih dalam kawasan Makam Mahsuri ye.



Lepas melawat Makam Mahsuri, kami pun singgah di sini untuk menikmat masakan orang Langkawi untuk kali terakhir sebelum menjejak kaki di KLIA.


My menu:
Ulam apa tah rasa daun jambu cicah sambal belacan pedas terbaik, daging masak kicap, asam rebus keladi.
Sedapp!!

Selesai makan tengahari, maka dengan itu berakhirlah aktiviti kami selama dua hari di Langkawi.


Sebelum menuju ke airport, kami singgah di masjid menjamakkan solat sebelum berangkat pulang.


Tata Langkawi, Pulau Mahsuri.
Panjang umur kita bersua lagi.


Pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.
Masa untuk check in bagi keberangkatan pulang the Diva.


Flight petang tu adalah pada pukul 6.55 p.m






Ok dah.
Selesailah entri percutian I dengan the Diva di Langkawi. Even percutian ni singkat, tapi ia sangat menyeronokkan.


Notalipscumel:

1. Sesekali, kita kena menghabiskan masa dengan kawan-kawan juga kan sebab feel bercuti dengan kawan-kawan ni lain. Hanya kawan-kawan je yang memahami naluri keseronokan bershopping dan bergosip ni tawwwww. Haha.

2. To my lovely husband, Azreen. Perasan tak berapa kali I tulis dalam entri ni yang berbunyi: Kalau I datang sini lagi.... So, tak paham-paham ke? ;p

3. Eh, I ingat anak ok even bercuti kat sini. Asyik lah sms Azreen tanya itu ini sampai Azreen malas nak reply sms I.

4. It's July oredy uols! Julai is bulan kasih sayang terlebih untuk I dan Azreen. Moga ada rezeki Iman Raneeya dapat adik lah uols di bulan Julai ni. Eh?
=p

16 ulasan:

  1. amboi...
    bjalan sakan aih without suami2 ye...eh x pegi idaman suri ke ain?syurga pinggan magkuk tu.haha

    **erkk pic yg kat airport (4 dr bwh) tu kan..nmpk mcm ain ddk belunjur kat lantai je =)

    BalasPadam
  2. best best dan sangat best. teringin sangat nak pegi makam mahsuri.. entah bila la agaknya hajat tu kesampaian. (^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi jangan tak pergi riena. Seronok sangat kat sana.

      Padam
  3. mesti banyak borong coklat ni..
    hehe

    BalasPadam
  4. bestnya ain.. sekali sekala kita nak jugak treatment utk diri sendiri kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul betul.
      Dapat menghilangkan stress sekejap.

      Padam
  5. aammbboiii nih penangan seminggu x update entry ker dear!
    hhuhu jenuh gak nak taip nih ;P

    tp best klu g dgn kengkawan nih kan.
    sekali sekala blhlah kan. enjoy!

    tp IR ok pulak ek kena tinggal. good girl!
    sebb mommy nak bikin adik..hahahhha
    semoga berjaya bulan nih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Melecet tangan menaip Elin oi.

      P/S: IR ok je tinggal dengan sesiapa pun. Dia tak banyak songeh.

      Padam
  6. sakan kau kan kak?
    HAHA. aku last time pegi cable car tgh construct.
    Pasni aku nak pegi sefamily ahh.
    bookmarked sesiap entry nie :0

    BalasPadam
    Balasan
    1. Like comment ko.
      Haha. Dah macam kat fesbuk dah ha.

      Padam
  7. details giler citer ko...ai loiiikeeeeeee
    best kaaaaaaaan
    rasa cam nak pegi lagik jer
    bestnyerrrrrrrr
    <3 kokojelyters <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takat pi 2 hari, boleh lagi la i cerita details. Cer kalo dua minggu tengok, confirm i boh gambar aja. Kahkahkah.

      B....................... *sambil sandar

      Padam
  8. langkawi memang best tersangatla best selain cameron huhu. tp lg best kalau korg pegi island hoping. pasni akak pg dgn azreen jelah island hoping tu lg sonok huhu

    -gajahputih

    BalasPadam
  9. ade beli pinggan mangkuk tak. berapa kg beg bawak balik ni? nak tau pasal nak modify booking air asia ni utk luggage.

    tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najmi,
      Tak ingat la berapa kilo beg kite org, tapi xlebih limit lah. Kami tak beli pinggan mangkuk pun.

      Padam