Khamis, 19 Julai 2012

Kejohanan Sukan Staf IPTA ke 37

Siapa yang bekerja di IPTA, dia maklumlah tentang kejohanan sukan yang diadakan pada tiap-tiap tahun ni. Siapa yang tak tahu tu, pandai-pandai lah google ye. Segala maklumat kan sekarang ni di hujung jari je.

Dan seperti tahun-tahun sebelum ini (kecuali 2011 sebab i bersalin), i melengkapkan kuota
aktiviti tahunan I di Kampeni Kubah Biru iaitu dengan pergi bersukan. Haha. Bajet atlet lah sangat kan? ;p

Nak buat cemane, orang yang 'hebak' bersukan tamau turun padang, jadi, pergilah kami ini yang tak berapa nak hebat bersukan, sekaligus mempromosikan nama Kampeni Kubah Biru walauuuuupun tak bawa balik pingat.


Tahun ini, Universiti Utara Malaysia menjadi tuan rumah. Ikut hati taknak pergi konon nak pencen dah dari bersuka-sukan ni, plus utara tu dah macam rumah i je dah biasa perg. Tapi dek kerana cintakan bola tampar dan untuk team tahun ni dah ada coach ditambah pula diorang tak cukup korum, so I volunteer lah diri terlibat sama. Time ni lah kan nak buat sumbangan ikhlas tok unibesiti. =)

Eh, tu gambar I dengan Encik Suami yang turut sama pergi.
Ces, kurus pulak nampak dia dalam gambar ni! *jeles

Pssst, even dia pergi juga, tapi kami tidur bilik asing-asing taw. Haha.


Tak banyak ambil gambar pun time pergi utagha tu sebab I adalah malas nak snap gambar dgn DSLR ye. Malas tahap cipanzi. Tapi kalau orang yang snap gamba I guna DSLR diorang takpe, tu I suka. Voley camtu?

Ni gambar-gambar kat bawah ni pun I ambil daripada En. Salleh sebab gambar dia ambil semua lawa-lawa. Semua gambar adalah pada Majlis Perasmian.


With volleyteams, Ija & No'n.
Lepas perarakan masuk kontijen, kami duduk macam tu je ha menyaksikan persembahan.


Ha, mengambil gambar macam ni memang makanan I!


Majlis perasmian pada tahun ini agak kureng sikit lah, tapi alhamdulillah, ada pancaran bunga api cantik yang menyelamatkan keadaan.

Serius bunga api malam tu cantik sangat buat I terkagum tak kelip mata ternganga-nganga melihatkannya. Ikut makluman organizer, stok bunga api tu dia dapatkan dari jiran dia. So, no wonderlah cantik yang amat kan pancarannya.


Bergambar dengan maskot pada tahun ini, si semut api.
Eh, silap, semut merah lah.


Perarakan masukkontijen. I yang buat peace tu.


Kacau line orang amek gambor. Kahkahkah.


Bergambar dengan meskot maskot lagi.


Cuba cari di mana saya? ;p


Lastly, bergambar dengan Ketua Kontijen.

Pencapaian tahun ni untuk team volleyball I takda apa yang memberangsangkan pun. Satu kumpulan dengan juara tahun lepas kan, so dah dapat buat jangkaan awallah cemane keputusannya. Dalam kumpulan dah tewas dulu.

Kekalahan diterima dengan tangan terbuka. Takde kata tak puas hati atau apa pun, sebab kami semua tahu kami di level mana kalau nak dibandingkan dengan team juara yang ada player sukma bagai semua tu.

Takpe team, next time kita usaha lagi ye kalau I tak pregnant lah!
USIM..... boleh!!!!!!!!
;)

2 ulasan: