Sabtu, 28 Julai 2012

Happy Anniversary Azreen & Ain.

=)

Belum tulis pape dah senyum.
Haha.

Senyum tu kan sedekah uols. Marilah kita bersedekah di bulan yang mulia ini meh. Pahala dapat, puasa pun berkat.

Ok, sebelum cerita menjadi basi, terus laju-laju upload gambar sempena sambutan ulangtahun perkahwinan ke dua tahun I & suami haritu.

Tiada sambutan yang istimewa pun sebab hadiah masing-masing dah dapat awal kan. So, weols hanya keluar berjalan dan berbuka di luar sahaja lah.

Eh, sebelum itu, kami sambut awal sehari ye sebab Isnin tu kami bercuti.

So, pagi tu selepas pergi tindik telinga Iman Raneeya di Melaka, terus kami speed ke KL sambil singgah di UPM jap untuk ambil surat pengesahan tamat belajar sebab surat tu diperlukan untuk temuduga. ;p

Arah tuju yang pertama ialah menuju ke SOGO sebab nak window shopping je pada asalnya, tapi ter accident dengan benda lain lak ;p Kahkahkah. Terus kena marah tak marah sangatlah dengan Azreen. Ingatkan lepas ke SOGO nak sambung berjalan ke Jalan Tar, tapi lepas kena buli dengan Iman Raneeya yang macam-macam perangai dibuat dalam tu, terus Mummy dia terlepek lemah tak bermaya.

Pssst, kalau nak shopping window shopping baju anak yang dah berjalan, elok tak payah bawa lah lain kali. Letih oi nak mengejar dia. Dah lah tak nak langsung didokong.

Settle hal di SOGO, ingat nak pergi berbuka kat Istana Bambu tu ha. Tapi bila fikir balik nanti nak keluar dari KL lambat, so tukar plan berbuka di Alamanda je lah. Dekat sikit dengan Nilai, so xde lambat sangat sampai rumah nanti.

Bila sampai kat Alamanda, tanya Azreen nak berbuka kat mana sebab i nak pi booking siap-siap, dia jawab buka kat KFC jelah.

Hello Mista!
Takat nak buka kat KFC tu, hari-hari I boleh pergi kat Nilai ok.
Takat nak buka kat KFC tu, tak payah I nak kena pi booking. Beratur je pi beli.

So, I sendiri je lah buat keputusan.
I decide dan inform kat dia kita berbuka kat Garden Cafe. I pi booking sensorang je sebab time tu Iman Raneeya tidur dalam stroller alamanda, so tak boleh nak bawa stroller tu turun jalan pi cafe tu.


Alhamdulillah, rezeki I. Time pergi tu, Garden Cafe buat Buffet Ramadhan, so I tak payah risau dah kalau Azreen bising-bising takde nasi. ;p
Alhamdulillah juga kali kedua sebab Azreen suka sangat dan kagum dengan cafe ni.
Sesuai lah kan, nak berbuka sempena anniversary kat sini dari KFC nunn ;p


Budak ni dah jaga time masuk cafe tu. Terus chop buaian ni, tanak turun dah.
Terpaksa lah Mummy jadi guard kat buaian ni sebab taknak bagi dia melompat turun ke bawah.


Deco kedai ni cantik sangat tau. Tak puas rasanya nak belek segala macam yang ada. Lagi-lagi bila ada anak yang tengah melasak kan. Baru nak belek bunga, dia dah lari satu kedai. Baru nak duduk elok kat buaian, dia dah melompat-lompat nak turun. Hai lah anak oi.


See, so cantik manis je.


Cik Iman Raneeya kan main lagi. Duduk bersantai macam kat rumah sendiri je. Jangan terpedaya ya, tak sampai seminit je pun dia duduk macam tu. Lepas tu mula nak hulur kaki lah, hulur kepala lah.


Bunga lagi. Haishhh, cantik-cantik je semua.
Budak kecik tu menunjuk kolam yang ada depan cafe ni. Nak pi main air kat kolam. Tu yang tunjuk-tunjuk tu.


Sepanjang kat sini, dua keping gambar berdua je yang berjaya di ambil ok. Tu pun, si Iman Raneeya dah merengek-rengek tak bagi kami dedua dok dedekat camni. ;p

Psst, happy je tau tengok muka suami yang happy bagi thumbs up sebab suka cafe ni.
Tak sia-sia I baca posting Errina & Zana dulu, so tahu lah pasal cafe ni.


Daddy with Iman Raneeya with the deco-deco.
See, dak kecik tu memang tanak kena pegang!


Dah asik tunjuk-tunjuk jerit-jerit kan nak pi kat kolam, Daddy layan lah kejap dia bawa dekat sikit pi kolam.


Food yang ada dalam Buffet Ramadhan tu. Tak sempat nak snap satu-satu sebab tak cukup tangan nak ambil gambar.

Food dia ok ok je boleh di telan berbaloi-baloi dengan harga RM39.90 tu. I suka air bandung & ayam panggang dia. Sedap. Tapi tak dapat nak makan byk sebab melayan karenah anak tersayang.

=)

Next time lepas raya nanti nak pergi kat sini lagi. Nak try menu biasa dia pula.

Sebagai penutup tirai entri ini,

To my friend who keeps me centred when i feel like i'm being pulled in a thousand different directions,
To my man who can make my world seen instantly more wonderful with just a kiss,
To the companion of my heart through everythings life brings,
To my wonderful husband, partner & friend,

HAPPY 2ND ANNIVERSARY B!
1 4 3 sampai syurga, Insya Allah.

6 ulasan:

  1. Kak, Happy Anniversary!
    Semoga cinta kekal abadi sampai syurga!

    BalasPadam
  2. Happy Anniversary for both of you dear.. semoga berkekalan sampai ke akhir hayat dan membawa kebahagiaan sampai ke syurga...
    Iman Raneeya nakalnya.... sebijik macam anak saya.. lasak.. memang saya percaya la kalau duduk sekejap jer kat buaian tu.. jangan terpedaya.. sebab tak lama kemudian memang dia nak turun la tu nak lari2...

    BalasPadam
  3. HEPI ANNIVERSARY DEAR :)

    moga bhagia mjadi milik Ain & suami selamanya.
    cantik betul lah garden cafe tu..rs mcm ala2 santai..tenang2 je kan..
    jauh sgt la plak nk g try,insyaalah nti kalo ke sana nk jenguk jugak lah tmp ni =)

    psst!IR jeles mummy n daddy dia dok dkt2 tu pasal lah x bg chance amik gambo byk2..haha

    BalasPadam
  4. happy anniversary, kak ain n suami! lama x singgah sini.. semoga Allah memberkati akak n family dan semoga cinta itu segara sampai ke syurga <3<3

    dan...


    semoga cepat2 iman raneeya dapat adik. oppss :P


    salam ramadhan, kak :)

    BalasPadam
  5. waaahhh. lama x singgah sini..happy anniversary , kak ain n suami! semoga sentiasa diberkati n semoga citu kekar segar sampai ke syurga :) :)

    semoga iman raneeya cepat dapat adik jugak :P hihi

    salam ramadhan, kak ain.. :)

    love
    sue :)

    BalasPadam
  6. happy anniversary ain and azreen. Emm da lama nk try g garden..nnt nk g la sekali berbuka kat situ..tu pun klu dan :)

    BalasPadam