Rabu, 25 Julai 2012

Berbuka puasa seorang Mummy dengan seorang anak berumur 14bulan.



Puasa hari keempat.

Alhamdulillah, di hari keempat baru berkesempatan berbuka di rumah sendiri.
=)

Kalau tahun lepas, sedikit mudah menghadap masa berbuka sebab Iman Raneeya masih tak tahu apa-apa lagi kecuali menangis bila lapar tapi tahun ni, waktu berbuka puasa kami telah disajikan dengan pelbagai aksi Iman Raneeya yang dah melasak.

Balik je dari ofis, semalam, masa untuk I masak ada dalam 45 minit camtu je. Terus I suruh Azreen bawa Iman Raneeya pi jalan-jalan kat playground depan rumah sebab kalau tak bawa, memang dia melekap je lah dengan I kang, tak dapat masak.

Tapi tak sampai dalam 20 minit camtu, anak beranak tu balik rumah dah dan kedengaran Iman Raneeya merengek-rengek. Nasib baik lah masa tu, dah siap dua jenis lauk, dan nasi pun dan tenggek dalam rice cooker. Haha. Dah tenggek? Perkataan kampung sangaaaatt.

Dalam dia merengek-rengek, mencebik-cebik kena marah dengan Daddynya dan memanggil-manggil, I buat dunno je terus memasak dan menghidang. 10 minit sebelum berbuka camtu sempatlah menghidang.

Then waktu berbuka tiba.

Dari Iman Raneeya duduk elok kat Daddy, terus tukar posisi montot landing kat pangku Mummy. Ewah, kan main. Parking montot sesuka hati je kan. So, bermula lah cabarannya.

Elok je nak suap nasi ke dalam mulut, dia bersuara. Nak mamam. Nak mamam.

Ok, fine. Mummy suap Iman Raneeya dulu ye. Suap sekali. Suap dua kali. Suap tiga kali, terus dia luahkan nasi dalam mulut, berterabur nasi kat lantai. Haishhhhh.

Ambil kain lap, sambung makan lagi sambil selang seli suap nasi ke mulut sendiri dan ke mulut anak. Tengok Daddy, laju je menyuap makan.

Ambil cawan pulak, hirup kopi. Time ni Iman Raneeya bangun pergi ke depan tv sambil baring atas toto dia. Dia tarik blanket dan cium-cium sambil tengok iklan kat tv.

I urut dada lega sebab mungkin lepas ni boleh makan dengan tenang sikit sebab Iman Raneeya dah nampak macam nak tidur lena baring depan tv. Daddy pun senyum sambil berkata, 'alahai, baiknya dia tahu bawa diri orang nak berbuka.'

Sekali, elok je iklan habis, dia pun bangun balik daaaaa. Terus berlari ke meja sambil tangan nak menggapai senduk nasi. I yang tengah pegang buah tembikai sebelah cawan kopi tak sempat nak berkata jangan. Kelam kabut tarik tangan dia, dan buah tembikai yang dipegang tadi, pulp! jatuh dalam air kopi. ;p

Layan lagi si kecik itu. Suap-suap buah tembikai pula. Konon nak tarik perhatian dia duduk setempat je. Berjaya juga lah. Sambil suap tembikai dalam mulut Iman Raneeya, sambil dia capai ngengngeng (kereta), dan duduk main kat belakang I.

Kalih belakang, tengok dia elok je main, so capai lopes yang nampak macam sedap je dimakan dengan air gula tu. Baru nak suap sekali, pelepup! Kuih tak masuk mulut jatuh dalam piring balik sebab Iman Raneeya pi tolak belakang I. Suap kali kedua, pelepup balik seperti tadi. Dia tolak lagi sambil gelak-gelak seronok.

Azreen dah gelak dah time ni tengok aksi Iman Raneeya sambil tangan capai anaknya. Meronta-ronta lah si kecik tu sebab dia bukan boleh kena pegang time dia tengah seronok buat apa yang dia suka.

So, time Iman Raneeya meronta-ronta ni lah I speed makan apa yang I nak. Tapi tak dapat makan lama pun sebab tiba-tiba datang satu bau yang menusuk hidung.

Kahkahkah.

Hadiah berbuka puasa untuk Mummy dan Daddy ketika berbuka puasa di hari keempat:
Iman Raneeya poopoo.
Baunye kan main, melayang-layang selera makan dibuatnya.


Gudgirl lah Iman Raneeya.
;)
Kan?


Notalipscumel:

1. Lepas dah bersih dan tidurkan Iman Raneeya, dalam pukul 9.00 macam tu baru I sambung makan balik.

2. Bila dikenangkan balik kelakuan Iman Raneeya tu, nak gelak nak marah semua ada. Tapi tulah, anak kan. Bak kata abah, toksah lah nak marah sangat sebab sebab kau dulu pun camtu. ;p

3 ulasan:

  1. hahaha..cute je iman raneeya...menguji iman ye mummy..sabar je la ye..happy fasting dear!=D

    BalasPadam
  2. sama la.. kalau dulu buka puasa senang jer, anak tak kacau kita masa makan.. sekarang dia MasyaAllah masa kita makan disitu dia buat hal..kena marah papa dia laju2 dia g tempat saya nak minta peluk...bila nak masak dia nak ikut.. dia tak nak dengan papa dia.. kerenah anak2.. hehehehehehe

    BalasPadam
  3. hahaha biasalah budak tgh mbesar :)

    suka lah yg notalipscomel no 2 ...
    mn nk tumpah kuah kalo x ke nasi kan =)

    BalasPadam