Isnin, 16 Julai 2012
Kenapa tak SIII?
Ehem-ehem.
Alhamdulillah, rezeki in advance untuk hadiah ulangtahun perkahwinan. Haha.
Gila kan, belum time lagi dah gedik minta hadiah.
Bukan apa, I minta awal sebab bulan puasa nanti confirm punya tak sempat nak pergi cari dah. Bayangkan time bulan puasa nanti, balik kerja je, mesti dah kelam kabut nak pergi ambil Iman Raneeya pastu terkocoh-kocoh pulak nak balik masak atau pergi PARAM. Lepas berbuka pulak, confirm lah nak mengemas, pastu bergilir-gilir nak pergi terawikh. *Tahun ni berharap sangat dapat pergi berjemaah bertarawikh, so i decide gilir-gilir pergi dengan Azreen.
Then, weekend, of course lah nak balik kampung masing-masing atau berbuka dengan kawan-kawan kan? Tu belum campur sibuk nak buat kuih rayanya lagi.
So, cer citer, kat mana masanya I nak pergi cari hadiah anniversary nanti Azreen oi? See, your wife ni memang suka fikir jauh dan mengamalkan teori pandangan jauh ;p
Ala, korang tak payah lah nak senyum-senyum perli sebab I tahu, orang dah tak pakai dah phone ni, tapi I baru terhegeh-hegeh nak pakai. Tapi I tak kisah pun sebab, lain orang kan lain bahagiannya. So, ikut turn bahagian masing-masing lah kan kan kan?
Ramai gak yang bertanya, dah alang-alang beli, kenapa tak SIII je?
Gulp!
Telan air liur je la weh kalau nak ambil SIII sebab sekali lagi I terpaksa mengaplikasikan teori pandangan jauh (TPJ) I itu. Bukan tak boleh nak angkat SIII. Boleh, boleh sangat-sangat. Tapi kan, bila mengenangkan Hari Lebaran yang bakal menjelang tiba ni, *libas tudung banyak benda yang perlu didahulukan dan diberi keutamaan. Tak boleh nak selfish sangat nak bolot semua.
Betul, tak caya meh, skrol down baca.
Kalaulah I pakai SIII,
1. I memang pakai baju raya yang dah dibeli in advance je lah. T_____T
Mahap ye, tak hingin ahkak! Hari menyambut kemenangan berpuasa, so, haruslah I kena ada baju baru. Baju baru means, hot from oven baru keluar plastik ok.
2. Memang tak merasa bertukar-tukar baju lah si Iman Raneeya di hari lebaran. Beli baju pun sekadar yang ado je nnt. Mau Iman Raneeya? Awak tu dah lah macam model, satu hari kan main 2 3 kali bertukar baju, mesti tak hendak deh Mummy menengok kamu beraya dengan 2 helai je baju.
3. Takde langsir raya lah nanti tok Teratak Kasih Sayang ahkakkk tu. Hancur impian I nak beraya dengan langsir baru. Siap dah mimpi-mimpi dah ni taw.
4. Tak merasalah ibu & mak mentua kuih raya dari I. Tak lengkap weh raya, kalau I tak menghulur kuih raya pada keluarga. Takkan balik nak berlenggang tangan kosong je kan? Banyak cantik muka kau? Tu nasib part family I, tok baju raya dah settle tinggal part FIL & MIL je kena pi carikan. Kalau tak, lagi murah lah hp yang I akan amek haritu.
5. Tak merasalah nanti duit raya yang ditunggu-tunggu oleh mak-mak dan adik-adik I, sepupu, anak saudara dan kanak-kanak lain. Kalau merasa pun, mungkin I akan letak RM1 je dalam sampul tu dan confirm, setahun mereka akan membahan hasil duit raya yang diperolehi dari I tu. Kahkahkah.
Ha, nampak?
Tu baru sikit je tu I list alasan kenapa I takmo pakai SIII.
;p
So, tak payah lah tanya kenapa I pakai SII tak pakai SIII.
Hidup berkeluarga ni, apa buat pun, tanggungjawab juga yang nak difikirkan. Lagi-lagi dah kahwin, keluarga dah bertambah, tanggungjawab dan keperluan tu berpecah-pecah banyak bahagian dan saluran gitew.
Siapa anak sulung dia tahu lah kenapa I selalu fikirkan tentang famili je sokmo. Lagi-lagi kalau hidup pun tak berharta mana, bukan senang nak dapat segalanya.
=)
So, Mr. Azreen, bersyukurlah dapat isteri yang ber TPJ macam I ni.
Haha.
Apapun, terima kasih atas kasih sayang dah hadiah kasih sayang dari you ini ye.
1 4 3 sampai syurga.
Pssst Azreen,
Alah, kalau tak dapat hp tu pun, I tetap 4 3 juga. Apalah sangat ada pada hp kan?
Kan saya dah kata dari dahulu,
saya tak nak apa-apa, saya nak awak je sampai syurga, tapi kalau awak berdegil nak bagi juga, saya tadah dengan tangan terbuka. *dan-dan memori bersaya awak time bercinta menjelma.
Notalipscumel:
Lepas je dapat hp baru, terus Iman Raneeya baling hp lama dan berkecai. Tapi, bagusnya hp lama tu, kau baling lah macam mana pun, dia tetap kuat dah gagah, boleh pasang dan guna semula. =)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
:) betul juga tuh..tp mana tau lepasnih rezeki kamu dpt siii pulak kan.
BalasPadamdlm diam hubby belikan untuk hadiah hari raya ker ;p
tahun nih pun elin impikan buat kuih raya untuk mertua! sama2 kite buat kuih raya eh..(apo yg jd x tau lah) ;p
IR sama dgn amani baju silih berganti..bengkok pinggang mak nak lipat berguni2.
btul2
BalasPadamsetuju sgt!
family first =p
ayat last x bleh tahan la ain..
saya tak nak apa-apa, saya nak awak je sampai syurga, tapi kalau awak berdegil nak bagi juga, saya tadah dengan tangan terbuka
hahaha kalo dh org nk bg kan,ambik jelah bak kata pepatah rezki jgn di tolak,musuh jgn di cari..ye dak?
=)
Haha.
PadamBetul betul betul.
Rezeki tak baik tolak ooo
comelnye :D
BalasPadamdni teringin nak hp baru
wahh tahniah ea sis, dpt hp SII, sy pon teringin nk pkai, tp lum ade ksempatan lg, cma skrg dpt pkai yg murah skit dr tu... :) apepon ttp b'syukur.
BalasPadamntah2 Iman Raneeya pun nak HP sebab tu protes mama nya dapat HP baru..
BalasPadamni hp apa kak? samsung? pink lg 0_0. takpela klau anny mmg kene bg hadiah ke. tak kan. yg penting cinta makin kuat heee
BalasPadam-gajahputih
Original set takdo pink la GP. Gambar sekadar hiasan je tu ;p
Padamwah sebelum tu nak ucap gak happy Anniversary for both of you.. semoga berkekalan sampai ke akhir hayat. (^_^)
BalasPadamteringin gak nak pakai tapi belum ada rezeki kot.. (^_^)
nape x samsung galaxy note? ...Slamat berandroid... hehe =p
BalasPadamNote & SIII lebih kurang je regenye dear
Padamaku ni ha, org lain dah berkurun pakai henfon yg canggih2...aku ni masih ngan henfon cap ayam nok...lagi kesian kat aku...
BalasPadamtq..tolong mama dgn word verification tu ye..
BalasPadamSama-sama kasih dear.
Padam=)
alang mintak baik mintak samsung galaxy note trus dear.
BalasPadamsalam kenal, feel free follow bck...
trus samsung galaxy note la dear..alang2 sgt kan...
BalasPadambiarlah org nak kata apa.. sebab kita yg tau kedudukan kewangan kita.. kita yg tau apa yg terbaik utk kita.. lagipun, kita kena fikirkan jugak ttg orang lain kan.. berkongsi rezeki dgn org lain lebih baik drpd berbelanja dgn boros utk kepentingan diri sendiri..
BalasPadamcantik ooooo hp tu! zana pakai hp murah jer.. lepas hp xperia hilang, takut betul nak beli hp baru.. mcm fobia!
Ini bikin gua panasss! Kak kau dah angkat HP baru dulu?
BalasPadamJeles hokey! aku tunggu backdated yg harap²nya sebelum raya dapat.
boleh aku merasa HP baru, baju baru tambah lagi dan baju² Isya pun bertambah lagi. hihi.
aku pun same kak, anak sulong. TPJ kite lebih kurang sama! Aku dah save kat housewarming sekali dgn besday Isya. Raya tak payah buat open house lagi. kahkah.