Alhamdulillah, selesai dengan jayanyalah I rasa, Majlis Hi Tea sempena Sambutan Minggu Setiausaha company I. Haha. Dan seperti biasa, I volunteer untuk jadi Pengarah Program sebab banyak nau idea yang ada dalam kepala, rasa macam tak sedap hati pula kalau tak diluahkan kan kan?
Kahkahkah.
Sebenarnya, untk menganjurkan program ni, I banyak tanya-tanya dan belajar dari Senior. Diorang dulu banyak heret I join benda-benda ni semua, terus lama-lama jadi immune dan jadi suka pula nak organize juga.
Dan seperti biasa, untuk penganjuran sesebuah program, kalau takda drama, tak dapatlah kita pelajaran yang berguna. Even I ni potpetpotpet itu ini, tetapi kerja tetap buat juga sebab nak bagi program berjaya.
|
Antara Setiausaha yang hadir dan bagi kerjasama. Terima kasih korang. Lebbiuols lah! |
|
The Fengarah Frogram yang tak boleh lari dari warna fink. Haha. Hamek kau di situ, semua benda telah I finkkan. |
|
Make up of the day. Support business kawan-kawan. Even ada yang tak suka dengan makeup I, I ok je. Reward untuk diri sendiri ni atas penganjuran program ini. |
|
Untuk program kali ini juga, I wujudkan beberapa Anugerah untuk menghargai para Setiausaha. Siap ada yang undi diri sendiri pun hadeee juga oi. Kita layan je lah sebab nak buat cemana kan, self esteem dia tinggi sampai boleh undi diri sendiri. Apapun, tahniah diucapkan kepada semua pemenang. |
|
Untuk pertama kalinya juga, I cuba realisasikan untuk jemput selebriti ke majlis ini. Even pada mulanya macam , eh Linda Raffar je yang dijemput, tapi Alhamdulillah, sharing session bersama dia memang sangat menyentuh hati sanubari. I ada juga cuba dapatkan Redmummy, tapi tulah, dia tak boleh penuhi pula undangan sebab program waktu bekerja. |
|
Terima kasih sekali lagi korang, berusaha mencantikkan diri untuk majlis ini, berusaha beli hadiah untuk penuhi aturcara yang telah diberi. Thorbaikkk lah korang. |
|
Hadiah yang I terima untuk Sesi From Secretary with Love. Thank you Qema! |
|
With the Seniors yang penuh ilmu di dada. |
|
Selfie dengan Puan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi. Thank you Puan Pengerusi, kasi naik kuda putih dan datang sama-sama awal ke tempat program. |
|
Para Setiausaha yang lawa-lawa bergambar dengan Linda Raffar. |
|
Last but not least, with GCB yang sentiasa support,bagi tunjuk ajar, melahar mana yang tak patut. Kahkahkah. Nasiblah kan jadi adik, kakak-kakak bagi tunjuk ajar, kenalah ikut. Thank you kakak-kakak sekalian. Tanpa korang, I takkan mampu berdiri di sini sambil volunteer diri jadi Pengarah Program :p |
Kepada semua, terima kasih terima kasih dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Bagi pihak jawatankuasa yang tak berapa ada sebab tak dilantik, kahkahkah, I memohon maaf atas mana yang kurang, mana yang tersasar dari masa aturcara dan lain-lain lagi. Sesungguhnya, yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datang dari kekurangan I sendiri.
Tunggulah kemunculan I lagi sambil volunteer diri untuk program lain lak. =)
owh terharuuuu...
BalasPadam