Isnin, 6 April 2026

Kisah 1 Syawal 1447H

Salam semua,

 Tahun ini, giliran beraya di sebelah suami. Seperti tahun-tahun sebelum ni, Mak mertua jenis akan masak rendang dan ready kan preparationnya untuk lodeh dan ayam masak merah malamnya.


This year, mak mertua nak try rendang daging resipi Khairul Aming. Haha! Tak nak kalah dengan nurtizen tu, nak juga try resipi KA. Kita follow je la walaupun tak tahu cemane.


Pagi tu juga tak pergi solat raya, terus ke rumah mak mertua bantu ready kan segala hidangan. Aidilfitri kan kena makan dulu sebelum solat. Mak mertua pun dah tak berapa kuat, kita yang sihat ni, kena lah bantu ready kan apa yang patut.

   My Imans 💓

Sebelum ke rumah FIL, I sempat juga buat cekodok pisang. Haha. Dah hujung puasa kat berbuka kat Kuala Lumpur, pisang tu terbangai je tak berusik. Kita buat je la cekodok. 

Makan cekodok di pagi raya kau hadooo? 
Haha.

Balik solat husband cepat-cepat ambil bekas tu sebab Pak Mertua siap bawa bekas cekodok duduk depan TV. Berebut pula dua beranak tu.

Tugas anak bongsu di Hari Raya, beli ais!

My anak bujang. Next year dah kena beli size dewasa la ya bang baju melayu. Beli size kanak-kanak ni, kena pi alter buka jahit seluar dangan tangan untuk labuhkan sikit.

The Imans with cousins

Mak pak The Imans.

FIL memang akan buat ketupat juga tiap kali raya. Tak feel raya kalau takda ketupat. I tengok kat TT, orang buat ketupat guna daun kelapa yang dah tu tu. This year nak try tak sempat. Nanti lah, kita cuba tahun depan. 

Family suami yang ada di pagi raya. Kakak kedua beraya dengan anaknya di India.

The adik-beradiks dengan mak pak.


Yang tetaplah buat sesi photoshoot sendiri tiap kali raya.

 Tengok pangkin tu senget. Habis jahanam cousinku kerjakan. Orang bulan puasa ringan, korang bertambah berat lak ya! Haha.

 Lepas zuhur terus gerak ke Mantin jumpa family besar arwah Abah. Dalam gambar ni sebahagian, ada lagi yang belum sampai termasuk adik-adik I. 

Balik Mantin sedang musim jambu putih ni. Orang makan lemang rendang, kau sibuk pergi petik jambu. Sedapnyaaa cicah cili kicap.

Dalam pukul 4 i gerak balik ke Melaka. Ni singgah jap gerai bunga apa sebab budak-budak ni nak beli bunga api guna duit raya.
Alhamdulillah sempat sampai dan ziarah ibu abah sebelum  gelap. Ingatkan petang takda orang kat kubur, tak ya. Berderet kereta. Agaknya diorang pun macam kami, petang baru sempat datang ziarah.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan