Jumaat, 3 April 2026

Iftar with Family Arwah Ibu

Salam,

Minggu akhir Ramadan haritu, plan dengan adik-beradik arwah Ibu untuk berbuka sama-sama. Bila ibu dan abah dah takda ni, tugas kita lah untuk meneruskan dan memanjangkan silaturrahim yang ada. 

Lauk-pauk yang makcik-makcik masak. Alahaii, mengingatkan kat arwah Ibu betul tengok semua lauk.

Semua berkumpul di rumah makcik, adik arwah Ibu. Adik bongsu Ibu yang dari Penang pun turun, so Alhamdulillah, tahun ni, lengap semua adik-beradik Ibu yang masih hidup.

Nak ke rumah makcik, kami jalan kaki je sebab tak jauh pun. Dulu kekecik, macam ni lah, balik ngaji. Jalan ramai-ramai. Jalan kampung kan gelap. Ada yang jenis nakal, budak lelaki la kan, buat-buat bunyi suara hantu. Geram jeee perangai! Haha.

Reezqy and Mak Lang pakai baju sama.

Adik bongsu arwah Ibu with cucu gegirl.

My Family dunia akhirat.

Antara cousins yang boleh hadir.

Dengan Pak Ngah, Pak Itam, Makcik dan Mama. Sorang lagi tu wife Pak Itam. 
Ibu ada enam orang adik-beradik. Paklong dan Ibu dah kembali ke rahmatullah. Tinggal 4 orang lagi yang masih hidup.

Rakan sebaya

Ni pun umur lebih kurang. Beza umur setahun.

Sihat-sihat selalu cousin & pakcik-pakcikku.

Terima kasih Mama dan Makcik masak sedap-sedap. I dengan adik-beradik buat sup tulang.

Husbad borak dengan Pak Ngah dan Pie.

Syahid ni dulu I yang mengasuh dia. Alhamdulillah, dah berumahtangga dan beranak-pinak.

Gen Z nowdays haha

Yang sampai awal.

Tempat menumpang kasih, menumpang makan kalau nak rasa masakan seakan-akan arwah Ibu. Terima kasih Mama dan Makcik.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan