Khamis, 7 Jun 2018

Tak bermakna raya kalau tak pergi Jalan TAR

Last Saturday, Azreen ajak buat cornflakes madu.
T_____T
Ya ampun malasnya nak melayan, tapi kang tak dilayan, dibuat sendiri, berkecah lak satu rumah.
So, kita bancuhkan sesiap, then suruh the boys sudukan masuk ke dalam paper cup.

Setengah jam pertama, masing-masing dah mula berbunyi:

Abang penat lah Mami.
Abang lapar.
Abang haus.


Yang, sambung lepas berbuka boleh ke?
Nak kena habiskan semua ke?

Ingatkan dapatlah bersenang-lenang, tunggu diorang habis sudukan, kita tinggal tolong bakar je.
Tapi kena turun padang juga menolong dan paksa diorang habiskan.
Baru kau tahu kan macam mana penatnya buat kuih raya. Haha!
Taubat masing-masing tak nak buat cornflakes madu dah lepas ni.

Time tengah buat kuih raya tu, I cakap kat husband rasa macam nak pi jalan TAR lah. Nak kena cari mood nak raya. Dia kalau nak raya ni, kalau tak pergi jalan TAR, macam rasa tak lengkap aje raya.

Memang Azreen buat muka lah tapi tetap layankan juga.

Ingat orang tolong buat kuih raya sesaja? Mesti lah ada give and take gitu.

Dalam pukul 11 kami sampai, then parking depan Campbell, lepas tu berjalan kakilah kami berempat meredah Jalan TAR. Kak Iman tak ikut sebab dia pi tidur rumah Mak Ngahnya.

Dan Reezqy macam biasa, bila tempat panas, sesak dengan orang, dia mulalah ajak balik. Jalan sikit tanya, bila nak balik?  Masuk satu kedai tanya, jom balik Mami! Jalan lagi, mulut dia bunyi, Dedi abang nak dukung.

Hoi lah anak kedua ni!
Suka buat muka makpak kau hijau tau!

Masuk Semua House, pi tempat favorite Azreen beli baju Melayu. So, berlama-lama lah kami dalam kedai tu sebab ada aircond.

Rayeesa juga yang steady aje tak cranky. Ikut aje mana orang bawa kan dik.

Sebenarnya takda apa pun nak cari pi Jalan TAR ni selain dari baju Azreen. Baju raya budak-budak dan I dah beli online je. Tapi bila pi Jalan TAR ni sentap jugalah tengok harga yang jauh beza dengan beli online. Kahkahkah! Padan muka sendiri.

Cuba juga cari tudung budak, takda pun yang berkenan dan tak  banyak pilihan. Sama ada I tak tahu kedai atau memang tudung budak tak banyak pilihan kat sini.

Bab yang i suka bila berjalan ni, tahu-tahu je eh, dah petang. Eh dah nak berbuka! Tak terasa pun masa panjang.

Ingatkan boleh lah sampai ke petang kat sini. Tapi dalam pukul 2, memang Reezqy dah melalak dah tak tentu arah ajak balik. Azreen pun malas nak dukung dia, so bye bye Jalan TAR. Hingga bertemu lagi kita di tahun depan ye.
=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan