Rabu, 13 Jun 2018

Indahnya Ramadan, bulan kebahagian.

As salam,

Tinggal sehari je lagi umat Islam akan berpuasa, kemudian Syawal akan menjelma. Semoga segala amalan baik kita pada bulan Ramadhan akan diterimaNya dan akan berterusan hingga bulan-bulan lain juga, Insha Allah. Bulan Ramadhan juga adalah bulan di mana segala amalan kita jika diterimaNya akan mendapat pahala berlipat ganda, dan kemuncaknya adalah malam Lailatuq Qadar. 

Sayu juga hati ini kerana Ramdan akan berlalu pergi. Walaupun  rasa letih untuk sebulan ini menyediakan juadah berbuka dan masak lauk untuk bersahur, tetapi segala kebahagian yang dikecapi untuk tahun ini, hilang rasa letih tu!

Iftar with FIL. Alhamdulillah, tahun ini bertambah ahli keluarga baharu. Dan tahun ini juga, dapat berbuka bersama dengan semuanya ada. Mak tentunya orang yang paling gembira. Siap ajak bergambar keluarga. Semoga Allah teruskan kurniakan kegembiraan yang tak putus kepada emak dan bapa mertua I, Insha Allah, aamin.

IFTAR Potluck GCB. Yay, tahun ni semua ada kecuali suami kak Ros. Alhamdullillah, persahabatan masih utuh walau ada pasang surutnya. Semoga kita terus bersahabat sampai ke pencen dan juga ke syurga, Insha Allah. Tahun ni I bawa sambal bilis tempe, dan lala goreng berlada. Sebab sampai lambat, terus tak dan nak snap gambar makanan.

Sejak berpindah ke PTJ baharu, Geng Pantry ni selalu juga jenguk dan ajak I lunch. Thank you korang. Tentu korang faham kan macam mana payahnya nak get familiar dengan suasana baru. Terima kasih datang jenguk, hilang jugalah gundah gulana.

Birthday treat for May Babies. Lajak terus ke bulan Ramadan. Alhamdulillah, murah rezeki pemberi ye. Berganda pahala kome semua belanja kami di bulan puasa. Semoga Allah swt memberkati anda semua dan memberkati persahabatan kita, aaamin.

The joy, happiness & friendship! Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan? Terima kasih Allah, untuk semua kawan-kawan yang baik, persekitaran yang baik dan kehidupan yang penuh kebahagian.



This year I cuba ambil order popia nestum sementara mengisi masa lapang time cuti solat. Amazingly, 40 botol terjual! Alhamdulillah, terima kasih pada yang menempah. Walaupun terasa penatnya, tapi tengok duit masuk, terus lupa penat. Haha! Time gaul popia dengan nestum, I siap doa, semoga sedap di tekak yang makan, dan semoga yang makannya murah rezeki dunia akhirat.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bukan setakat wang ringgit yang banyak. Malah, kawan yang sentiasa ingat pada kita juga, rezeki kurniaan Allah. Terima kasih sahabat kerana masih ingat  dan berkongsi rezeki dengan The Imans.

Kebahagian berganda bila kita dapat apa yang kita suka. Yes, collection dokoh I bertambah lagi pada tahun ini. This year dapat grab yang modern design. Jika ada terjumpa lagi,  nak beli satu set yang bercorak tradisional pula. #giladokoh

Ramadan kali ini, husband share benda ni. Kongajaq! Iya, tahu awak tak suka kita pakai shawl. Tapi raya kali ini, kita dah beli 5 helai shawl pun. Lantaklah time pakai nanti terbayang-bayang muka doreamon pun, janji time raya kita tampil berbeza gitu. Haha! Nanti pagi raya kita minta ampun ye =p


Last but not least, sesi photoshoot geng pantry dua point empat. Alhamdulillah, dapat mengabadikan memori indah dan cantik dengan mereka. Lawa tau kami dalam gambar jurugambar profesional. =p

Kami datang dari background yang berbeza. Seorang kaki travel dan bergambar, bakal sambung PhD. Seorang lagi, Ustazah, yang sentiasa memimpin kami ke jalan yang benar, haha. Yang seorang lagi walaupun kadang nampak macam blur, tapi yang bagusnya dia sentiasa positif. I pula? Haha. Tak tahu apa persepsi mereka pada I, tapi yang I tahu, I mulut laser tapi hati baik juga lah =p Kami bersatu sebab selalu pi makan tengahari dan kaki kopi (I telah diracun jadi kaki kopi juga).

Untuk korang semua, terima kasih kerana tak pernah tak lupa pada I ni. Terima kasih ikhlas berkawan dengan I. Semoga misi #visitKL dan #MelenkahwinkitakeTawau tercapai, Insha Allah. I doakan semoga korang semua dirahmati Allah selalu, murah rezeki dunia akhirat, aamin.

Sehingga bertemu lagi di lain entri.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan