Jumaat, 29 Jun 2018

Laksa Johor.


1. Cara masak failed. Resipi suruh tumis kau pi lebur semua bahan macam laksa Penang. 😅 Bahan pun banyak takde. Lengkuas, halia, yilekkk! Sambal dia pun lari warna. Bahan sambal orang suruh kukus aje, I pi goreng lak sebab malas nak keluarkan pengukus. 🙈 Bila dah buat, baru perasan, komen kat RESIPI tu mostly cakap tu bukan resipi laksa Johor pure. Alahai.

2. Rasa. Tentulah lagi sedap yang Kak Mas dan MIL Kokin buat. Kak Mas punya laksa Johor adalah my first taste, so, rasa tu jelah yang asyik teringat-ingat. Yang MIL Kokin buat pun rasa lebih kurang. So memang teringat-ingat.  Tah bila diorang nak ajak makan tah 😝

3. Rezeki dikongsi bersama kan. Konsep dia tekak kita nak makan, kita cuba buat, lepas tu terus jadi menu raya potluck office suami. Kira kalau masuk Master Chef ni memang kau saja cari penyakit then kena keluar terus sebab dah lah first time buat dan siap berani bagi orang lain rasa juga. Haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan