Rabu, 23 Mei 2018

Seminggu berpuasa.

Assalamualaikum
=)

Alhamdulillah, hari ni genap seminggu umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa.
Alhamdulillah juga, pada tahun ini, cuaca time berpuasa pun ok, walaupun tengahari panas, tapi petangnya Allah swt  belanja hujan, so sejuk lah sikit.

Pada tahun ni juga, Iman Raneeya untuk pertama kalinya belajar berpuasa. Tak paksa pun dia berpuasa sebab solatnya pun lintang pukang lagi. Haha. Siap bekalkan lagi makanan ke sekolah dan suruh makan tengahari sebab takut dia lapar, tapi hari kedua dia taknak bawa bekal dah. Dia kata, semua kawan lain puasa. Ok lah kakak, senang kerja mak kau. Tak payah  bersengkang mata  bangun pagi buta nak masak ;)

Bila petang, kakak mula tak tentu arah sebab lapar, tapi dah alang-alang puasa, kita suruh ajelah tunggu Maghrib.

Untuk weekend pula, kakak Iman hanya berpuasa half-day sebab kalah dengan godaan Rayeesa yang lalu lalang bawa makanan.

Iman Reezqy, since baru lima tahun, dia kata dia nak 'kuasa' juga. Paling rajin bangun sahur. So, kami layankan aje. Walupun Reezqy puasa, on the way ke Tadika, tetap dia belasah roti krim seketul. Dah pesan pada cikgu, time lunch bagi Reezqy makan sebab dia puasa yang-yang yok je pun.

Untuk seminggu berpuasa ni, masih tabah dan cekal lagi bersilat kat dapur. Tahniah Ain! Moga terus tabah dan cekal hingga hari ke tiga puluh. Kahkahkah!

Menu Iftar Day 1: Kueteow goreng, Nasi goreng, Telur mata, ulam, buah dan roti planta sapu kaya celup telur goreng.

Menu Iftar Day 2: Kuewteow/Mee Tomyam, buah-buhan dan karipap IKEA.

Ada lebihan lauk, kita bawa ke sahur. Lepas tu goreng mee sikit untuk meriahkan menu sahur.

Hari ketiga berpuasa berbuka kat rumah mertua. Tak sempat nak snap gambar. Lepas berbuka husband pi beli 'colek' rakan sekerja jual. Sedap!

Menu Iftar Day 4: Terlebih rajin so masak Asam Pedas Ikan Siakap, Sup Sayur dan Sayur Campur Goreng. Ulam dan buahan wajib ada.

Menu Iftar Day 4: Mee dan kueteow lagi! Fav anak-anak, so kami layan kan ajelah. Tak kisah pun takde nasi time berbuka. Untuk pelbagai kan menu, I buat sikit tahu begedil dan potong buah tembikai.


Sahur dengan sambal ijau kakak Setiausaha jual. Sedap sambalnya. Tak berapa pedas. I siap makan dengan roti lagi.


Mane tah lagi gambar Iftar I. Haha. So, yang ni gambar semalam. Menunya nasi, ayam sambal, bayam rebus dan ulaman dan buah-buahan.

Jadilah, rezeki untuk berbuka setakat ini. Takdelah mewah mana, tapi yang penting, dimasak dengan penuh kasih sayang. Semoga I akan terus ikhlas memasak untuk suami dan anak-anak, Insya Allah
=)

1 ulasan: