Selasa, 8 Mei 2018

Selamat tinggal FEMily =,)

I'm officially ex-FEM on 2nd May 2018.
=,)
Bye bye bos dan jabatan lama.
Walaupun sedih dan berat hati nak tinggalkan jabatan lama, hidup dan kerja tetap perlu diteruskan dan kenangan bersama rakan kerja yang lama akan tetap terpahat di ingatan.

Sekarang dah berpindah ke jabatan baharu. Masih dalam fasa penyesuaian. Masih lagi  dalam fasa mengenali hati budi bos serta rakan kerja baru, masih mencuba ikut rhythm bos, biasakan diri dengan senarai fail dan lain-lain lagi.
Insha Allah, kita cuba.
Cuba untuk ikhlaskan diri dalam segalanya supaya segala kerja kita jadi ibadah dan dapat pahala.

Jabatan lama ditinggalkan dengan pelbagai perkara manis serta tangisan sedih I. Haha, I belanja muka buruk menangis pada semua. Kat FB dan IG memang ada post pasal semua benda ni, tapi kat blog pun I cuba rajinkan diri untuk mencoret. Sebab kat sini lagi dekat di hati untuk diingati.

 Tugasan terakhir I untuk Fakulti sebagai urusetia program. Alhamdulillah, semua happy dan seronok hadir program tu. Alhamdulillah, I tinggalkan Fakulti dengan senang hati.

Gelak dalam sedih. Terima kasih Team Admin! Mereka yang pertama meraikan berita reshuffle I. Haha. Lepas tahu kena reshuffle tu memang kerja I throwback ajelah. Nyampah agaknya siapa yang jadi friend I sebab terpaksa baca.

Maaflah korang. Itu ajelah cara I mengadap sedih. Nak meraung, dah tua bangka pun =p

Dah nak keluar, memang ko kena paksa lah bagi ucapan. Maka, berucaplah kita sambil tersedu-sedu. Sedih weh! 9 tahun kat jabatan lama. Kalau tak sedih, memang kau jenis takde perasaan lah. Hakak ni dah lah hati tisu dik, lagi sedih, lagi deras air mata turun laju.

Terima kasih semua atas kerjasama hebat kita sepanjang bersama. There's up and down, tapi itulah yang menguatkan kita dan mengeratkan teamwork.

 Their appreciation untuk I terlalu banyak. I pun tak sangka akan dihargai seperti ni. Dulu, bila organize majlis orang, I selalu terfikir, siapa pula nak organize untuk I kalau I keluar? Terima kasih semua, semoga Allah swt membalas budi baik kalian semua.
Team Admin with the Dean and Deputy Dean (Students). Ada dua tiga orang lagi tak turut serta bergambar. Selamat maju jaya semua. Semoga terus menaikkan nama FEM dan USIM.

 Lepas menangis kena potong kek! 

 Thank you Admin FEM dan Management FEM. Apa ajelah korang membazir duit bagi hadiah. Doakan kebahagian I sekeluarga dunia akhirat dah lah =p

 Rindu korang semua. Haha. Time dekat bercekau, time dah takde nak rindu-rindu lak=p

 Gambo potong kek lagi. Birthday i bulan May, tapi rezeki tahun ni Allah swt bagi potong kek awal.

 Geng makan, geng pantry, geng kutu seratus! Semoga murah rezeki korang dan Allah swt kurniakan ketabahan dan kekuatan iman untuk setiap cabaran mendatang, aamin.

My bos! Thank you  bos untuk segalanya. Kekalkan kecemerlangan walaupun kata tak nak sambung dah tahun ni. Semoga bos dimurahkan rezeki anak lagi, haha, dan semoga bos sekeluarga sentiasa dirahmati dan dilindungiNya selalu, aamin. Selamat menunaikan haji juga pada tahun ini.

 Dah macam penceramah program motivasi dah ni. Haha. Walhal bagi ucapan selamat tinggal je pun =p

 Part of FEMily! All the best semua! 

 









 Thank you semua! Thank you untuk segala hadiah dan kenangan indah sewaktu bekerjasama =)



 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat 8am-5pm kau bertapa setiap hari. Good bye office =)














Alhamdulillah, pengakhiran yang husnul-khotimah di jabatan lama. Terlalu banyak perkara manis di pengakhirannya. Terima kasih semua, terima kasih Allah.

There's drama behind the reshuffle. Macam-macam hal. Takpelah, kita harung ajelah. Nak dapat pelangi, memang kena hadap kemarau ribut petir dulu kan? ;)

About the drama, biarlah I, dia dan Allah je yang tahu. Apapun, I percaya segala yang direncana Dia, itulah yang terbaik untuk diri I, Insha Allah. Dia lebih mengetahui. Terima kasih teman atas  sokongan. Terima kasih suami, sebab memahami.

Semoga I akan terus gembira, bahagia, produktif (agaknya), dan ceria di jabatan baharu, aaaamin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan