Khamis, 23 Disember 2021

Selamat Jalan Daos!

Salam semua,

Umur dah meningkat ni, bila sorang-sorang, kadang-kadang terfikir, antara sepupu, antara sahabat rapat, adik-beradik, siapalah yang akan pergi dulu. Dengan husband pun selalu cakap, siapa la yang pergi dulu antara kita nanti.

Ajal dan maut adalah rahsiah Allah swt. Memang dah tertulis takdir kita, cuma masa dan bila yang tidak diketahui dan bagaimana pengakhiran kita nanti. Isha Allah, moga pengakhiran yang baik-baik saja untuk kita semua.

11 Disember 2021 - Pada tengahari tu dapat berita dalam Whats App Family Melaka, yang cousin, Firdaus terlibat dengan kecedaraan ketika memadamkan kebakaran. Family Firdaus, Pak Itam, sedang dalam perjalan ke Segamat pada waktu tu. Berita yang kami terima, keadaan Firdaus kritikal, kecedaraan kebakaran tahap dua.

"melecur tahap 2..tk spi dlm daging..hanya luaran..cuma..kecederaan dalaman sbb tercampk dr kesan letupan.."

Melihat tahap kebakarannya, hati sedikit lega sambil cakap, Insha Allah, Daos ok je. Tahap dua kebakaran tidaklah teruk mana berbanding dengan tahap 4.

Tapi petangnya, mendapat berita lagi yang ketika kebakaran, Daos tercampak dari tingkat tiga kerana ada letupan yang terjadi ketika itu.  Walaubagaimanapun, keadaan Daos di hospital ketika itu dah stabil, update Syamsul, abang kepada Daos.

Sedih mengenangkan keadaan Daos, lepas Maghrib, baca Yasin dan buat solat hajat untuk Daos. Mohon Allah permudahkan segala urusan Daos. Mengenangkan keadaanya yang parah, mohon juga Allah kurniakan yang terbaik untuk adik sepupuku, Daos. Malam tu juga minta izin kat wife Daos untuk buat bacaan Yasin secara online dengan Family pagi esoknya.

Tak boleh tidur malam tu. Tertengok pula IG Story kawan yang sedang berada di Mekah, kirim doa untuk Daos pada dia. Harapan I memang sangat tinggi untuk Daos sembuh.

12 Disember 2021 - Bangun Subuh masih juga baca Yasin. Nak pergi ke Segamat, dimaklumkan tak boleh masuk tengok. Family pun menunggu di luar sahaja. Cuma mampu kirim doa mohon kesembuhan sahajalah dari jauh.

Pukul 10.00 baca yasin dengan family. Lepas baca yasin, Syamsul update lagi keadaan Daos.


Petang, I call Syamsul, tanya update Daos.
Kedengaran lega suara Syamsul, "Keajaiban Allah Kaklong, Daos yang nazak tadi kembali stabil. Alhamdulillahh, syukurr Kaklong. Tadi nafas dia laju, tapi Mak kata, Insha Allah Daos ok sebab dia dah stabil".

I pun ucap rasa yang syukur pada Syamsul dan minta dia dan family terus positif, tapi hati I sendiri rasa berat.

Termangu sekejap lepas bercakap dengan Syamsul.
Then, call adik, Ikin. Sekadar ingin meluah rasa. Keadaan Daos sama seperti keadaan Ibu dan Abah time nak pergi.  Bercerita dengan Ikin tapi dalam masa yang sama cuba  pujuk hati, try positif, Insha Allah, Daos akan ok.

Maghrib tu, Pak Itam buat baca Yasin dengan Bomba Segamat. Keadaan Daos, kadang stabil, kadang tidak.

Nak tidur malam tu pun rasa takut. Takut tengah tidur tiba-tiba dapat panggilan telefon di awal pagi dengan berita yang tak ingin didengar. Time Ibu Abah sakit dulu, ginilah I rasa. Takut nak dengar bunyi phone time malam.

13 Disember 2021 - Tak sedar bila terlelap. Dalam pukul 4.00 pagi, telefon berbunyi. Dah dapat agak dah bila dengar suara Makcik yang menangis.

Allahu akhbar!
Innalillahiwainnailaihirajiun.


Tak dapat nak describe rasa ni. Abah pergi, lepas tu Ibu, now, cousin yang muda antara kami pula dijemput Ilahi. 

Sedih hilang Abah dan Ibu pun tak habis lagi, now tambah pula dengan pemergian yang tidak dijangka. Kami baru je jumpa dalam program family day dan kenduri Pak Itam minggu lepas. Nampak sihat dan elok aja Daos.

Teringat time family day, Daos cakap, "Kaklong ambik tak gambar saya? Beriya ambil gambar, gambar saya ada tak tu?" Sambil gelak dia cakap. I thought, ia borak biasa je pada waktu itu sebab gambar yang I ambil pun random je. Allahu akhbar, dia seakan tahu masa dia nak pergi dah dekat. Dia suruh ambil gambar dia, untuk kenangan agaknya, tapi I tak ambil pun =(


Berehatlah Daos di negeri abadi, Insha Allah kami semua pasti menyususul nanti. Daos yang baik, hero kami semua. Mulianya pemergian Daos ketika bertugas dalam operasi memadamkan kebakaran. Moga dikurniakan ganjaran syahid buatmu.

Insha Allah diberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga, Jannah dan Aisy untuk menempuh ujian ini. Alhamdulillah, sepanjang urusan pengembumian Daos, I kagum dengan kekuatan yang ditunjuk oleh wife Daos.  Semuanya diuruskan dengan sebaiknya.

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakan dia dan maafkanlah dia.
13.12.2021
Mohd Firdaus Sulaiman (1989-2021)

1 ulasan:

  1. Innalillah. Sedih baca ni. Takziah untuk awak dan famili. Rasanya ada tonton di berita

    BalasPadam