Khamis, 9 Disember 2021

Disember yang sedih dan gembira, tata 2021!

 
"It's the kind of wound that would never heal, but we only learn how to manage the time" ~ Lisa Surihani

Today, genap setahun Abah pergi. Setuju dengan quote LS. Ya, luka yang tak pernah sembuh, tapi kita terpaksa meneruskan hidup dengan luka itu, memperbaiki diri dari hari ke hari, sebelum kita sendiri pula dijemput pulang. Insha Allah Abah dan Ibu, moga kita sekeluarga dapat berkumpul di 'sana' nanti. Melihat gambar kenangan ini, tenang dan damai. Itulah harapan kami semua, agar Ibu dan Abah tenang dan tersenyum gembira seperti ini juga. Ya Allah, ampunilah segala dosa Abah dan juga Ibu, rahmatilah mereka dan tempatkan mereka di kalangan hambaMu yang kau redhai selalu.

2021 semakin hampir melabuhkan tirainya. Dengan sedikit kelonggaran yang telah diberi kerajaan, semua semakin 'sibuk' semula dengan urusan dunia termasuk la kami juga. Dalam takut-takut untuk keluar, kebebasan yang diberi ni sedikit sebanyak dapat  bantu hilangkan stress berkurung dan hilangkan rindu pada ahli keluarga.

Kami berpeluang memenuhi beberapa jemputan walaupun ada sesetengahnya rasa awkward hadir sebab Ibu Abah dah tiada. Lain sangat rasa. Dulu pergi, bawa Ibu dan Abah. Kena tunggu lama, sebab Abah kalau dah jumpa adik-beradik memang tak nampak jalan balik. Haha! 

Sekarang, kalau boleh nak cepat balik. Tak tahu nak borak apa. Nasiblah sekarang SOP tak boleh berlama-lama, ada lah juga alasan nak balik cepat. Ini gambar last week. Kami ke Meru, rumah Adik Abah. Tahniah Apak atas pertunangan anak perempuannya. Tengok muka Apak, teringat arwah Abah. Mukanya, warna kulitnya saling tak tumpah. Gelak dan suka berselorohnya pun sama.

Berpeluang juga menghantar hadiah hari jadi kepada Adik Ibu, Makcik. Ni lah tempat kami menumpang kasih. Happy birthday Makcik! Happy makcik dapat bunga. Since kat office, musim bunga ni, kita pun order jugalah. Nak bagi kat Ibu pun, ibu dah takda. Hadiahkan pada makcik sebab tahu makcik suka bunga.

Bertugas selama 8 hari untuk Majlis Konvokesyen USIM! Alhamdulillah, dapat menyumbang tenaga, walaupun ianya tak sebesar mana. Orang belakang tabir je tapi sama-sama meraikan para graduan sambil menjaga SOP dan doa banyak-banyak takda perkara yang tak diingini terjadi.

Seterusnya, memenuhi jemputan Mak Itam dan Pak Itam (adik Ibu) untuk majlis tahlil dan doa selamat seterusnya meraikan anniversary perkahwinan Pak Itam yang ke 34 tahun. Dulu, Pak Itam tak sempat bersanding waktu menikahi Mak Itam yang berasal dari Sabah.  Ada rezeki lebih, anak-anak menunaikan impian Ayahnya.

Dah nak hujung tahu, kenalah completekan segala KPI company dan kejar segala due date sebab nak tutup akaun. Haha. Tukar bos besar, bertukar la pendekatan tugasan kerja kami. Hmm, next Bos, kena hafal juz Al-Quran pula agaknya nanti =p 

Sempat juga meluangkan masa menyambut hari lahir Emak Mertua. Selang sehari dengan tarikh Abah pergi. Selamat hari jadi Mak. Semoga emak dan abah sentiasa dalam lindungan Allah swt, hidup bahagia dunia akhirat.

Alhamdulillah, untuk segala nikmat yang dipinjam Dia.
Till then!

Wassalam.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan