Selasa, 10 Ogos 2021

Julai, 2021 updates!

Salam Tahun Baru Hijriah semua!

Semalam, kita semua terkesan dengan pemergian Siti Sarah, isteri kepada Shuib Sepahtu. Allahu Akhbar! Pengakhiran yang dicemburui oleh semua. Perginya disebabkan wabak, melahirkan anak, diredhai oleh suaminya dan diiringi oleh doa ramai umat manusia. Tenanglah Sarah di sana. Insha Allah, moga dikurniakan shahid buatmu Sarah, Bidadari Shuib.

Semalam juga, time Azreen inform berita Sarah pergi, I mamai nak capture berita tu. Hadiah tahun baru Allah bagi. Bangun tidur rasa berpusing-pusing. Pejam mata lama, buka mata balik pun tetap nampak berpusing semua. Try duduk, rasa ada benda lak menolak dada. Terus cepat-cepat ke toilet, muntah. Siap cakap, tak kan pregnant kot sambil urut kepala! Haha.

While nak hadam keadaan badan sendiri, terpegang lak handphone, Ya Allah, calls, whats app berderet tak tengok! Lagi rasa pening sebab banyak benda tak settle. Dalam pukul 11, suruh Azreen hantar pergi klinik. Takut sebenarnya. Takut if, I pun pergi macam Sarah. Sampai ke situ ok, fikir! Takut juga, if I pergi, macam manalah anak-anak. Tu yang pergi juga klinik. Macam biasa, low blood pressure. Doktor siap pesan, tolonglah jangan sakit, kalau boleh, jaga kesihatan. Dah makan ubat, Alhamdulillah hari ni rasa ok.

Tahun baru 1443H dah. Moga yang baik-baik sajalah untuk tahun baru ini. Moga dikurniakan pengakhiran yang baik-baik juga buat kita semua, Insah Allah.

Sempena cuti hari ini, moh la kita update cerita Julai. Rajin ambik gambar, lepas tu simpan aja dalam handphone sekarang. 

 

 

Masih bertugas lagi sebagai Sukarelawan PPV. Ada sekali bertugas haritu, ada someone tanya soalan cepu emas. Ain tak kenal saya ke?

Haha! Zaman sekarang ni, semua dah bertutup litup, dengan mask, face shield lagi, memang payah nak cam orang. Terserempak dengan rakan office lama!


Sebelum permergian Siti Sarah, kami semua terkesan dengan pemergian rakan bola tampar merangkap Coach kami, Pok Jat. Perginya mengejut. Dalam banyak gambar, ni je yang I terjumpa. Allahu akhbar! Selamat jalan Coach! Insha Allah, suatu hari kami pasti menyusul jua.


Dapat bertugas sekali dengan Kak Muna! Selalu memang takda geng pun time bertugas. Nak selfie-selfie pun malas.


Sukan Olimpik. Dua pingat untuk Malaysia. 1 gangsa dan 1 perak. Tahniah para Atlet. Menang atau kalah, kami semua bersemangat aja tengok dan sokong semua acara. Dah layak ke Olimpik pun satu kejayaan dah. Menang pingat pula satu bonus.

Olimpik pun dah melabuhkan tirainya semalam. Rindulah  acara-acara balapan lepas ni! Fav tengok acara 100m dan 4x100. Ulang tengon pun takpa. Lepas ni,  tunggu tahun 2022 untuk Sukan Asia dan Sukan Dunia.


Happy 5th birthday Rayeesa! Birthday PKP, muka-muka ini je lah yang menghiasi. Haha! Rayeesa kata nak sambut birthday kat Tadika dengan kawan-kawan, tapi nak buat macam mana nak oiii. Semua orang pun terkurung sekarang ni. Ada rezeki nanti Mami beli kek lain ye untuk makan dengan kawan-kawan dan teachers.


Petang birthday Rayeesa tu, kami edar goodies bag. I pun ada buat sambal goreng jawa untuk sedekah kepada jiran-jiran sempena 44hari arwah Ibu pergi. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki dengan jiran-jiran semua.

Kejiranan I ni selalu aja ada yang kongsi rezeki. Ada je parcel makanan diterima setiap minggu. Dulu nak pindah sini, terfikir juga, macam manalah nak hidup kat rumah comel ni tapi Alhamdulillah di kawasan rumah comel ni, Allah kurniakan  jiran yang  baik hati dah saling tolong-menolong antara satu sama lain. Rezeki juga ni, rasa happy tinggal di sini.

Second dose selesai! Risau juga nak ambil second dose sebab esoknya birthday Rayeesa. I nak masak-masak. Alhamdulillah, esoknya dari pagi sampai petang takda rasa apa. Malam tu lena tidur penangan second dose haha! Azreen ajelah yang cari panadol sebab sakit kepala esoknya. Lepas makan panadol, dibantai tidur tak ingat dunia.


Sempat juga singgah kat kiosk kopi comel Monti Keopi di UKM. Bila lah USIM nak ada kiosk kopi gini ya? Dating anniversary juga la ni sambil vaksin sambil paksa Azreen minum kopi. Haha.


Dua menu wajib time PKP. Roti jala dan Apam Beras. Roti jala tu, kalau hari-hari pun takpa kata Rayeesa. Masalahnya, ommak kau yang penat nak berdiri dan lenguh tangah  menjala nak oiii.

Apam beras tu, kalau rindu kat arwah Ibu, mesti laju aja buat. Kuih ni lah yang betul-betul I menuntut kat Ibu. Alhamdulillah, makin hari makin cantik kejadiannya.

All the best kakak! Dedinya dah daftar kan kelas silat. Semua ada kelas tambahan sekarang. Reezqy dengan bola, kakak dengan silat. Moga berjaya lah dalam apa jua aktiviti yang diceburi. Sekurang-kurangnya, masa terisi juga dengan perkara berfaedah. Kalau tak asyik tengok handphone aje semua.

Till then semua. Takce care dan moga cepatlah kita boleh rentas negeri ya. 

Wassalam!



1 ulasan:

  1. terasa betul kan dgn pemergian arwah walau bukan kenal rapat dan bukan die hard fan.. alhamdulillah dah cukup 2 dose vaksin. moga ikhtiat kecil ni Allah izinkan jadi asbab terhindar dari jangkitan wabak Covid19 yang makin mengganas.Amiin.

    BalasPadam