Salam Aidiladha semua!
Beraya dalam keadaan terkurung lagi semua. Haha. Apa nak buat. Allah dah tulis takdir kita semua begitu. Semua yang dijadikanNya bersebab dan kita haruslah percaya kepada segala perancanganNya. Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Lepas semua ini berlalu, kita akan dapat semula kehidupan normal kita.
Since office sedang cari sukarelawan PPV, I pun register lah tanpa pengetahuan suami. Dah dapat jadual baru gegeh bagi tahu Azreen. Sekali jawapan dia, No!
Kahkahkah! Padan muka =p Orang tengah bersemangat, dia potong stim pulak! Pujuk punya pujuk, akhirnya Dia akur ajelah. Women's always right kennn.
Bertugaslah I di hari Arafah tu. Happy rasa dapat menyumbang tenaga. Kalau dalam perang ni, para sukarelawan ni di kira orang yang terkehadapan la ni melawan musuh. Ha, gituuuuu!
Dalam pukul 7 settle semua dan bos kecik belanja food buka puasa haritu. Rezeki puasa Arafah.
Settle bertugas, balik singgah Speedmart mencari santak kotak nak buat gulai kari, sekali habis. Post dalam group kejiranan tanya siapa ada sebab kita nak beli dua. Nasib jenjiran concern, so dapatlah beli dua kotak dari mereka.
Dah sampai rumah, laju-laju mandi, rendam baju, teguk air dan makan dua suap then get ready pula untuk bacaan Yasin untuk arwah Abah dan Ibu dengan adik-adik.
Legacy Ponam berkumpul malam raya tu. Lepas baca yasin, sambung kebiasaan yang Abah selalu buat di malamraya iaitu bertakbir. Syahdunya la rasa. Don't worry Ibu and Abah, kami dah besar. Kami ok aja semua =,) Moga Allah sentiasa rahmati kami adik-beradik dan moga ukhwah kami berpanjangan selalu,aminn.
Esoknya raya, pakai balik ajalah baju raya puasa haritu. Reezqy tanya, kenapa asyik pakai baju ni je mami? Kan mainnn soalan. Baru sekali aja pakai haritu nak oiii. Ni kita pakai lah balik. Besok, kalau peram aja, kat akhirat nanti baju tanya, kenapa tak pakai aku? Tak baik macam tu, haha!
Raya norma baharu, video call (VC) is a must! So, ber VC lah kami adik-beradik. Yang nombor dua, macam biasa, tah apa buat tah, lambat betul jawab VC.
Since dah takda Ibu nak call, I call adik-beradik Ibu je lah. Makcik-pakcik ni pun, kalau I tak call, depa pun tak tahu nak bervideo call. Alhamdulillah, semua sihat dan ok-ok aja.
Ada juga VC kawan-kawan. Ada yang jawab, ada yang tak. Kita faham-faham ajelah, raya orang busy. Yang jawab, terima kasih tau. I rasa sebab I tak dapat call Ibu dah, tu sebab I isi kekosongan call semua orang =(
I pakai baju Ibu time dia sihat dulu. Dulu waktu Ibu sihat, kami sama size. Kalau balik kampung, I tak payah bawa baju. Pakai baju Ibu je. Time Ibu sakit, Ibu pakai baju size S, so tak muatlah nak share baju time tu.
Food raya! I masak gulai daging style Kedah. Barulah kena, makan dengan ketupat palas. Lemang tu, Abang Azreen bagi. Lempeng request by Rayeesa. Ko ni dik, punya banyak makanan, lempeng juga yang ko nak makan di hari raya.
Mak mertua bagi lodeh, ayam masak merah dan rendang. Yums! Thanks Mom! My fav. Boleh aja buat sendiri, tapi mana nak sama dengan air tangan mak. Kalau tak Covid, memang Ain datang tolong Mak masak. Apakan daya, sehari sebelum tu bertugas kat PPV, risau pula sebab jumpa ramai orang, kang pergi rumah Mak bawa virus yang bukan-bukan.
Dalam malas masak, dapat juga makan makanan lain. Jiran-jiran juga meriah berkongsi rezeki. Ada yang bagi sate, rendang, kek pisang. Moga murah rezeki Mak Mertua dan jiran-jiran!
Time nak solat Zuhur, Azreen tanya, Awak order apa je lagi ni sebab ada food tergantung di pagar. Serious, tak ingat! Raya, mana ada orang open order! Rupanya, kawan I hantar soto.
Lepas Zuhur, semua tukar baju then pakai baju biasa je. I pun lepas geram post kan main banyk kat IG story sebab takda nak buat apa dah dah.
Reezqy: Kita takda pergi mana-mana, kenapa nak pakai baju raya juga Mami?
Mami: Mami dan Dedi dah biasa bang, pagi raya memang kena berhias cantik meraikan hari lebaran. Atok Abu dengan Grandpa dah ajar macam tu. Sekarang, kami ajar anak-anak kami pula. Nanti abang pun buat yang sama juga tau kat anak-anak abang, kakak dan adik ;)
Till then semua! Salam lebaran dan stay safe! Moga segala amalan dan korban kita diterima Allah swt.
Wassalam.
Salam lebaran dan salam jengah dari blog iamfuzy
BalasPadam