Rabu, 7 Julai 2021

Vaksin dos pertama

Salam semua,

Time vaksin AZ open untuk rakyat Selangor haritu, saja cuba nasib daftar. Alhamdulillah ada rezeki,  kami dapat kat UKM hujung bulan Mei. Since macam-macam 'momokan' simptom after vaksin  di media sosial,  takut-takut berani je nak pergi. Macam-macam ada dalam fikiran, sampai terfikir if tetiba mati lepas vaksin, anak-anak nak beri pada siapalah? Haha. Overthinking!  At the same time, fikir nak cepat vaksin, settle semua nanti boleh balik kampung jumpa Ibu. Kan main hasrat kau, siapa sangka, Allah jemput Ibu terlebih dahulu.

   

Walaupun tarikh sama dengan husband, tapi masa vaksin berlainan. Pergi jugalah, time register tu tanya Petugas boleh ke sekalikan. Alhamdulillah, mereka bagi je masuk sekali. Lega hati kita!

Iyalah, masa cucuk tu dah 6.30, if kena tunggu husband, kat mana pula kami nak Maghrib.Time covid ni, semua surau dan masjid tutup.

Smooth aja process vaksin kat UKM. Petugas pun mesra dan banyak membantu  melancarkan proses. Dalam 7.30, settle semua, terus balik Nilai, ambil anak-anak kat rumah Mak Mertua then terus balik rumah mengejar Maghrib.

Lepas vaksin, husband sakit kepala dan demam next morningnya. I, Alhamdulillah ok je. Jelous husband sebab I ok je. Dia sebab dah lama tak demam, kan main rasa sengsara sebab tak boleh nak buat apa.Tak lama mana pun demamnya, esoknya tu ok dah.
 
 
Tarikh second dose pun dah dapat. Dalam ber PKP, PKPD ni, dapatlah juga kami berdua keluar nanti. Harapnya, second dose pun ok juga la takda dapat simptom yang bukan-bukan.

Staf safe semua dan selamat ber PKPD warga Nilai bermula 9 Julai ni.
Sedih kan? Even kita kena kurung, kes tetap tinggi juga. Bilalah nak turun?
Lagi sedih dengan drama-drama orang Kayangan tu. Hmmm takpalah, let it  be, Allah lebih Mengetahui.




1 ulasan:

  1. alhamdulillah dh selesai dos pertama...masih belum dpt date lg ni..selamat berPKPD

    BalasPadam