Sejak banjir ni, kadang-kadang rasa malas nak buka FB, nak tengok newsfeed FB dan segalanya berkaitan FB. Jadi malas sebab tengok cerdik pandai yang suka forward itu ini tentang banjir. Entah betul entah tidak info yang disampaikan tapi semua main forward sesuka hati. Itu belum masuk yang nak jadi YB, yang keyboard warrior yang nak post dia sentiasa hit sokmo, yang terlebih emosi mengalahkan dia pula yang mangsa banjir dan tah apa-apa lagi.
Bila Tuhan turunkan musibah, Dia nak tengok perangai sebenar kita sewaktu dia turunkan ujian, adakah kita sabar dan tabah atau sebaliknya ~ DFK
Ya, sangat betul ayat tu. Dikala musibah banjir ni memang dapat tengok true color orang Melayu. Lagi sedih, seorang Melayu dan seorang Islam tapi bila musibah datang, jadi lupa diri dan hilang arah juga pedoman.
Satu lagi, banjir pun nak dipolitikkan. Yang main golf tu pula disibuk-sibukkan. Aib orang pula yang sibuk di war-warkan. Macam diri tu sebaik-baik umat tak pernah buat kesalahan tapi diri sendiri pun tak turun padang. Bila dah turun padang, diviralkan pula kehadiran mamat tu yang disambut dan ditatang walaupun ketika banjir.
Di kala musibah melanda ni, tak kira kau dacing ke kau bulan ke atau kau separa bulan, or whatever parti yang kau suka, patutnya kita bersatu menghadapinya. Ketepikan fahaman jahanam tu dan terus bersatu membantu bangsa sendiri.
Bersatulah Melayu supaya tidak terus layu.
Rabu, 31 Disember 2014
Selasa, 30 Disember 2014
Happy birthday Koyam dan Konee
Birthday girls: 30 Disember 2014 |
Untuk Sifusinga Koyam dan Setazah Konee yang disayangi, selamat panjang umur dari GCB. Eh, dah macam berfantun pulak dah! ;p
Semoga sentiasa happy, ceria, dirahmatiNya selalu dan sentiasa menjadi mata telinga bahu badan dan apa saja untuk kami ye. Haha.
Semoga happy dan best aja ye berkawan dengan kami. Mana yang kurang tu tegur, mana yang lebih, ingatkan lah kami agar kami tidak lupa diri.
Rabu, 24 Disember 2014
Bukit Merah Laketown Resort
Alhamdulillah, tahun ni ada untung besor, dapatlah office buat retreat. Since masa nak booking dah cuti sekolah, maka semua tempat full house dan yang ada hanyalah Bukit Merah Laketown Resort je.
Even ramai yang kata Bukit Merah tak best lah, itu lah, inilah, daripada melopong tak dapat pergi mana-mana, baik kita grab aje mana peluang yang ada.
Jumaat - Hari Pertama
I dan urusetia berkonvoi gerak ke Bukit Merah. Siap ada Marshalnya. Lagi best guna walkie talkie kan, memang sepanjang jalan, driver merapu sesama driver je lah untuk menghilang kan ngantuk. Pukul 12 kami gerak dalam pukul 5 macam tu kami sampai.
Budak dua ketul ni dalam kereta memang tak tentu arah jadinya. Perjalanan jauh kan, even dah bagi tab semua, tetap tak boleh hilangkan kebosanan diorang.

Isnin, 22 Disember 2014
Makan Malam Mahabbah
Staf admin dan I dijemput untuk hadir ke Dinner anjuran student. Maka, saya yang menurut perintah ikutkan ajalah memenuhi jemputan. Majlis diadakan di Bangi Golf Resort.
Rabu, 17 Disember 2014
Selasa, 16 Disember 2014
Kenapa jaki sangat dengan bola sepak haaa??
1. Sewaktu nak bersalin kan Iman Raneeya, ada game MU. Kebetulan time tu, suami tak boleh masuk sebab labour room penuh, maka I bersalin sorang-sorang jelah. Dan yang terpaling best, bila lepas bersalin dan settle semua urusan bersalin, I tanya Azreen time dia angkat anak dia, awak kat mana time I bersalin tadi?
Dia jawab,
I tengok bola yang. Nasib ada TV kat hospital ni. Dapat tengok bola. MU menang. Memang baby MU lah ni.
T__T
2. Sampai masa anak kedua lahir, kebetulan pula sangatlah kan juga malam tu ada game MU. Elok je Iman Reezqy melihat dunia dan selepas di azankan, Azreen bisik,
MU menang yang! Haha. Lebbiu lah.
Vongok!
3. Apa perasaan kau, lepas kau follow drama bersiri hampir 40 episod tak pernah miss satu episod pun, time last episod ada Semi Final Vietnam vs Malaysia? Apa kau rasa, kau kena beralah demi Negara? Apa kau rasa, last episod drama tu tergantung? Apa kau rasa bila kau tak tahu hero dan heroin ending macam mana?
Memang sakit pula hati kita lah sangat kan hoi!!
Apapun,
1. Jaki, jaki pun, kalau tak kerana dek bola, takdelah I bertemu jodoh dengan mat bola tu. =)
2. Nasib baik Malaysia menang semi final, so takde lah sia-sia I beralah demi bola. Lebbiu lah Malaysia, lebbiu too Mat bola!
Maka, I is redho je lah
;)
Rabu, 10 Disember 2014
Ngomel-ngomel Iman Raneeya
My cheeky girl! |
Daddy: Kakak nak tidur baca apa? Bismikalllah.. Cepat kakak baca
Iman: *diam*
Daddy: Cepat kakak, baca apa? Bismikallah... Lagi?
Iman: *diam juga*
Daddy: Kakak, macam mana doa tidur. Cepat baca..
Iman: Bismikallahumma ahyawa amut lah Daddy. Daddy tak tahu baca doa tidur ke?
Daddy: T____T
Jumaat, 5 Disember 2014
Taman Rama-rama, Melaka
Balik dari Zoo Melaka haritu, kami singgah Taman Rama-rama (TRR), Melaka. Tepi tol Ayer Keroh je lokasi Taman Rama-rama ni dan berdekatan dengan Philea Resort yang lawa tu.
Selalu, kalau lalu, memang nak sangat singgah, tapi sokmo yang terlepas lorong terus jadi tak singgah. So, kali ini, memang aim betul-betul lorong jalannya sebab tak kira apa jadi, nak singgah jugak.
Selain rama-rama, ada juga pelbagai jenis buaya, ular, serangga, beburung dan ikan kat sini. So, takdelah korang bosan melayan rama-rama je ye.
Selalu, kalau lalu, memang nak sangat singgah, tapi sokmo yang terlepas lorong terus jadi tak singgah. So, kali ini, memang aim betul-betul lorong jalannya sebab tak kira apa jadi, nak singgah jugak.
Time nampak benda ni, Iman boleh cakap, eh, hantu pun ada Mummy. Haha. Tu tengkorak lah nak oi. Rumah lipas. |
Selain rama-rama, ada juga pelbagai jenis buaya, ular, serangga, beburung dan ikan kat sini. So, takdelah korang bosan melayan rama-rama je ye.
Khamis, 4 Disember 2014
Zoo Melaka, again and again! Haha.
Tah kali ke berapa tah pergi Zoo Melaka ni. Haha.
Tiap kali balik Melaka, bila husband tanya nak bawa budak-budak pergi mana, tu jelah jawapan I. Tak pergi pantai, pergi Zoo Melaka.
Tempat lain tak terfikir langsung nak pergi. Mungkin sebab stage Iman Raneeya dan Iman Reezqy sekarang yang sukakan binatang, terus jangkit dengan mak sama asyiklah nak pergi zoo. Nasib korang lah nak oii.

Pagi-pagi lepas breakfast kat rumah Ibu, terus keluar. Adik happy faces je sebab dapat naik kereta. Kakak sokmo gitu lah. Kalau suruh senyum, sibuk nak jelir lidah. |
Rabu, 3 Disember 2014
Akak sayang Ucu.
Sejak dari berkawan dengan Azreen, putus hubungan, berkawan balik dan bercinta, bertunang, berkahwin dan beranak-pinak, dua nama perempuan ni memang tak lekang dari mulut Azreen selain dari nama mak dia.
Mula-mula dulu memang sakit pula hati kita mendengarkannya juga. Jelous hoi. Haha.
Tapi lama-lama udah biasa dan tahu semua cerita, kita dah tak rasa apa-apa dah.
Maria dan Nadia.
Anak buahnya, yang sangatlah disayang, yang sentiasa dikenang.
Keduanya membesar di depan mata dia. Diorang punya kisah yang tersendiri, pandai dan sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.
Tengah skrol FB semalam delete gambar-gambar yang tak berkenaan, terpandang pula post si kakak ni. Touching dan terharu pula membacanya even dia post dah lama.
Sebab ada puji-puji Makcu, meh kita share dan post kat blog makcu ye.

There are no perfect families, but a family will always love PERFECTLY.
=)
p/s: Seploh kali I baca screen capture ni, seploh kali I sebak.
Hmm, kalaulah dulu Azreen oiii, kalaulah duluu.........
Tentu dah 5 anak kita sekarang dah tahu!
=p
Isnin, 1 Disember 2014
Riadah: Eco Hill Park Semenyih
Last week I attend Majlis Perkahwinan anak jiran sebab Ibu minta wakilkan dia. Maka, I heretlah adik-adik sebab tak mau pergi sensorang.
Balik dari majlis kahwin tu kami singgah di Eco Hill Park, Semenyih. Tak sangka betul kat kawasan perumahan yang sedang naik tu ada terselit taman yang cantik lahai. Ramai juga pengantin shoot outdoor kat sini.
Eco Hill Park ni tempat riadah yang unik sikit bagi I sebabnya kau kena joging sambil mendaki bukit. Haha. Sesuai lah dengan nama dia yang ada Hill tu kennnn.
Balik dari majlis kahwin tu kami singgah di Eco Hill Park, Semenyih. Tak sangka betul kat kawasan perumahan yang sedang naik tu ada terselit taman yang cantik lahai. Ramai juga pengantin shoot outdoor kat sini.
Setelah becak ketiak, kami sampai juga di puncak Eco Hill. |
Selasa, 25 November 2014
Khamis, 20 November 2014
Berkhidmat untuk negara.
Assalamualaikum wahai rakan-rakan maya sekalian.
Dah lah tajuk serius, intro pun nak serius sama.
Kahkahkah.
Layankan jelah ye.
Sebab dah lama rasanya tak update blog, so meh la kita belanja gegambar je untuk tatapan. Kang takde rekod lak nak rujuk untuk aktiviti 2014.
Minggu lepas office I busy dengan majlis konvokesyen pelajar, maka kita yang sang pelaksana ni pun turut sama jugalah busynya. Tahun ni buat pertama kalinya I dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penyediaan Jubah.

Khamis, 6 November 2014
Thank you Nuffnang sayang!
Kemain.
Dah dapat cek, kemain lah nak bersayang-sayang kan.
Syapalehhhh dia punya up kat Nuffnang.
Kahkahkah.
Terima kasih banyak-banyak ye Nuffnang sayang. Jeling-jeling juga kat blog picisan I ni. Dah cash out dua minggu setengah yang lepas, check hari ni, cepat juga naik tabung I tu balik.
Baru ingat dah taknak menulis lagi dah sebab rasa macam tak berkesempatan dah dan tak tahu apa lagi nak tulis. Tapi, bila sampai je rasa malas tu, cek Nuffnang lak sampai. Bila sampai je rasa malas tu, dapatlah promo dari blog Suesukasusun untuk edit blog. Blog dah pakai baju baru, rasa macam tak sampai hati pula kalau tak update apa-apa.
Hmm,
cemanalah nak buang rasa malas ni ye?
Fuh fuh fuh.
Rasa malas, sila pergi jauh-jauh.
BE Nuffnang sayang, meh selalu jenguk-jenguk sini datang meh.
;)
Rabu, 5 November 2014
Cabaran berniaga.
5 tahun lepas, Ibu pindah Melaka, then dia start meniaga nasi lemak dan kuih-kuih sikit. Konsep ibu berniaga ialah sambil berniaga, sambil sedekah. Sebab itu, sampai sekarang, kuih ibu masih tiga seringgit, nasi lemak daun pisang, seringgit. Tak naik-naik walaupun minyak dah berapa kali PM naikkan :p
Timing pulak, memang Ibu turun ke gerai dia pukul 7, then habis tak habis kuih dan nasi lemak, pukul 9.00 dia tetap balik. Sebab apa? Ada nenek I yang terdampar atas katil perlu diuruskan pula. Perlu dimandikan, perlu ditukarkan diapers, perlu disuap makan.
Itulah rutin Ibu I setiap hari untuk mengisi masa lapang dia selain dari pergi kelas buat kek dan kelas agama.
Tahun keempat Ibu I berniaga, ada satu gerai nasi lemak baru pula naik. Bertentangan letaknya dengan gerai Ibu I. Ok fine, ibu I kata. Rezeki masing-masing kan Allah dan janji. Takpelah jual produk yang sama, ada rezeki, kita punya. Kalau takde, nanti-nanti adalah nanti tu.
Selasa, 28 Oktober 2014
Masak campak-campak lagi.
Sup daging korban bersama kobis dengan carrot. Ni tak payah ajar pun, lelap-lelap mata korang boleh buat. |
Isnin, 27 Oktober 2014
Isteri orang.
Bila dah kahwin ni,
bila dah ada anak dua,
bila dah lepas dari fasa bentuk badan yang kejap kembang kejap kuncup,
bila dah lepas dari pengalaman bersalin yang tak tergambar dek perkataan dia punya dupdapdupdap dan sakit nak hadap,
bila dah lepas dari fasa rumah sunyi sepi sebab sekarang rumah tahap bising suara mak siap sama naik dengan suara anak dan bapak,
bila dah self esteem makin tinggi tak payah nak control-control depan orang ramai dah bila nak handle anak,
bila dah sukses menggalas tanggungjawab seorang isteri dan jadi seorang 'SUPER MUMMY',

Jumaat, 24 Oktober 2014
Rabbit Fun Land, Semenyih.
Sebelum ni, setiap kali lepas daki Bukit Broga, tiada keinginan nak singgah pun kat Rabbit Fun Land tu, tapi lepas Lieyalatif post time dia sekeluarga pergi haritu, terus ada rasa nak pergi. Lagi-lagi sebab Iman Reezqy suka nau tengok binatang, maka haruslah kita terjah tempat tu.
Lokasi Rabbit Fun Land (RFL) ni berdepan dengan parking Bukti Broga je ye kawan-kawan dan bayaran masuk hanya RM5.
Lokasi Rabbit Fun Land (RFL) ni berdepan dengan parking Bukti Broga je ye kawan-kawan dan bayaran masuk hanya RM5.
Masuk-masuk je tempat ni korang akan jumpa jambatan gantung kontot ni, so boleh lah kita abadikan kenangan di sini. |
Khamis, 23 Oktober 2014
Sukan tertutup.
Iman Raneeya ada pertandingan sukaneka minggu lepas tapi ianya diadakan secara tertutup je. Cikgu Iman kata, ikut program-program lepas, kalau jemput ibu bapa, ada kanak-kanak yang taknak buat aktiviti.
Haha.
Memang pun, kanak-kanak ni, kalau ada makpak, terus datang manjanya. Maka, para makpak semua redho jelah tak dapat tengok anak-anak beraksi live.
Haha.
Memang pun, kanak-kanak ni, kalau ada makpak, terus datang manjanya. Maka, para makpak semua redho jelah tak dapat tengok anak-anak beraksi live.
Colorful banner |
Kakak Iman rumah merah. Tengah get ready untuk acara susun lego. |
Selasa, 21 Oktober 2014
Gadis bunga.
My cheeky Iman. |
Last week ada event company, dan macam biasa, I was selected as gadis pentas di bawah jawatankuasa cenderamata. Haha, gadislah sangat kan :p
Dah salah satu job scope yang diamanahkan adalah untuk bagi bunga pada wife TPM. Since I ado anak dara, dan bos kenit I pun suggest suruh Iman bagi kalau I tak kisah, maka malam tu I train lah kakak Iman.
Nanti Iman kena bagi bunga kat Puan Seri tau.
Ok.
Nak cakap apa bila bagi bunga?
Assalamualaikum Puan Sheli.
Ni bunga untuk puan sheli.
Ok, pandai. Kalau Puan Seri tanya, nama adik siapa? Iman jawab apa?
Iman Reezqy.
Eh, silap lak, nama awak siapa?
Iman Raneeya.
Umur berapa?
Tiga tahon!
Ok, pandai.
Iman ingat tau yang Mummy ajar ni.
Lepas tu dok ulang lah dialog tu banyak kali tok bagi perfect.
Isnin, 20 Oktober 2014
Jalinan Mahabbah: Bakar kalori sambil bakar ayam
Last week I follow pejabat Azreen punya program. Jalinan Mahabbah apa tah nama dia. Aktiviti utama, mendaki Bukit Broga dan BBQ di Sungai Tekala.
Pagi tu, kami berkumpul di Masjid Gebok, dalam pukul 6 lebih baru gerak ke Bukit Broga. Lambat naik kan, so memang tak dapat tengok matahari terbit lah :p
Pagi tu, kami berkumpul di Masjid Gebok, dalam pukul 6 lebih baru gerak ke Bukit Broga. Lambat naik kan, so memang tak dapat tengok matahari terbit lah :p
Bukit Broga yang tak pernah tak ramai orang. |
Jumaat, 17 Oktober 2014
TTC dan kopi HKCC: Testimoni Pengguna
14/10/2014
26 minggu
Trimester 2
98 hari lagi sebelum EDD 20 Januari 2015
318 days happily married
Caraku TTC minum HKCC kopi mengandung dan cara elak kaki cramp masa mengandung!
Selepas entry Period tak teratur pun boleh mengandung dan 10 amalan TTC ku, ramai yg Whats App/ Msg tanya pasal kopi HKCC yang aku minum dan ude-bak minum CCFM. Ada tanya penting ke kopi tu, ada cakap tak biasa minum kopi takut pening, ada kata tak minum tak boleh ke kopi tu, dan ada jugak terus order ingatkan aku jual.
Tak... Tak... aku tak jual, kalau nak beli buleh direct contact Puan Umie 016-6603741 atau ke http://nuqmanscollection.blogspot.com/
Sebab ramai jugak dok tanya kan, meh aku terus kat sini aku bagi LIVING PROOF testimoni kesan minum HKCC, CCFM dan SKBP semasa proses TTC dan sepanjang mengandung.

Bangi Gateway: Dating with the 'handbags'
Bangi Gateway, syurga membeli belah pakaian muslimah dan syurga tempat makan best. Itu kata orang-orang yang dah pernah pergi.
Tapi bila I pergi, bawa pula the 'handbags' yang tengah boleh tahan lasaknya, memang berpoloh ketiak lah pergi situ. Tak jadi syurga dah haihh. Haha.
Tapi bila I pergi, bawa pula the 'handbags' yang tengah boleh tahan lasaknya, memang berpoloh ketiak lah pergi situ. Tak jadi syurga dah haihh. Haha.
Adik Reezqy yang bermuka suci, yang Mak Ngah Ikin selalu kesian dengan beliau sebab selalu kena belasah dengan kakak sendiri. Haha. |
Kiman (Kak Iman) panggilan Arif Daniyal untuk kakak sedaranya. Time baik kemain, siap nak pegang-pegang tangan. Cuba time berebut mainan atau tab, memang taklah kan macam ni. |
Selasa, 14 Oktober 2014
Colors by Sasha.
25 Julai 2010 ~ saat bersanding atas pelamin. Takdepun beriya nak berinai. Haha. |
Kepada bakal-bakal pengantin, adik-adik manis yang suka tangan berukir-ukir inai, mak-mak budak yang sentiasa nak rasa feeling2 pengantin sentiasa, or sesiapa saja yang suka berinai, sila pergi dapatkan khidmat Colors by Sasha ya.
I dah pergi buat dah sebelum hari raya haji haritu. Siap pergi majlis Anugerah Sukan USIM orang dok giat, bila kahwin lagi ni, sampai hati tak jemput pun. Haha. |
Isnin, 13 Oktober 2014
Kampung Pulau Semut.
Jumaat, 10 Oktober 2014
Makna setiap tertib solat.
Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Khamis, 9 Oktober 2014
Raya qurban orang kampung. #2
This year, raya qurban di kampung I. So, kita sangatlah happy. Eh, memana raya pun kita happy je lah nye pun. (Azreen baca oi) :p
Rabu, 8 Oktober 2014
Cerita Raya Haji.
Selalunya, Raya Haji atau Raya Aidiladha ni, persiapan semua orang tak beriya macam raya puasa. Dulu, I adik-beradik, kalau Abah tak membebel suruh pakai baju raya, memang kita orang pakai baju biasa je sampai ke petang. Tapi abah, dia tak boleh. Kata abah, bezakan, hari biasa dengan hari raya, bukan hari-hari raya, setahun sekali tu je pun. Sambutlah dengan cara yang betul dan hargainya. Maka, kita pun beriya-iya lah siap juga :p
Azreen pun macam abah juga. Raya haji ke raya puasa ke tetap beriya nak berbaju melayu. Sebelum balik lagi dia asyik dok ulang-ulang, samping jangan lupa yang, samping. Awak tinggal takpe, samping tu jangan. T___T Punyalah nak melaram kan. Raya haji je kot. Beriya melaram, balik sembahyang raya, tukar uniform kena potong daging. Kahkahkah.

Bersederhana dalam segalanya, tapi dalam gambar sentiasa hover~! :p |
Mamat songkok tinggi yang dipinjamkan Tuhan untuk melengkapkan resipi perkahwinan. Haha. Syukran Ya Allah. |
Khamis, 2 Oktober 2014
Bestnya sibuk!
1. Ahad ni Raya Haji. Dan terpaling best, baju Raya Aidilfitri I yang lalu masih tak siap lagi. Best kan. Best sangat rasanya, sampai I cakap, takpelah kak, pulangkan jelah kain gojes saya itu. Tak dapatlah I nak menunjuk design or color baju I, baik di Hari Raya Aidilfitri, mahupun di Hari Raya Aidiladha. Pengorbanan yang I buat sempena raya haji tahun ini adalah korban perasaan dan terima seadanya baju yang tak siap tanpa rasa nak marah atau mengamuk kat akak tu. Hanya minta pulangkan kain je. Tu pun akak tu senyap je.
2. Hello Oktober! Minggu ni raya haji, BBQ dengan family, minggu kedua Oktober program Jom Broga, Oktober minggu ketiga Bola Tampar Piala Pendaftar, awal November konvokesyen kampeni kubah biru. Eh, bestnya kita busy! Haha. Jarang kan jumpa orang yang suka bila dia busy? :p
3. I cuba berahsia dengan suami sebab terbeli tiket ke tuuuuut. Tapi bila berahsia dengan suami ni buat kau sentiasa rasa gelisah, tak tentu arah, tak senang duduk, mandi tak basah, tidur tak lelap dibuatnya. Maka, pagi tadi terpacul juga rahsia yang cuba dirahsiakan. Terus rahsia tidak lagi menjadi rahsia. Alahaiii, susah lah nak rahsia-rahsia. Kita berterus terang ajalah lagi mudah. Kan? Tunggu tarikh dah masa, nanti kita terbanglah ye suami ye. =)
Ok dah.
Selamat Hari Raya Aidiladha semua.
=)
Rabu, 1 Oktober 2014
Kakak pun nak pakai tudung.
Seminggu dua ni, pagi I memang bertambah-tambah chaos dengan raungan Iman Raneeya yang nak pakai tudung. Kalau dulu menangis bila tak pakai uniform taska sebab ada hari I pakaikan dia baju biasa je, sekarang melalak pula bila tak dipakaikan tudung nak pergi taska.
Isnin, 29 September 2014
Si lebah yang sibuk.
Minggu lepas minggu yang busy sampai terpaksa menangguhkan sesuatu yang telah dirancang awal dengan Azreen disebabkan letih yang teramat. Banyak nau aktivitinya. Haha. Ampunnn B!
1. Assalamualaikum Rayyan Daniyal.
Minggu lepas telah melawat BFF sekolah yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan diberi nama Muhammad Rayyan Daniyal. Penantian yang lama, akhirnya Tuhan makbulkan doa dia. Disertakan sekali dengan ujian yang I rasa kalau kena dekat I, I memang sangt memerlukan support dari rakan-rakan dan keluarga. Allah s.w.t tahu kau tabah dan kuat, sebab tu Dia datangkan ujian sebegitu. Allah s.w.t sayang kau tau!

Jumaat, 26 September 2014
Abah kemalangan.
Biasanya after office hour, memang I takkan on WA ke apa ke sebab kalau balik rumah, memang handphone terus jadi hak milik Iman Raneeya. Macam-macam projek dia dengan handphone I. Sesekali je bila rasa tak boleh tidur, barulah online.
So, Jumaat minggu lepas, elok je masuk office, dapat WA dari adik inform abah accident tapi tarikh WA adalah malam tadi. Huhu. Terus tak senang duduk dan call Ibu.
Time call tu, dengar abah gelak-gelak je. Dari cara gelak nampak macam ok tapi Ibu inform, kaki abah luka, tapi taknak pergi klinik. Dia cakap sikit je.
Alhamdulillah abah takde pape.
Alhamdulillah.
Tak dapat nak bayangkan kalau jadi pape kat abah
=(
Dan,
Tetiba teringat kisah di bawah ni bila dengar abah cakap ok je.
Selasa, 23 September 2014
Perihal bola: Sarang tebuan jangan dijolok! Haha.
Azreen: Senyap je yang. Jarang awak tengok bola senyap. Tahu lah tak dapat tengok AF, tapi janganlah diam je. Baik-baik iron baju tu, kang ter iron tangan, susah pulak I nak tengok bola ni. Nak kena hantar klinik bagai.
Ain: *diam*
Azreen: Haishhh, passing pun tah apa-apa. Try, try lah! Bodoh! Bola senang macam tu pun tak boleh ambil! Main tah apa-apa!
Ain: Kannnn? Main tah apa-apa. Beli player mahal tu nak buat apa? Buat pameran je ke dalam padang? Apa nama player mahal tu Fakkau? F**k betul la dia tu, tak perform lansung.
Azreen: Erkkkk, sekali dia bunyi, kan main menusuk kalbu oiii!
Azreen: Mummy lah punya pasal ni Iman. Dah pukul 7 tak siap-siap. Lori pulak, time ni lah nak lalu. Time orang nak pergi officelah time juga dia nak keluar.
Ain: Lambat apanya. Macam biasa je pun. Pukul tujuh dah keluarkan?
Azreen: Pukul 7 apanya? Tujuh lima minit baru awak siap kan? Tengok dah jem! Kalau keluar awal tadi takdenye kena tempuh jem macam ni!
Ain: Alah, lambat 5 minit je pun. Orang kalau bola kalah memang macam tu Iman. Ada je yang tak kena. Semua serba tak kena. Cuba kalau menang. Keluar 8.30 pagi pun Daddy kau senyum je tempuh jem.
MIL: Bola menang malam tadi chik?
Azreen: Tak.
MIL: Apa? Kalah? Macam mana boleh kalah?
Azreen: *diam*
Ain: Macam mana tak kalah mak, player paling mahal jadi pameran je tengah padang tu. Haha.
MIL: Alahaiii.
Azreen: Awak diam ea!

Jumaat, 19 September 2014
The Dusun dan Tanah Aina
I suka hutan. Suka kehijauan. Suka sungai. Dulu masa kecil selalu berangan, ada rumah sendiri, ada sungai kat belakang rumah, nanti petang-petang boleh minum petang kat tepi sungai. Haha. Berangan kemain!
Sampai sekarang pun, tetap sama. Masih suka hutan. Masih suka mendaki. Masih suka piknik kat sungai. Even ada pengalaman yang buruk time masuk hutan seperti kena histeria la di Lata Kijang, nampak nenek kebayan lah time daki Gunung Tahan, tapi tu semua tetap tak mematahkan semangat I untuk tetap suka nak masuk hutan. Dah suka kan, apa saja sangguh ku redahi juga lah.
Haritu ada ajak Azreen daki Bukit Broga untuk hilangkan gian. Tapi disebabkan anak tak tahu nak suruh siapa jaga, dan Azreen sendiri pun tak berani nak bawa sebab Reezqy tu bukan jenis boleh dukung lama-lama, maka hasrat tu ditangguh dulu la. Nantilah, tunggulah Reezqy dah 2-3 tahun baru boleh diheret sama kot untuk aktviti outdoor ni.
Takpun, sekarang kan dah ada resort dalam hutan. Mungkin boleh dicuba kot. Salah satu resort yang I jumpa, dekat yang amat dengan rumah ialah The Dusun: Tropical Rainforest Resort. Kot tak nak camping, mungkin boleh cuba masuk hutan dan tinggal di resort kot. Haha. Cumanya kena sediakan duitlah kot nak bayar sebab harga sebilik untuk semalam agak boleh tahan. =)

Cantiknyaaa lahai. Kat Pantai, Negeri Sembilan je. Harapnya, yang real pun secantik macam dalam gambar juga lah. |
Rabu, 17 September 2014
Piknik di Sungai Tekala.
Banyak perkara yang terjadi di sekeliling sekarang ni buat I rasa bersyukur atas segala nikmat yang turunkan setakat ini. Alhamdulillah juga atas setiap dugaan yang melanda, walaupun terkadang rasa down sangat-sangat, tapi bila lihat orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat lagi, terus sedar diri yang ujian Dia bagi takdelah sehebat mana pun.
Sehingga hari ini, I masih terkejut lagi dengan berita itu. Tetapi atas sebuah persahabatan, I cuba handle sebaik mungkin sebab di ketika ini pepatah kawan gembira, kawan menangis bersama itu amat elok diguna pakai.

Hargailah semuanya yang ada di sekeliling kita, yang dipinjamkan Dia. |
Jumaat, 12 September 2014
Temptation - Drama Korea 2014
Nak share keminatan I dengan Azreen tentang cerita ni, dia macam layan tak layan, dengar tak dengar je. Nasib baik ada Cplud :p |
Cerita korea ni bukanlah pilihan pertama kalau nak tengok drama ke movie ke. Pelakon korea pun I tak berapa kenal. Banyak-banyak drama korea yang ditayang, dua drama je yang I follow hingga habis. Satu, Full House sebab cerita ni I tertengok episod satu then terfollow sampai habis. Kedua, My Girl. I tengok sebab adik I kata, heroin tu macam muka I. Disebabkan itu, i tengoklah cerita tu sampai habis. Haha.
Rabu, 10 September 2014
Akademi Fantasia 2014
Tak semua orang suka rancangan hiburan ni. Ingat dulu, I pernah berkawan dengan academician dan dia pernah tarbiah I dengan hebatnya bilamana satu hari dia tanya I tengah buat apa, I jawab, tengok Akademi Fantasia (AF)!
Kahkahkah.
Jangan buang masa tengok rancangan tak berfaedah katanya kat I!.
Kahkahkah.
Jangan buang masa tengok rancangan tak berfaedah katanya kat I!.
Lain orang lain pendapatnya. Lain orang lain kegemaran dia. Tak semua sama.
Isnin, 8 September 2014
Mewangi.
Selamanya…
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu…
Seumur hidupku hanyalah padamu
Waktu…
Dengarkanlah…
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah…
Ku menutup mata
Satukanlah hati
Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya…
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah
Mewangi ][ Akim
Khamis, 4 September 2014
Si gemok.
Sebelum pergi UTM Johor.
Azreen: Awak pergi sana jangan ngorat orang yang.
Ain: I tak gitu pun. Orang je yang sibuk ngorat I. Dulu pun, you yang ngorat I kan. Nak harap I tegur you memang sampai ke mati lah tak. Kan?
Azreen: Hmmm. Orang ngorat pun awak jangan layan tau.
Ain: Iye. Takkan adanya orang nak ngorat perempuan gemuk ni. So you patut bersyukur dengan kegemukkan I ni.
Azreen: Hmmmm.

Rabu, 3 September 2014
Cara simpan plastik.
I ada terbaca tentang cara simpan plastik ni tapi I tak ingat kat mana. Kalau tak silap I bloger tu tanya, korang simpan plastik macam mana?
So, kat sini I nak share lah cara simpan plastik. Tapi bukan i lah yang praktikkan. Ianya adalah cara BFF I, yang pada pandangan mata I nampak sangat kemas dan tak semak mata memandang. Haha.
Kalau korang rajin dan nak nampak comel je plastik-plastik bungkusan tu, sila cuba ini.
1. Sediakan plastik.
2. Lipat tiga jadi panjang macam tu.
3. Di bahagian hujung yang empat segi, lipat plastik tu jadi 3 segi.
4. Ulang lipat 3 segi tu, dan tinggalkan sedikit hujung plastik.
5. Bahagian hujung tu selitkan lah di ruang yang ado.
6. Siap.
Faham?
Lepas dah siap lipat tu, korang boleh simpan dalam bekas bertutup or kat mana-mana je lah simpan ikut suka.

Selasa, 2 September 2014
Review: Godaan.
Azreen, kalau I dah mula follow any drama tv, dia memang akan mula seriau. Haha. Sebab dia tau, macam mana sibuk ke apa ke I, cukup masa, mesti I dah terpacak pegang remote. Siap tidur, boleh bangun semata-mata nak tengok rancangan feveret :p
Sebelum ni, I tengok cerita Filipina di channel 133 pukul 8.00 malam. Memang follow cerita tu since dari episod 1 sampai lah minggu lepas drama tu dah tamat dah pun. Lepas dari drama Filipina tu memang takde hati dah nak follow mana-mana drama.
Sekali tah macam mana, tertengok pula drama Korea ni, terus tergoda, terfollow, dan hingga ke hari ini tak pernah miss lagi untuk menontonnya =)

Best angat-angat ni cerita ni! Kisah konflik perkahwinan kan, lagi-lagilah kita suka. |
Sabtu, 30 Ogos 2014
Salam Merdeka!
Alhamdulillah, dengan segala ujian, kemajuan, kejayaan yang datang dan pergi,
Sekali lagi, Malaysia menyambut kemerdekaannya.
Semoga Malaysia akan terus aman, damai dan tenang,
Semoga rakyat Malaysia akan terus berSATUPADU tak kira apa fahaman politiknya,
Semoga Malaysia akan sentiasa nombor SATU dalam segala aspek yang lebih kepada kebaikan di mata dunia.
Semoga Malaysia sentiasa dijauhkan dari musibah yang bukan-bukan.
Insha Allah.
p/s: Tak dapat nak bayangkan nasib kita semua, lagi-lagi anak-anak kita yang baru nak mengenal dunia tu kalau Malaysia berantakan. =(
Jumaat, 29 Ogos 2014
Tiba masa Iman Reezqy pula ke taska nanti.
Adik! |
Harap-harap adik ok lah nanti sebab pengalaman si kakak dulu, almost dua bulan lebih juga dia meraung pergi taska dan ambil masa untuk biasakan diri dengan rutin taska.
Hmm, anak ketiga nanti, terus hantar taska jelah. Senang sebab dari kecil dia dah biasa dengan environment taska.
=)
Langgan:
Catatan (Atom)