Nak share keminatan I dengan Azreen tentang cerita ni, dia macam layan tak layan, dengar tak dengar je. Nasib baik ada Cplud :p |
Cerita korea ni bukanlah pilihan pertama kalau nak tengok drama ke movie ke. Pelakon korea pun I tak berapa kenal. Banyak-banyak drama korea yang ditayang, dua drama je yang I follow hingga habis. Satu, Full House sebab cerita ni I tertengok episod satu then terfollow sampai habis. Kedua, My Girl. I tengok sebab adik I kata, heroin tu macam muka I. Disebabkan itu, i tengoklah cerita tu sampai habis. Haha.
Begitu juga dengan Temptation ni. I tertengok, terus jadi addicted. Tengok, sampai I post kat FB. Kalau dah post kat FB tu maksudnye memang I minat sangat-sangat lah tu. Lepas tu, I siap termimpi-mimpi lagi tau jumpa hero. Haha. Punya la teruk gila sampai termimpi.
Rancangan ni baru episod sepuluh. Tayang pulak dua hari je, Isnin dan Selasa. Nak tunggu next episod Isnin depan, rasa macam ishhhh lamanya lagi. So semalam, I dah tengok drama ni kat youtube sampai episod 18. :p Nampak, punyalah tak sabar nye!
Tunggu lagi dua episod je lagi sebelum drama ni habis. Haishhh, cepatlah keluar yang lagi dua episod tu. Tak sabar nak tunggu ending.
Apapun, conclusion yang boleh I buat setakat ini,
1. Perempuan ni selalunya, apa yang tersurat tu bukanlah seperti apa yang tersirat dalam hati dia yang sebenar. NHJ, kenapalah dari awal kau tak pertahankan even dalam hati sebenarnya sayang????
2. Dalam kes kecurangan rumah tangga, memang perempuan sokmo disalahkan. Tetapi dalam hal ini, lelaki juga adalah punca utama. Kalau tak melayan perasaan, tak menjadilah perasaan itu berkembang mekar wangi setaman.
Ok dah tu je.
Apapun, I sedang tak menyabar ni tunggu ending dia. Haishhh!
sebokk je azreen Jamian tu punye tanda soal. hahahaa
BalasPadamhahaha hebattt Ain,smp mimpi wooo.
BalasPadamcer tgk pakai laman web sensentv.com..dah ada rasanya..cita lain pun suma ai layan situ ja =)
http://sensen.tv/temptation/