1. Assalamualaikum Rayyan Daniyal.
Minggu lepas telah melawat BFF sekolah yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan diberi nama Muhammad Rayyan Daniyal. Penantian yang lama, akhirnya Tuhan makbulkan doa dia. Disertakan sekali dengan ujian yang I rasa kalau kena dekat I, I memang sangt memerlukan support dari rakan-rakan dan keluarga. Allah s.w.t tahu kau tabah dan kuat, sebab tu Dia datangkan ujian sebegitu. Allah s.w.t sayang kau tau!
Yang tengah ialah Affa. Ummi yang berbaju purple bersama baby Rayyan. Dear baby Rayyan, ketahuilah kehadiran kamu amat kami nantikan. Live update tau auntie-auntie semua tunggu tanpa jemu dari dalam perut sampai lah membawa ke labour room sampai lah tahu condition kamu. Semoga kamu membesar dengan bahagia dan gembira dan menjadi anak yang soleh kepada mama dan papa. Kehadiran kamu di dunia ini membuat auntie semua sedar kasih sayang Allah s.w.t itu didatangkan dengan pelbagai cara. Nanti-nanti kita jumpa lagi ye Baby Rayyan.
2. Makan-makan di rumah Makcik.
Maklang cantik tapi warna hitam (Iman Raneeya yang kata), Iman, Makcik, I, Aatif, Ikin dan Reezqy. |
3. Urusetia Seminar
Last week juga, Fakulti I busy dengan penganjuran Seminar. Sebagai salah seorang daripada AJK Protokol, memang dari mula, sebelum maljis, tengah majlis, habis majlis, AJK Protokol memang tak duduk diam. Sampai sakit kaki pinggang dibuatnya kesan tak duduk diamnya itu.
Ada yang berbunyi,
Alah, bukan ada Menteri pun datang, Perasmi pun wakil VC je, tak payah beriya sangat.
I senyum jelah mendengarkannya sebab dari perkataan orang itu sendiri pun memang dah menggambarkan diri dia sebenarnya. So sendiri faham jelah. Takkan nak tunggu Menteri datang baru bersungguh-sungguh nak tunjuk buat kerja. Takkan nak tunggu VC turun baru sunguh-sungguh nak buat-buat sibuk. Tolonglah ya manusia macam tu. Kerja tu kan amanah, tanggungjawab. Tak kira siapa pun client kita, patutnya kita bersungguh-sungguh dalam semua amanah yang dipertanggungjawabkan. Kami bukan kaki bodek pun, so kami tak perlu nak tunggu orang-orang besar turun untuk buat kerja betul-betul =)
This year, penganjuran Seminar buat kelainan sebab ada Dinner. So kena bertugas sampai ke malam jugalah nampaknya. Rumah mertua jadi tempat I anak beranak tumpang bermalam sebab balik lambat.
Next year kalau boleh I nak tukar jadi AJK Jamuan pula. Harap dipertimbangkan lah ye. Haha.
4. Potato Fritters.
Resipi yang tengah viral di media sosial sekarang. Nak resipi sila google ye. I dah try buat dan memang sedap sangat kalau makan panas-panas cicah sos. Lagi-lagi kalau goreng garing, memang lagi sedap lah.
5. JZ Cendol, Mantin
Us |
Mee Bandung, Mee Kari, Cendol Durian, Maggi Sup |
Nasi Goreng Kampung |
Since last week sibuk, memang tak berasap sangatlah dapur rumah I. So, memang menyinggah ke kedai tu jelah. Even kedai tu kecik je, tapi ok lah. Selesa. Kedai bukan dari Isnin sampai sabtu, pukul 9.00 pagi sampai ke 6 petang sahaja.
Korang jangan lupa try pelbagai variety cendol dia juga tau.
6. Malayan Stable, Nilai.
Satu lagi kedai makan yang baru di buka di Nilai. Malayan Stable. Nampak info kedai ni di Instagram haritu sebab Bob Azraai promote. Since tempat baru, kami pun pergi mencuba. Ok lah food dia. Western menu dengan air, makan tiga orang, RM42. Cumanya, rasa dia tak menepati piawaian tekak western I. Lain orang, lain pendapatnya ya. So, better korang pergi cuba dulu, kemudia baru buat penilaian.
Tapi ada satu part yang bagus kat kedai ni, selain dari ID kedai yang cantik, diorang juga menyediakan ruang untuk anak-anak bermain. Untuk 10 minit pertama memang bertahan lah The Imans dalam tu. Lepas daripada tu, terus jadi chaos dalam kedai. Maka, I pun kenalah suap laju-laju dan muka Azreen pun terus bertukar jadi naga dah. Tu lah cabaran kami kalau makan di luar. Haha.
7. New gajet: Mini Sewing Machine.
Beli kat Lazada, kirim kat Ummi. RM51 je. Setakat ni, I baru keluarkan dari kotak je dan check barang ok ke tak. Belum guna lagipun. Tak payah lah nak tempah langsir or peplum ye kawan-kawan, sebab I beli benda ni untuk dibuat jahit seluar koyak, baju koyak sesikit tu je nye pun. :p
8. Urusetia Bengkel Pelajar
Last weekend juga, I jadi urusetia bengkel pelajar di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Cantik tempat tu tapi satu yang tak best line phone hazabedah payah. Memang terputuslah satu hari setengah hubungan media sosial I dengan dunia luar. Kahkahkah.
tetiba lak teringn rendang nasi impit kuah kacang.. sobsss.....
BalasPadamsabtu ni nak try la kedai mantin ko tu...
maklang putih laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadam