Jumaat, 19 September 2014

The Dusun dan Tanah Aina

I suka hutan. Suka kehijauan. Suka sungai. Dulu masa kecil selalu berangan, ada rumah sendiri, ada sungai kat belakang rumah, nanti petang-petang boleh minum petang kat tepi sungai. Haha. Berangan kemain!

Sampai sekarang pun, tetap sama. Masih suka hutan. Masih suka mendaki. Masih suka piknik kat sungai. Even ada pengalaman yang buruk time masuk hutan seperti kena histeria la di Lata Kijang, nampak nenek kebayan lah time daki Gunung Tahan, tapi tu semua tetap tak mematahkan semangat I untuk tetap suka nak masuk hutan. Dah suka kan, apa saja sangguh ku redahi juga lah.

Haritu ada ajak Azreen daki Bukit Broga untuk hilangkan gian. Tapi disebabkan anak tak tahu nak suruh siapa jaga, dan Azreen sendiri pun tak berani nak bawa sebab Reezqy tu bukan jenis boleh dukung lama-lama, maka hasrat tu ditangguh dulu la. Nantilah, tunggulah Reezqy dah 2-3 tahun baru boleh diheret sama kot untuk aktviti outdoor ni.

Takpun, sekarang kan dah ada resort dalam hutan. Mungkin boleh dicuba kot. Salah satu resort yang I jumpa, dekat yang amat dengan rumah ialah The Dusun: Tropical Rainforest Resort. Kot tak nak camping, mungkin boleh cuba masuk hutan dan tinggal di resort kot. Haha. Cumanya kena sediakan duitlah kot nak bayar sebab harga sebilik untuk semalam agak boleh tahan. =)

Cantiknyaaa lahai. Kat Pantai, Negeri Sembilan je. Harapnya, yang real pun secantik macam dalam gambar juga lah.



Bayangkan bawa Reezqy sambil lalu kat sini. T___T Confirm dia takkan ikut track yang disediakan. Tah mana-mana dia lari nanti. Nak mengejar dia lagi, kakaknya lagi. Ya ampunnnn. Tapi sejuk je kan mata memandang kehijauan tu?

Tempat kedua yang agak best untuk pergi kalau ada duit lebih ialah Tanah Aina Eco Tourism Resort. Yang ni kat Pahang. Review bloger ramai yang kata best. Harga bilik pun sama best juga.

Salah satu bilik yang ada. RM480 kot pakej untuk yang ini kalau tak silap. I dah bayang siap-siap dah kalau bawa anak-anak ni. Mesti tak ghupa  ni dah nanti kalau dapat kat the Imans. Haha.

Tanah Aina yang lawa nau nau nau.


=)


Sumber Gambar: Website The Dusun & Tanah Aina.

9 ulasan:

  1. wow!serius..mane2 yg minat atau berangan nak miliki umah dlm hutan..mmg cantik la pegi sini kan..
    Sejuk je tgk..kehijauan hitan nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niey memang wajib pergi ni utk siapa yg suka hijau amai damai tenang tu. Haha.

      Padam
  2. Balasan
    1. Mi, ko pergi aku tolong jaga nuqmans, aku pergi ko lak jaga the imans. boleh? :p

      Padam
    2. xleh pegi time perot beso. xleh mandii.. tunggu perut kecik dulu. hihihihih

      Padam
  3. dua dua ni in bucket list ida.. tapi duit je nan hadooo HAHAHHAHA kannnnns

    BalasPadam
  4. Lawaaaaa ! Kita suke hijau. Tapi bila masuh hutan dalam dalam jadi gelabah. Hahahaha. Haritu pergi Mossy Forest Cameron pun dah gelabah itik. Hahahaha. :P

    BalasPadam
  5. tenangnye kalau dapat gi. cantikkk!

    BalasPadam
  6. Harap2 yg real pun sama lawa mcm dlm ni,smbil baca sini smbil gugel tgk tmp ni,Tanah Aina tu nmpk menarik,harga pun agak mahal lah kan,nk plak kira by person..kalo setakat smlm tu ok lah,kalo 2 3 mlm mau senget ni Ain.hahaha

    BalasPadam