Rabu, 31 Disember 2014

Patutnya kita bersatu.

Sejak banjir ni, kadang-kadang rasa malas nak buka FB, nak tengok newsfeed FB dan segalanya berkaitan FB. Jadi malas sebab tengok cerdik pandai yang suka forward itu ini tentang banjir. Entah betul entah tidak info yang disampaikan tapi semua main forward sesuka hati. Itu belum masuk yang nak jadi YB, yang keyboard warrior yang nak post dia sentiasa hit sokmo, yang terlebih emosi mengalahkan dia pula yang mangsa banjir dan tah apa-apa lagi.

Bila Tuhan turunkan musibah, Dia nak tengok perangai sebenar kita sewaktu dia turunkan ujian, adakah kita sabar dan tabah atau sebaliknya ~ DFK

Ya, sangat betul ayat tu. Dikala musibah banjir ni memang dapat tengok true color orang Melayu. Lagi sedih, seorang Melayu dan seorang Islam tapi bila musibah datang, jadi lupa diri dan hilang  arah juga pedoman.

Satu lagi, banjir pun nak dipolitikkan. Yang main golf tu  pula disibuk-sibukkan. Aib orang pula yang sibuk di war-warkan. Macam diri tu sebaik-baik umat tak pernah buat kesalahan tapi diri sendiri pun tak  turun padang. Bila  dah turun padang, diviralkan pula kehadiran mamat tu yang disambut dan ditatang walaupun ketika banjir.

Di kala  musibah melanda ni, tak kira kau dacing ke kau bulan ke atau kau separa bulan, or whatever parti yang kau suka,  patutnya kita bersatu menghadapinya. Ketepikan fahaman jahanam tu dan terus bersatu membantu bangsa sendiri.

Bersatulah Melayu supaya tidak terus layu.

3 ulasan:

  1. orang yang komen mengutuk. mengaib. mengkritik. lagi teruk dari orang yang diam tapi tidak membantu!!

    BalasPadam
  2. betul tu!yang complain tu yang ramai dari yang membantu...huhu

    BalasPadam
  3. betul tu kak..sindir menyindir dibudayakn orang melayu la..

    ♥ Mereka perlukan sokongan moral ♥

    BalasPadam