Isnin, 1 Disember 2014

Riadah: Eco Hill Park Semenyih

Last week I attend Majlis Perkahwinan anak jiran sebab Ibu minta wakilkan dia. Maka, I heretlah adik-adik sebab tak mau pergi sensorang.



Balik dari majlis kahwin tu kami singgah di Eco Hill Park, Semenyih. Tak sangka betul kat kawasan perumahan yang sedang naik tu ada terselit taman yang cantik lahai. Ramai juga pengantin shoot outdoor kat sini.

Setelah becak ketiak, kami sampai juga di puncak Eco Hill. 
Eco Hill Park ni tempat riadah yang unik sikit bagi I sebabnya kau kena joging sambil mendaki bukit. Haha. Sesuai lah dengan nama dia yang ada Hill tu kennnn.

Ni kat atas bukit ni. Dari atas ni, boleh nampak semua kawasan perumahan yang dalam pembinaan.

Duduk kat atas ni berangin je. Best layan perasaan. Nampak tu, Reezqy melayan perasaan.

Don't worry lah. Tak tinggi mana pun bukuittnya. 92.1 meter je. Tapi kalau kau naik dengan Iman Reezqy yang sibuk berlari dan memaksa kau berlari sama, memang terasa macam 921 meter juga tingginya. Haha.

The Kiddos.

Xplore: memang habis semuanya di explore oleh bebudak ni.

Ha, nampak! Sorang nak ke sana, sorang nak ke sinun. Haishh.

Iman Raneeya terpaling terkehadapan je. Risau betul dengan budak ni. Mak kau risau, takut kau hilang nak oi. Dah lah sekarang ni macam-macam kes culik nya. 

Ha, nampak belakang tu. Sesiapa yang ada beli rumah kat Eco Hill, kat belakang tu rumah korang lah tu. Sedang dalam pembinaan. 

Kesukaan Reezqy sekarang ni, gelonsor. Dah pandai dah sekarang, main benda ni sampai  tak mahu balik.

4 ulasan:

  1. Wahhh ! Cantik tempat dia. Kalaulah tahu awal bolehla outdoor kat sana. Huhuhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eleh, tempat outdoor dia mmg cantik dah pun.

      Padam
  2. kahkah ape salahnya becak ketiak sekali sekala

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak salah becak ketiak Qis oi, tapi kalo dgn sport outfit aku xdelah kisah. Haha.

      Padam