Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan

Isnin, 25 Ogos 2025

Bila Rindu Bertandang: Resipi Lauk Tempoyak Daun

Salam semua,

Sejak Ibu takda, kalau rindu tu datang, mesti I akan masak lauk yang arwah Ibu selalu masak. Kali ni, try buat lauk tempoyak daun lak. Dulu, seingat I,  ada post dalam blog time I buat dengan arwah Ibu. 

Ya, memang ada, tapi tak berapa lengkap RESIPINYA.
Dan, kan main teruk lagi menulis dulu-dulu ya.
Bahasa dak-dak wechat bethoool!😆

I love pasar malam! Semua ado. Ni beli pucuk ubi, RM5 untuk 3 ikat. Lepas tu adik tu bagi free lagi seikat. Total belanja ni RM20 tak masuk petai. Petai tu beli tempat lain dengan harga 5 papan RM10.

Untuk menghasilkan lauk tempoyak daun ni, perlu sekampung sebenarnya untuk masak. Sebab tu lah, lauk ni time kenduri-kendara je boleh jumpa.

Ya Allah, azab betul nak menyelesaikannya. I buat lauk ni ambil masa seminggu. Jumaat malam hiris pucuk ubi, serai, pucuk kunyit, daun selasih. Simpan kat frozen. 

Cari pula pucuk kaduk. Selasa next weeknya baru jumpa. 
Lupa beli santan dengan udang, hold dulu masak.

Barang dah ada, mood nak masak lak hilang. 
So, jumaat malam la baru semangat datang.


Pucuk ubi ni sebab dah simpan frozen, warna jadi tak lawa, so I rebus sekejap. Sekali la tu buang air pahit pucuk ubi. Nampak kasar kan I hiris? Haha! 4 ikat pucuk ubi koooo. Banyak nau! Letih tangan menghiris sorang-sorang.


Step pertama nak masak, gaul semua (serai, petai, tempoyak, ikan bilis, cili padi yang dah blend dengan kunyit, segala-mala daun kecuali pucuk ubi)


Dah elok sebati (lawa warna kuning tu sebab guna kunyit hidup blender dengan cili), masukkan semua dalam periuk, gaul lagi, then hidup kan api. I tak tahu nak masukkan udang waktu bila, sebab time buat dengan arwah Ibu, dia tak letak. I agak-agak je la, dah mendidih baru masuk udang. 


Tadaaaa, hasilnya! Alhamdulillah, sedap macam arwah Ibu buat.


Sedekah kan juga pada kawan-kawan.



Buat ayam sambal juga sebab dekat rumah semua tak makan tempoyak dan bawa separuh ayam sambal ke office. Office mate pun tambah-tambah lauk, terus jadi meriah makan kat pantry.

Untuk pak mertua pun I siap tapaukan sebab pak mertua sukooo lauk tempoyak daun ni.


Kalau lauk pelik-pelik ni, bila masak memang kena bawa office. Husband tak makan tempoyak. So, kena makan dengan kawan-kawan je lah.

Sambil makan, sambil mengimbas kenangan dengan arwah Ibu. 
Rindunya! 


"Ya Allah! Ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil."

Selasa, 28 Mei 2019

Cara bersihkan periuk kera & masak pulutnya

Salam semua,

Hari ni nak share cara bersihkan periuk kera dan cara masak pulutnya.

Firstly, gunting muncung periuk kera, basuh bersih segala kotoran yang ada. Sila berzikir dan bertabahlah ketika membersihkan 🤣

Lagi cenonet lagi rumit dan bersihkan. Time kanak-kanak dulu, kalau kena buat benda ni, memang stress yang amat. Kalau boleh pilih antara mengaji dan cuci sarung periuk kera, rasanya rela lagi mengaji. Haha.



Gunting juga bebulu kat tepi tu. Tak nak pun takpa, takda siapa marah pun. Macam ni lah rupa periuk kera yang telah bersih dan sedia digunakan.

Next, cara masak pulutnya.

Basuh bersih sekilo pulut, toskan dan gaul dengan santan (guna sebelah kelapa je sebab tak suka lemak sangat. Kalau ibu memang dia guna sebiji kelapa). Perasakan garam & gula. 

Isikan pulut dan santan ke dalam sarung periuk kera. Santan perlu menutupi beras. Santan berlebihan akan menyebabkan pulut lembik. Tapi kalau suka yang lembik ok je. I suka yang berasnya nampak butir-butir.

1kg pulut, sebelah kelapa (kalau nak lg lemak lebih lg santan tp ingat kalori juga ye 😛), akan dapat dalam 35-40pcs (ikut size sarung periuk kera)




Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Sedia di makan bersama rendang atau sambal tumis ikan bilis 😋


Ada yang tanya, apa rasa periuk kera ni?
Rasa dia macam lemang tu juga, tapi tanpa kerak. Lemang periuk kera ni juga lagi lembut dari lemang bakar.

Sekian, dan selamat mencuba!

Selasa, 9 Oktober 2018

Ayam Karapole yang senang giler masak, rasa sedap.

My sexylicious Ayam Karapole (Daun Kari)

Haha.
Terjebak sebab tengok post Peej Burhan kat IG, terus 'ter'masak.
I bukan boleh tengok resipi sesenang ni, memang laju ajelah buat.

Amazingly, Ya Tohan sedap lauk ni kat tekak I.
Memang akan selalu repeat lah.
Untuk adik I dan suami yang pencinta ayam, korang akan jumpa resipi baru ni selalu ye.

Rasa dia ala-ala rendang tapi lite lite aja, ala-ala masak lemak tapi thick sikit, yang penting, rasa karapole mengancam tu yang buat selera makan.

Untuk yang tak tahu, karapole tu DAUN KARI ye tuan puan.

Meh nak share resipi dari Peej Burhan. Ada la I edit sesikit ikut apa barang yang ada, dah i tumis sikit sbb suka bau daun kari kena minyak panas tu.

Resipi Ayam Karapole

8 ketul ayam (goreng half cooked)
*2 ulas bawang putih
*3 biji bawang sederhana besar
*1 inci halia
*1 genggan cili kering
(bahan bertanda * blender)
4 pelepah daun kari
1/2 kotak santan

Cara masak:
Panas minyak, tumis dua pelepah daun kari, masukkan bahan blender.
Tumis sampai pecah minyak, masuk ayam, masuk santan, masuk lebihan daun kari, perasa garam gula. Siap!

Isnin, 6 Ogos 2018

Kerabu sotong as simple as ABC!


Haritu office ada buat bengkel, then staf ada yang potluck bawa makanan untuk tambah-tambah lauk. My bos pun salah seorang yang bawa makanan. Dia bawa kari udang dan kerabu sotong.

I jatuh cinta dengan kerabu sotong ni terus mintak resipi.

Kerabu ni ala-ala kerabu Thai sebab dia tak macam kerabu Malaysia yang ada letak kerisik.

Resipi Kerabu Sotong 

A. Sotong/Udang/Kedua-duanya ikut suka nak banyak mana dicelur agak-agak bagi lembut

B. Bahan cincang/hiris halus:
1. Sebiji bawang besar
2. Dua biji tomato
3. Sebiji cabai hidup
4. Sebiji timun
5. Enam keping daun limau nipis
6. Daun ketumbar dan daun bawang - ikut suka nak letak banyak mana dan cincang halus
7. Cili padi - ikut suka kalau nak pedas letak banyak lagi
8. Sebatang bunga kantan
9. 2 keping limau nipis

C. Sos
Sos ikan + garam + gula + cuka (i tukar guna lemon) - gaul rata

Cara-cara:
Campur bahan A, B dan C dalam satu mangkuk, gaul rata, siap dan boleh dimakan.



Best sangat kerabu ni. I buat, i lawankan dengan sambal goreng bilis tempoyak, goreng telur dadar. Mak oiii kesedapannya, sampai rasa nak menambah nasi.

Haha.

Tapi bila mikirkan yang kalau kau tambah nasi, sia-sia ajelah kau menjaga makan kau dan buang masa ajelah kau bersenam, terus kita ratah lauk ajelah =p

Come on Ain, beringatlah yang berat kau dah semakin menghampiri angka enam! Tak happy ke kau? Walaupun makanan tu sedap, tapi kalau berat cecah angka enam, lagi bahagia kot hidup kau! Berbaloi kot ko buang masa terkulat-kulat makan buahan, jauhi nescafe yang sedap dan bangun pagi masak bekal tu!

Ya Allah ya Tuhankan, kuatkanlah iman  I yang tak konsisten dalam bab makan ni =(

Teruskan usaha kalau nak merasa cecah angka lima lak ya *mata ke atas*

Wassalam.


Rabu, 24 Januari 2018

Resipi viral: Apam Tiga Bahan

Hai semua!

Tengok resipi Wahida, terus rasa nak buat untuk minum petang tapi ada  masalah lak bila I takda ovalette. Kita belasah ajelah, sambil berdoa apamnya menjadi.

 Ahamdulillah, elok menjadi dan gebu apamnya. Sedap aja makan panas-panas sambil minum kopi O panas. Husband pun suka siap suruh buat lagi esoknya.

Time mengadun kuih ni, Iman Raneeya siap tanya,

Mami kakak nak tanya boleh?
Boleh kak. Apa dia?

Mami sebenarnya Chef kan?

Haha! Gelak besar I dengar.

Bila tanya kenapa dia tanya macam tu, dia jawab,

Mami ni semua Mami tahu buat. Masak lauk, masak kek, buat kuih.

Haha!
Tak payah lah nak kagum sangat kakak. Nanti kakak dah kahwin, automatik semua benda kakak tahu buatlah. Lagi-lagi dengan adanya bantuan Google dan media sosial semua, lagi senang dan mudah nak dapat resipi untuk memasak ;)

Esoknya, buat lagi tapi kali ini I cuba bakar lak dengan oven. Adunan tu, i tambah sesudu perasa pandan sebab nampak kat IG orang buat kek pandan, terus teringin-inginkan  bau pandan memenuhi ruang rumah.

Ok, pada yang nak cuba, nah I bagi resipi I copy dari Wahida.

Resipi Apam Tiga Bahan

3 biji telur
1 cawan gula (I tak penuhkan cawan utk bancuhan kedua sebab rasa manis pula bila try kali pertama)
1 cawan tepung gandum
1 sudu esen vanila (tiru Wahida sebab nak hilangkan bau hanyir telur)

Cara-cara:

1. Pukul telur, esen vanila dan gula sampai kembang betul. (Ini penting! Kalau tak kembang, kang apam tak naik, tak menjadi)
2. Dah kembang, masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3. Letak pewarna ikut suka.
4. Masuk dalam acuan. Didihkan air.
5. Kukus kuih 20 minit atau sehingga masak. Kalau bakar, panaskan Oven 150 darjah celcius, then bakar 20 minit.

Rabu, 7 Disember 2016

Resipi: Roti John campak-campak.


Bahan-bahan:
1 ketul roti frankfurter gardenia
1 biji telur
*Sedikit garam
*Sedikit lada sulah
*Sedikit lada hitam
*1/2 sudu rempah kari
*Daun sup/bawang ikut suka nak banyak mana
Sedikit planta


Cara-cara:
1. Panaskan sedikit planta
2. Pukul telur dan masukkan bahan bertanda *
3. Tebar atas kuali telur tadi
4. Belah roti dan sapu planta
5. Telangkupkan roti atas telur yang telah ditebar
6. Masak dan boleh dimakan bersama mayonis dan sos cili.

Rabu, 15 Jun 2016

Ais krim buatan tangan resipi paling mudah dan tak banyak bahan.

Meh try meh resipi viral kat FB ni. Dah adjust sikit, sebab yang kat FB tu buat sampai dapat dua bekas, tapi kita adjust dia jadi sebekas je.

Suka nau adjust resipi orang tau. Haha.

Bahan-bahan:

Setengah tin susu pekat manis
1 tin (guna tin susu yang sama) air
1 sudu teh penuh tepung jagung
1 sudu teh penuh ovalette
1 sudu teh esen vanila
*lain-lain perasa ikut suka

Cara-cara:





1. Campur susu, air dan tepung jagung. Masak atas api perlahan dan sejukkan.

2. Dah sejuk betul (make sure sejuk betul ye. I is tak sabar. Dia suam lagi, dah pi mixerkan, terus dia jadi tak berapa pekat), guna mixer masukkan ovalette dan esen vanila, pukul guna kelajuan paling tinggi sampai adunan jadi dua kali ganda kembang (ala-ala adunan kek tu)

3. Bila adunan dah pekat, kot nak buat dua perisa, bahagi dua lah adunan tu. I buat satu strawberry, satu biar putih je, perisa vanila.

4. Masuk dalam bekas. Simpan semalam, esok dah boleh makan.

*Boleh juga campur perisa lain seperti perisa mangga, koko, milo, biskut orea. Ikut suka, ikutlah kreativiti masing-masing.



Rabu, 30 Mac 2016

Nasi Daging Air Asam


Dulu, time pregnant kan Iman Reezqy, ngindam benda ni juga. This time pun sama. Dah lah nasi ni ada kat Pokok Sena, Kepala Batas nunn je. Maka, this time meh la kita  buat sendiri dan makan sampai puas.

I google resipi yang paling simple dan tak complicated sebab tak nak stress kan diri sendiri. So, resipi dari Eny Abdullah menjadi pilihan hati.


Resepi Nasi Daging Kedah

Bahan sup untuk dibuat stok:
1kg daging lembu - dipotong kiub besar-besar (I buat setengah kilo je. Almaklumlah, husband tak layan nasi)
2-3 inci halia - dipotong nipis
1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa


Cara-cara :
Rebus daging bersama semua bahan-bahan lain sehingga lembut dan empuk.
Asingkan daging. Simpan 8-9 cawan air untuk stok nasi.
** Baki stok boleh dicampur lagi air untuk dijadikan sup untuk dihidangkan bersama nasi.


Bahan-bahan Nasi:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi (I guna minyak masak sebab itu je yang ado)
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras siam (I buat dua cawan je)
8 cawan air rebusan daging - (I sukat dua cawan nasi dua setengah cawan air daging)
2-3 helai daun pandan - disimpul (tak letak sebab malas nak pi ambil kat luar)
1 sudu besar rempah sup

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus


Cara-cara :
1. Cuci beras dan tapis airnya di dalam penapis.

2. Panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk rempah sup. Tumis sehingga naik baunya.

3. Masukkan air rebusan daging, biar sehingga mendidih, kemudian masukkan beras dan daging yang telah direbus. (Kemudian I transfer to rice cooker)

4. Masak seperti masak nasi biasa sehingga kering airnya.


Resepi Air Asam Tomato 
(Untuk air asam ni, I ikut resipi kak Ipar sebab I selalu makan air asam dia buat dan rasa dia sama dengan air asam nasi daging yang I makan.)

2 sudu besar belacan bakar - dibakar/digoreng
4-5 biji cilipadi
1/2 cawan air asam pekat
4-5 biji tomato - dihiris nipis
2-3 ulas bawang besar - dihiris nipis
3-4 biji cili merah - dihiris nipis
Garam gula ikut suka nak  banyak mana


Cara-cara :
1. Tumbuk belacan dengan cili padi. Letak garam sikit.

2. Campur cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, dan air asam. Masukkan campuran belacan dan cilipadi tadi. Gaul rata. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.

3. Siap dan boleh makan sampai lebam!

Ikut resipi Enya Abdullah ada pajeri terung, tapi Nasi Daging yang I makan sebelum ni takda, so I tak buat lah.


Resipi ni bila korang tengok on paper/blog, memang nampak panjang dan macam susah je tapi bila dah buat, hek elehhhh, kacang goreng je macam buat nasi ayam tu.

Pi lah buat korang, sedap sangat ni.
I makan bertambah-tambah sampai Azreen cakap, Ingat diabetis yang, ingat diabetis oiii.
Haha!

Jumaat, 25 Mac 2016

Biskut nestum campak-campak.


Kemas-kemas kabinet, terjumpa lak nestum tak guna lagi. Ni kes beli tahun lepas, konon tak nak makan nasi, nak makan nestum je, tapi nan hadoo nya nestum berusik.

Check expired date, lagi dua bulan expired. Terus laju-laju fikir nak buat apa.

Nak buat popia nestum, macam malas je nak gulung-gulung.
So, kita buat biskut jelah. Senang, campak je semua nestum dalam tu.
Haha.

Resipi Biskut Nestum Campak-campk Easy Breezy Mudah Je.

Bahan A.
3/4 cawan gula *blender
1 cawan planta
2 biji telur
1 sudu teh esen van

Bahan B.
2 cawan nestum
Tepung secukup rasa =p

Gaul rata semua bahan A. D
Dah sebati, masukkan nestum.
Gaul lagi.
Kemudian masukkan tepun, ikut lembut mana kita nak.
Bulat-bulatkan ikut suka nak bentuk apa.
Golekkan dalam balance nestum.

Panas oven sesiap.
Bakar hingga masak.

I bakar dalam 10-12 minit.
Siap yang rentung pun ada.
Sebabnya melayan the Imans yang sibuk nak tolong sama.

Kalau nak sedap lagi, boh sikit tepung jagung.
Tapi, tepung jagung takde, so kita guna apa yang ada je lah.

Next,
Nak buat biskut chocolate chip lak.

Iman Raneeya siap cakap,
Mami kemas rumah, buat kuih,
Kita nak raya ke Mami?

Haha!
Mahapkanlah Mami mu ini anak.
Mood tak tentu arah rasa di kala merandung ni.
Layan je la ye.

Isnin, 6 Julai 2015

Resipi: Soda pudina lemon berlongan.


Dari sehari ke sehari I nak buat air  resipi si Wahida ni, tapi tak juga buat-buat. Manjang tak cukup je bahannya. Daun pudina ada, lemon takda. Lemon ada, ais krim soda lak tak jumpa. Hai la hai.

Alhamdulillah, time Iftar dengan saudara-mara kat Melaka haritu, tercapai juga hasrat nak buat air ni. Since I tahu pakcik I, si tokey air, dah confirm air dia ada macam-macam jenis, so, air I tu I  bancuh sebotol je lah. Konon  I dan husband je lah nak merasa.


Tapi tak sangka betul, air yang I buat tu menjadi rebutan semua sampai tak laku air yang pakcik I buat. I dengan husband dapat minum seorang secawan je. Ampun lah pakcik ya sebab air tu jadi rebutan dan menewaskan 4 jenis air pakcik yang lainnya. Haha.

So, meh kita kongsi resipi air yang sedap dan jadi rebutan tu. Mudah nau-nau sangat nak membuatnya. Rasa pun sangat menyegarkan.

Bahan-bahan:

1 botol besar  Air Ais krim soda
2 biji Lemon
Segenggam daun pudina
1 tin buah longan (airnya dibuang)


Cara-cara:


Campur semua bahan dalam satu juga. Kacau bagi sebati. Tunggu waktu berbuka. Minum dan nikmatinya. Mmmmmm so refreshing!

Selamat mencuba!


Jumaat, 19 Jun 2015

Resipi Apam Nasi Mudah



Bahan-bahan:

1 peket tepung beras
1 cawan nasi (I guna tapai pulut)
3/4 gula (boleh adjust ikut nak manis mana)
1 sudu teh ibu roti
1 sudu teh eno
3 cawan air (kalau pekat, tambah lagi air)
Pewarna makanan (kalau suka)

Cara-cara:

1. Blender nasi/tapai pulut. Masukkan tepung, air, blender semua sekali.
2. Masukkan dalam bekas. Campurkan ibu roti dan eno.
3. Biar adunan naik dua kali ganda.
4. Bahagi-bahagi adunan dan campurkan pewarna yang disukai.
5. Kukus hingga masak (dalam 15-20 minit).

Tips:

1. Seeloknya, adunan di bancuh malam, paginya baru dikukus.
2. Tutup pengukus dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke apam.

Jumaat, 5 Jun 2015

Makanan: Kuih Serabai


Kuih Serabai, atau I panggil Seghabai ni selalu ada bila ada orang meninggal kat kampung I. Tak tahulah sama ada ia memang dah jadi amalan kat kampung I atau kat tempat lain pun sama juga sebab tiap kali ada orang meninggal, untuk kenduri arwahnya nanti, mesti orang kampung akan bergotong-royong buat kuih ni. I panggil kuih ni dulu, kuih orang mati :p

Kuih serabai ni seakan-akan lempeng, rasanya lemak-lemak kelapa. Teksturnya pula, bila makan, akan rasa kasar je tepungnya tu sebab ada campuran kelapa dalamnnya. Cara makannnya, dicicah dengan kuah gula yang dimasak dengan pisang. 

Arwah Mak iaitu Nenek I dulu paling suka makan kuih ni, dan paling suka buat. Lagi dia suka, bila masak dekat tungku kayu. Memang berasap lah biji mata kau mengadap nak buat satu-satu. Haha.

Rabu, 18 Februari 2015

Resipi kuih seri muka mudah.



Bahagian Hijau

1/2 biji kelapa diblender dengan dua cawan air = 2 cawan santan
1 cawan tepung gandunm
1/2 cawan tepun ubi kayu
1 biji telur
Daun pandan ikut suka nak banyak mana + blender dengan secawan air
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Gula ikut nak manis mana (I letak setengah cawan)
Sedikit garam


Bahagian Pulut

300 gm/1 cawan beras pulut (direndam dalam 2-3jam)
1/2 biji kelapa diblend dengan dua cawan air
Sedikit garam
Sedikit gula *optional


Caranya:

1. Blender kelapa dan dapatkan santan. Santan digaul dengan sedikit garam dan gula.
2. Gaul rata santan dengan  beras pulut yang telah dibasuh bersih. Kukus pulut sehingga masak.
3. Pulut yang dah masak, ditekan-tekan dan dipadat-padatkan. Ketepikan.

4. Blender daun pandan dengan kulit kayu manis dan bunga lawang. Dapatkan air yang telah ditapis.
5. Blender kelapa untuk dapatkan santang.
6.  Dengan menggunakan blender, campur santan dengan air pandan, tepung gandum, tepung ubi, telur, garam dan gula. Blender hingga sebati.
7. Tapis adunan dan letakkan di bahagian atas pulut yang telah ditekan. Kukus 30 minit atau sehingga masak.
8. Siap.

Selamat mencuba.

p/s:
1. Resipi mudah dari ibu.
2. Kulit kayu manis dan bunga lawang akan menghasilkan bau yang wangi.
3. Untuk bahagian hijau, nak lagi cantik boleh letak sedikit pewarna sebab warna pandan nampak pudar.

Rabu, 11 Februari 2015

Cara masak periuk kera.

Dulu, masa nenek I masih sihat, agak-agak dia malas nak berpaneh bakar lemang time nak raya, dia akan order je periuk kera untuk ganti lemang. Dulu, seratus biji RM10 ringgit orang kampung jual. Tapi sekarang dah naik RM5. Mungkin dah susah kot nak jumpa, tu yang naik RM5.

Pokok periuk kera ni tumbuhan karnivor tau. Dia ngap serangga! Nama saintifiknya, Nepenthes spp. Hebat tak hakak sampai nama saintifik pun tahu? Hahha. Google je la tu :p

Ibu ada bekalkan I time Raya Haji haritu periuk kera ni, tapi sebab I dah lupa, simpan dalam periuk kukus, terus ia mengering je dah. Yang bagusnya periuk kera ni, even simpan lama, ia masih boleh digunakan.

So, disebabkan tak tahu nak bawa  potluck apa time Blogger Gathering haritu, maka I laju-laju beli beras pulut dan santan untuk masak benda ni.

Sebelum nak digunakan, I rendam semalaman dan bersihkan bahagian dalam periuk ni. Dah bersih, keringkan.

Selasa, 28 Oktober 2014

Masak campak-campak lagi.

Bawang didadu, bawang putih dihiris, goreng sampai layu. Campak tomato yang dah dipotong dadu, goreng sampai layu juga. Masukkan ayam cincang. Dah keluo air, masukkan sos tomato prego tu. Dah didih boh la garam, lada hitam, lada sulah or perasa ke ikut suka nak letak banyak mana. Since anak pun nak makan, maka mak pun beralah lah, tak masukkan cili dalam kuah bolognese nye. Cili padi kita buat ulam je sudah.

Sup daging korban bersama kobis dengan  carrot. Ni tak payah ajar pun, lelap-lelap mata korang boleh buat.

Isnin, 25 Ogos 2014

Resipi ringkas.

Resipi ringkas yang boleh dicuba!

Roti panggan bertelur keju.

Roti  goreng lapis keju celup telur

Rabu, 16 Julai 2014

Masak campak-campak: TELUR BISTIK


Asyik telur dadar, telur mata, so kali ni, kita layan telur bistik lak. Resipi ni haritu tengok kat BLOG CIKNA, tapi tak salin, so, time buat main campak-campak je lah.

Bahan-bahan:
3 biji telur - goreng dadar
Sekeping daging cincang (guna daging burger)
Selabu bawang dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Dua sudu cili mesin
Sesudu sos cili
Sesudu sos tiram
Sesudu kicap manis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah bawang putih sampai layu.
2. Masukkan cili mesin, goreng sampai garang.
3. Masukkan daging. Biar daging masak sampai keluar air.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis. Kalau rasa macam kering, tambah air sikit.
5. Dah menggelegak dan masak, terus siram pada telur dadar.
6. Siap untuk dimakan.


Isnin, 14 Julai 2014

Masak campak-campak: URAP PEGAGA


Bahan-bahan:

Selabu bawang saiz sederhana
Seulas bawang putih
7 ulas cili padi (kalau untuk resipi orang berpantang, toksah letak cili)
Segengam kelapa parut
Segengam kecil ikan bilis
Secekak pegaga dihiris (taknak hiris pun boleh, tapi kot tercekik pegaga time makan nanti, pepandai sendiri lah ye)


Cara-cara:

1. Kecuali pegaga, bahan yang lain tu sila tumbuk dalam lesung termasuk kelapa sekali.
2. Dah tumbuk ikut suka halus mana nak, sangai (goreng bagi kering) segala bahan tumbuk atas kuali tanpa minyak.
3. Nampak macam dah kering, masuk pegaga dan gaul rata.
4. Kalau nak nampak cantik, boh la sikit kunyit bagi kalerful. Haha.
5. Dah masak, campak garam ikut banyak mana yang korang suka.
6. Siap dan boleh dimakan dengan nasi panas. Yummy.

Sabtu, 7 Jun 2014

Jom cuba: Infused water.



Why you should drink infused waters?


Isnin, 21 April 2014

Ketam bercili campak asparagus.


 Bahan-bahan:

5 ekor ketam yang dibersihkan.
Segenggam cili kering, selabu bawang, dua ulas bawang putih diblender.
Asparagus ikut suka hati lah nak letak berapa banyak.
Dua batang serai, titikkan.
Sos cili ikut suka nak banyak mana.
Lada hitam ikut suka nak banyak mana.
Garam.
Gula ikut suka kalau nak manis letak, kalau tak nak tak payah letak.
Air asam jawa/perahan limau.


Cara masak:

1. Tumis bahan blender sampai pecah minyak.
2. Campak serai, campak sos cili, lada hitam, garam, air asam jawa dan gula. Gaul rata.
3. Campak ketam. Gaul mesra sampai ketam tukar warna.
4. Campak asparagus.
5. Kacau-kacau. Godek-godek. Siap dan hidang.