Selasa, 28 Mei 2019

Cara bersihkan periuk kera & masak pulutnya

Salam semua,

Hari ni nak share cara bersihkan periuk kera dan cara masak pulutnya.

Firstly, gunting muncung periuk kera, basuh bersih segala kotoran yang ada. Sila berzikir dan bertabahlah ketika membersihkan 🤣

Lagi cenonet lagi rumit dan bersihkan. Time kanak-kanak dulu, kalau kena buat benda ni, memang stress yang amat. Kalau boleh pilih antara mengaji dan cuci sarung periuk kera, rasanya rela lagi mengaji. Haha.



Gunting juga bebulu kat tepi tu. Tak nak pun takpa, takda siapa marah pun. Macam ni lah rupa periuk kera yang telah bersih dan sedia digunakan.

Next, cara masak pulutnya.

Basuh bersih sekilo pulut, toskan dan gaul dengan santan (guna sebelah kelapa je sebab tak suka lemak sangat. Kalau ibu memang dia guna sebiji kelapa). Perasakan garam & gula. 

Isikan pulut dan santan ke dalam sarung periuk kera. Santan perlu menutupi beras. Santan berlebihan akan menyebabkan pulut lembik. Tapi kalau suka yang lembik ok je. I suka yang berasnya nampak butir-butir.

1kg pulut, sebelah kelapa (kalau nak lg lemak lebih lg santan tp ingat kalori juga ye 😛), akan dapat dalam 35-40pcs (ikut size sarung periuk kera)




Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Sedia di makan bersama rendang atau sambal tumis ikan bilis 😋


Ada yang tanya, apa rasa periuk kera ni?
Rasa dia macam lemang tu juga, tapi tanpa kerak. Lemang periuk kera ni juga lagi lembut dari lemang bakar.

Sekian, dan selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan