Khamis, 30 Mei 2019

Ramadan di pusingan akhir.

Salam,
Alhamdulillah, kita semua berada di minggu akhir Ramadan dan semua sedang berhempas-pulas mengejar lailatul qadar, malam seribu bulan di ketika ini.

I rasa malam tadi dah lailatul qadar sebabnya pagi ni mendung je. Rasa je lah. Wallahua'lam sama ada iya atau tidak. Dan malam tadi pun katanya hujan. Tengahari tadi pula mendung semula selepas cerah sekejap.

Sedikit kecewa untuk diri sendiri sebab memang dah set nak bangun, tapi pukul tiga pagi Rayeesa meragam sampai pukul 5. Suruh garu-garu badan dia, bila I stop, dia menangis. Ingat nak lari jugalah tinggalkan sekejap tapi banyak kali cuba, tetap menangis. Malas nak dengar tangisan dia berlarutan, garu jugalah walaupun tangah dah lenguh. Pukul 5 mengejar sahur.

Ramadan kali ini juga, family kami diduga. Last week abah memang dah tak balance lagi nak berjalan dan tak boleh berdiri sangat. Genggaman tangan juga makin tak kuat. Allahuu. Sedih tapi sebolehnya tak tunjuk depan dia. Cuba juga ajar abah untuk pakai pampers tapi macam nak berperang bila suruh pakai sebab dia tak nak, siap marah.

Ya, kami faham, mungkin abah tengah down sekarang dengan keadaan dia, so kami ikut ajelah kemahuan dia. Sementara kami ada kat rumah, boleh la papah dia, kalau nak ke toilet, dan biarkan dia tak pakai pampers.

Bagi nak memudahkan Ibu handle abah, kami belikan tongkat (ni memang tak boleh guna dah), Adult Walker dan wheel chair. Anak-anak duduk jauh, memang risau tinggalkan ibu untuk handle abah, tapi kami takda pilihan. Kami berserah aje pada Allah agar semua, Insha Allah, akan baik-baik sahaja, ibu dan abah sentiasa dilindungiNya selalu.

Ramadan yang penuh dugaan untuk tahun ini. Terima kasih Ya Allah, atas dugaan, atas peringatan dan atas segala pengajaran. Terima kasih kerana tidak pernah lupakan kami. Dugaan ini juga makin mengeratkan hubungan adik-beradik.

"Allahumma innî as’aluka ridhâka wal jannah, wa ‘azubika min sakhatika wannâr."
Ya Allah, aku meminta redha-Mu dan syurga-Mu dan aku berlindung dari azab api kemurkaan-Mu.

Minggu depan I start cuti dah. This year turn raya Melaka. Alhamdulillah, dalam keadaan macam ni, boleh beraya dengan abah dulu. Rutin raya tahun ni mungkin ada yang berubah. Tengok ajelah nanti, ikut kondisi Abah.

Apapun, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua rakan blogger.
Selamat pulang ke kampung dan berhari raya bersama keluarga tersayang :)




2 ulasan:

  1. Dugaan di bulan ramadhan ada hikmah disebaliknya... Selamat hari raya.. Esok lastday kj.. Ikutkn next week bole je keje lg sbb raya Kl tp kemalasan sbb rmi dh cuti

    BalasPadam
  2. Terima kasih MT. Selamat hari raya juga ye =)

    BalasPadam